UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Pihak Polis Dan Pihak Universiti Ugut Pelajar Yang Di Fitnah

Maklumat terbaru dari beberapa pelajar yang menjadi mangsa fitnah BN sabtu lepas telah menerima ugutan dari pihak polis dan universiti agar tidak menceritakan perkara sebenar kepada pihak media dan peguam.

Jika mereka engkar, tindakkan lebih tegas akan diambil walaupun Shahidan Kasim terpaksa memaafkan mereka kerana terperangkap dengan permainan bodohnya sendiri yang telah hampir menjerat diri sindiri.

Kini Shahidan tersepit kerana menerima nasihat dari pakar konspirasi Tengku Adnan, kerana pihak polis memaklumkan perbuatan memaksa orang awam masuk ke premis persendirian adalah satu kesalahan dan melanggar hak asasi, kemudian membuat tuduhan palsu yang mereka menceroboh premis tersebut.

Perbuatan pihak polis dan universiti mengugut pelajar ini telah membukti mereka takut perkara sebenarnya terbongkar, bahawa semua ini taktik kotor pihak BN untuk menang di Dun Indera Kayangan.

PSARAFHQ
9hb.Jan.2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com