UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Buat semua petugas BA yang ke Indera Kayangan.

1. Sila laporkan diri masing-masing mengikut negeri masing-masing untuk mendapat maklumat lanjut tentang tugas serta utk mengelakkan pertindihan tugas.

2. Sila tinggal dikawasan berhampiran Indera Kayangan kerana kawasan 20 km persegi ini amat kecil untuk petugas seramai 100,000 spt di Lunas.

3. Sila pastikan anda semua membawa peralatan sendiri untuk bertugas di sana, kerana ini akan dapat membantu BA meringkan bebanan perbelanjaan serta kerja-kerja anda semua tidak tergendala akibat menunggu peruntukkan dari BA.

4. Peralatan yang diperlukan :-

a) Banner, Bendera Kain, Banting, Poster BA / Reformasi / KeADILan, Bendera Plastik, Kayu Bendera, Tali, Penukul, Paku,dll yang diperlukan, sumbangan anda amat dialu-alukan.

b) Bahan psywar(risalah/pamplet), komputer, mesin fotostat serta bahan audio sistem (untuk ceramah), dll yang bersesuaian.

5) Sila pastikan petugas wanita mendapat restu dari suami masing-masing serta ia tidak menggangu tugas rumah tangga sebelum pergi bertugas di Indera Kayangan.

6) Sila dapatkan maklumat lanjut tentang statistik serta isu semasa dari Bilek Gerakan Utama serta cawangan sebelum menjalankan kempen disana.

7) Sila bertugas mengikut giliran untuk mengelakkan kesesakkan di Indera Kayangan.

8) Sila pastikan hari penamaan calon semeriah yang mungkin, pastikan seramai mungkin hadir pada hari penamaan calon serta terus melaksanakan tugas berkempen secara serentak.

9) sila jaga budi bahasa dan disiplin kita, kerana kita BA sentiasa mengikut patuh kepada undang-undang serta cintakan keamanan.Biarkan petugas BN membuat provokasi, kita wajib bersabar serta pastikan imej BA dijaga.

Semoga anda semua selamat bertugas dengan jayanya di Indera Kayangan dan memberikan kemenangan buat calon BA nanti, Insya Allah.

PSARAFHQ.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 7 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com