UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Maklumat Terkini Dari Indera Kayangan

1. Kedudukan BA di Indera Kayangan mengatasi BN, banyak faktor luar jangkaan telah berlaku :- maklumat dari Jabatan Buruh & SB (siput babi polis perlis).

2. Pihak BN telah memperuntukkan RM 200.00 untuk rasuah awal kepada pengundi sebelum penamaan calon, duit tersebut telah diserahkan kepada ketua bilik gerakan dan ketua peti undi BN di Indera Kayangan, dan maklumat lanjut yang diterima, pengagihan wang rasuah ini mengikut pengundi berpilih-pilih, ada yang menerima RM 150.00 ada RM 100.00 dan ada yang terima RM 50.00 sehaja.

3. Pihak BN kini merancang untuk membuat pasukan petugas yang boleh menghalang petugas BA mendekati atau merayu undi dari para pengundi pada hari pembuangan undi , dengan mengadakan kumpulan juru iring pengundi yang dikawal oleh kumpulan gagak hitam shahidan kasim.

4. Pihak BN juga telah menempatkan pasukan samseng upahan untuk melakukan kacau pada masa penamaan calon serta tempoh berkempen dengan memakai pakaian berimejkan PAS atau KeADILan untuk menakut-nakutkan pengundi.

5. Pihak BN juga menyediakan peruntukkan khas pada hari mengundi, wang rasuah hari mengundi, tapi jumlah wang yang disediakan masih tak dapat dipastikan.

6. Para petugas BN akan dibayar elaun RM 50.00 sehari untuk menjadi kuli-batak MCA dan UMNO di Indera Kayangan. Wang tersebut telah diterima oleh Pengarah Pilihanraya BN semalam.

7. Para pengundi dari kaum Cina kini lebih berani menonjolkan diri bersama para petugas dan pemimpin BA dalam aktiviti penyediaan bilik gerakan serta kempen secara kecil-kecilan di Indera Kayangan hari ini.

Buat petugas BA, teruskan tanggung-jawap anda mendapatkan maklumat serta memaklumkan kepada bilik gerakan masing-masing, tapi perlu berhati-hati anda sentiasa diperhatikan oleh para samseng kumpulan gagak hitam, mereka sanggup melakukan perbuatan melanggar undang-undang demi sesuap nasi.

Teruskan usaha berkempen serta sampaikan maklumat niat buruk BN kepada pengundi di Indera Kayangan.

Selamat Bertugas & Berjaya.

PSARAFHQ ( 5hb.Jan.2002 )






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 7 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com