UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




UMNO VS KEADILAN = PAS MENANG ??? analisis menarik!!!

Apa perlu kita Kecewa!! tidak ada apa yang lebih dan tidak ada apa yang kurang, peratusan sokongan terhadap BA terutama keadilan kekal seperti mana pilihanraya umum 1999 sebelum ini iaitu dalam lingkungan 1600undi!! Keadilan diumpamakan diserang pelbagai wabak Penyakit yang sengaja disebar oleh BN tetapi masih kekal sihat wal afiat!!

apa tidaknya!!! kalau melihat dari corak kempen BN kali ini..seharusnya bukan sahaja KEADILAN akan sakit malah mungkin akan ketahap hampir mati.. namun apa yang diharapkan BN serba tidak menjadi!!! dari penglihatan kita ini adalah corak berkempen paling teruk BN sepanjang sejarah pilihanraya diMalaysia!! kalau dilihat dari corak berkempen agresif pihak BN..mungkin mereka berharap supaya calon KEADILAN kalah teruk sehingga ketahap hilang wang pertaruhan....maka mereka ada sebab untuk berkata "KEADILAN sudah mati" kalau perkara itu berlaku!!! namun mereka seharusnya terkejut kerana keadilan masih kekal seperti mana sokongan terhadapnya pada pilihanraya 1999 yang lalu!!

kalau dilihat dari keputusan semalam apakah anda terfikir??? kemanakah perginya 1500orang yang dikata BN telah pergi menyertai UMNO..dan sekurang kurangnya hampir 1000orang.. dari daerah Kangar sahaja!! pelik dan ajaib kan!!! sepertimana yang berlaku diteluk Kemang..apabila ahli KEADILAN dikatakan masuk UMNO beramai ramai tetapi undi terhadap calon KEADILAN bertambah!! seharusnya UMNO yang harus Terkejut..bukannya KEADILAN!!! begitu juga dengan laporan bahawa lebih 500orang pengundi hantu berjaya dibawa masuk!! ini bermakna pertambahan orang keluar mengundi bukan dari undi penduduk IK yang keluar mengundi tetapi pertambahan undi hantu!! begitu juga dengan laporan bahawa Pemuda UMNO selangor yang dari awal lagi sudah mengetahui keputusan Undi POS..ikhtibar dari kes ini..seharusnya pembangkang harus mendessak undi POS dibuat pada hari yang sama atau dihapuskan undi POS kepada SPR..dan setiap kertas undi POs ini harus dibawa dengan diiringi wakil pembangkang!!! selain itu pelbagai lagi..taktik kotor BN dilakukan dalam pilihanraya IK 2002.. umpamanya dengan menghalang ceramahBA, merampas akhbar dan vcd pembangkang ,membawa samseng dari luar, menghalang penyokong BA masuk ke IK,menghalang perayu undi bertugas,perayu undi UMNO menghalang pengundi BA untuk mengundi dengan menakut nakutkan mereka dengan samseng samseng yang dibawa,dan sehingga sanggup mempolitikkan kematian anak Shahidan!!! keadilan harus berasa bangga kerana ..dalam keadaan mereka ditindas dan pemimpin pemuda mereka dipenjarakan tanpa bicara( menjadi tahanan ISA) serta berlaku sedikit masalah dalam Parti..mereka masih berjaya mempertahan undi dan sokongan yang diterima mereka sewaktu pilihanraya umum 1999!! PERCAYALAHH!!! PERCAYALAHH!! PERCAYALAH!! mengikut sumber dalaman jentera kempen UMNO.. target mereka dengan melakukan kempen agresif ini.. agar sokongan kepada KEADILAN jatuh teruk sehingga keangka 500undi serta hingga ketahap hilang wang pertaruhan agar mereka boleh mengisytiharkan KEADILAN sudah MATI!!!....sebenarnya UMNO(BN) sudah KALAH!!! target mereka jauh meleset!! yang seharusnya rissau bukan KEADILAN tetapi UMNO sendiri. sebenar anda.. "KEADILAN SUDAH MENANG"

dalam keadaan kempen terus terusan Media KErajaan sehinggakan mereka secara terang terangan melabelkan pembangkang sebagai pengganas dan Militan!! sehinggakan BN sanggup memaparkan visual keganasan Taliban dan menyamakan PAS dengan Taliban!!!! kali ini sekali lagi UMNO harus berasa terkejut..kerana dalam keputusan pilihanraya IK semalam..Undi orang Cina terhadap BA bertambah!!!! inilah dikatakan...pertolongan Allah!! kemungkinan orang cina menjadi lembut hati mereka apabila berhadapan dengan wajah lembut Nik Aziz dan Hj hadi yang turut turun berkempen!! kalau mengikut logik akal sudah tentu orang Cina harus takut..kerana Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru HJ Hadi bukan turun dengan pakaian Kot dan tai..tetapi tetap turun dengan pakaian Jubah dan serban yang dilabelkan BN sebagai pakaian pakaian pengikut Taliban!! apakah Pas sudah menang??? kalau beginilah caranya.. seharusnya lebih banyak pemimpin PAS turun padang menemui rakyat bukan Islam sehingga perasaan syak wasangka dan perasaan takut hasil taburan fitnah BN terhadap orang bukan Islam akan hilang sedikit demi sedikit!!!! apakah anda nampak hakikat ini!! sekarang ini terpulang kepada pemimpin PAS untuk memecahkan tembok besar yang sibuat BN)UMNO terutamanya terhadap PAS sejak akhir akhir ini!! kalau tembok besar china ini berjaya dipecahkan ..UMNO akan terkubur tidak lama lagi!! INSYAALLAH!!!






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com