UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Mari "serang" laksana semut masuk telinga.

Macam macam peristiwa dan macam macam hal telah terjadi dinegara ini sejak siMahathir & siUMNO/BN tu dengan kurang ajar menhina Islam dan sunnah Nabi s.a.w tiga empat tahun dulu. Perasan tak ?. Dengan kes Sauknya, gaduh kampong medan, Jenayah rogol & bunuh yang pelik pelik hingga kerat kerat badan macam dalam filem aje dan yang terbaru peristiwa wak wak Indon mengamuk. Dalam hal kehidupan seharian lain pula, terasa kos hidup sudah menjangkau tinggi dari bulan kebulan, harga barang ikan & sayur dah tak ada siapa nak kawal, ikut suka penjual (ISP adik ISA), duit buku, ubat pakaian dah tak tahu nak kata dah, kalau ikutkan tak payah sekolahkan anaklah jawabnya. Orang kampung dok terkais kais macam ayam dan itik, bising aje lebih tapi tak bolih nak buat apa, silap haribulan dicop taliban atau KMM. Manakala yang dipekan pula, terkial kial macam anjing berkutu, hanya bising dibelakang lorong aje, setakat tu aje, aku janji sain juga.

Pendek kata, macam macamlah balak serta sengsara datang bersilih ganti dan disamping itu, kerja pulun wang rakyat bertimbun timbun atas nama bail out dok jalan juga, akhirnya akan membawa negara ini kealam miskin, kepapaan dan berhutang tak terbayar hingga tujuh keturunan.

Walau apapun punca dan empunya angkara, hakikatnya negara ini telah mula tercabut dari kerahmatan dan kasih sayang Allah s.w.t secara sedikit demi sedikit.

Jangan salahkan Allah s.w.t dan takdir jika kita merasa susah dan sempit dalam mengharungi kehidupan ini. Olih kerana generasi Malaysia ini telah lama dipasak dan dididik olih siUMNO/BN teori ala "biar papa asal bergaya", memang kadang kadang tak ketara. Namun pada hakikatnya semua rakyat jelata susah, semua yang ada kita nampak pada mata kasar adalah hasil dari budaya berhutang, janji bergaya. Jadi apa akan jadi kelak hasil teori ini " Negara berhutang dan rakyat pun berhutang".

Ingatlah bahawa Balak Allah s.w.t akan datang secara menyeluruh tanpa memilih pangkat dan darjat, beramal atau tidak. Sebagai manusia yang berakal, sudah semestinya tidak inginkan balak balak tersebut menimpa diri dan keluarga. Yang beriman juga tidak mahu ini menimpa diri dan keluarga. Jadi siapa yang tak mahu tapi mahu?, bukan tunggu sehingga cakap mahu atau tidak mahu. Tapi apakah ikhtiar kita semua untuk menghindari balak dan kepedihan tersebut, bukan jadi hanya dengan cakap sahaja.

Umpamanyalah, rumah kita mula dimasuki air banjir secara perlahan yang memungkinkan rumah kita tenggelam dan harta serta anak pinak kita akan musnah, apakah jadi dengan hanya kita kata " tidak mahu" air itu akan berhenti mengalir dan kering?. Sebagai manusia yang berakal sihat secara sepontan akan "bertindak" sebagai ikhtiar melalui perbuatan, umpamanya dengan membuat benteng, memindahkan harta dan anak pinak , mengajak jiran dan taulan sama sama membersihkan longkang dan parit dsbnya.

Jadi dalam konteks diatas bagi menghindari balak dan bencana dari Allah s.w.t tersebut, hendaklah kita bertindak segera dengan mengusahakan agar siMahathir UMNO/BN sebagai punca, diturunkan dari tampuk kuasa dan mengadili mereka mengikut procedure yang dibenarkan. Salah satu cara adalah dengan menghantar email/surat kepada siMahathir UMNO/BN mendesak mereka supaya nyah dari tampuk kuasa.Setiap rakyat hantar satu mesej yang berbunyi umpamanya " KAMI DAH TAK PERCAYA DAN MEMERLUKAN KAMU, SILA BERUNDUR" atau "KAMI TAK HALALKAN GAJI KAMU DARI WANG KAMI SEBAGAI RAKYAT, SELAGI KAMU TAK BERUNDUR" atau yang lain lain yang relevan. Biar mereka tahu yang mereka sudah tak diperlukan. (dalam kempen ini, WM tolong bagi email resmi terus kejabatan mereka mereka yang berkaitan). Secara saikoloji, mereka akan mengalami tekanan perasaan yang kritikal walaupun mereka cuba menghindarinya, percayalah. Mereka mereka semua tu bukannya muda muda lagi nak melawan tekanan ini. Macam kitalah, kalau kita tahu secara terus terang yan

g Boss kita tak suka kita, meskipun kita berupaya gelak tapi kan hambar dan tak bersemangat lagi. Lagipun cara ini tidak akan melibatkan kata kata kesat secara terbuka, tak perlu polis bagi permit dan bolih dibuat 24 jam.

INGAT, kita sebagai rakyat adalah BOSS kepada mereka, tanpa rakyat apalah ertinya PM,TPM, Menteri Menteri, Setpol Setpol, dan lain lain.

Jadi fikir fikirkanlah sebaik cara bagi menjayakan rancangan ini secara berterusan.

Sekian adanya.

P'kayu






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com