UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Mengulas apa yang diutarakan mengenai ASTRO

Mengulas apa yang diutarakan mengenai ASTRO pun menjadi alat propaganda UMNO, saya merasakan apa yang diluahkan itu juga adalah seperti perasaan saya apabila menonton siaran berita di TV RTM dan TV3. Laporannya adalah berat sebelah, hanya memburuk-burukan pembangkang seperti ganas, fitnah dan lain-lainnya, tetapi yang saya kesalkan adalah saluran RTM yang menjadi seolah-olah rangkaian milik UMNO. Setakat yang saya ketahui, RTM beroperasi atas wang pembayar cukai (wang kerajaan) dan dari iklan, bukan dari parti UMNO atau BN. Jika mereka mengatakan bahawa wang cukai itu adalah juga wang penyokong UMNO, bagaimana mereka yang menyokong pembangkang.. mereka juga membayar cukai. Jika itu alasam kerajaan, jadi mereka-mereka yang menyokong pembangkang tidak perlulah membayar cukai. Jentara kerajaan dan segala harta kerajaan diamanahkan oleh rakyat kepada parti yang memenangi pilihanraya untuk mentadbirnya, bukan untuk menjadi harta parti.

Selain dari itu dalam berita tersebut juga dikatakan pembangkang mengamalkan kekerasan, membuat fitnah, menyerang peribadi pemimpin BN dan lain lain keburukan lagi. Tetapi dari insiden di Indera Kayangan pada pagi Ahad lepas, didapati penyokong BN yang memukul penyokong parti pembangkang. Ini satu keganasan. penyokong Keadilan di Lunas pun tak bersikap seganas itu.

selain dari itu, BN juga memainkan isu rumah Azmin Ali yang dikatakan berharga RM5 juta serta isu ayah Azmin "disowned" Azmin Ali. Ini merupakan serangan peribadi serta berunsur fitnah.

Selain dari itu di laman web www.inderakayangan.com milik BN sendiri telah menulis satu artikel bertajuk "DIMANAKAH NURUL EZZAH - ADAKAH BENAR BELIAU..." http://www.inderakayangan.com/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=39&mode=&order= yang seolah-olah mengajak pembaca berfikir yang Nurul Izzah telah mengandung akibat perzinaan dengan Ezam. Ini saya angap suata yang berat dan paling tidak bertanggungjawab.

Jadi, pada pemikiran saya ini, saya merasa sangsi dengan motif sebenar BN yang boleh saya anggap sebagai "cakap tak seruba bikin" dan sebagai pembohong besar. Saya harap agar pihak umno-reform didalam usaha untuk mereformkan UMNO akan menasihati pemimpin dan penyokong UMNO (bukan ahli UMNO sebab ramai ahli UMNO menyokong pembangkang) untuk berhenti dari melakukan pekara yang saya utarakan diatas.

Oleh : Anak Perelih






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com