UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Penting Dari IK : Kereta Presiden PAS & Raja Komando

Tergempar Dari Indera Kayangan.

1) Kereta Presiden PAS Yb Datuk Fadil Nor telah diserang dan dirosakkan UMNO.
2) Kereta Raja Komando telah diserang dan dirosakkan oleh samseng UMNO.

Kedua-dua kes tersebut telah dibuat laporan polis pada pagi ini, dan maklumat yang terkini samseng tersebut adalah PEMUDA UMNO SELANGOR.

Pada 18hb.Jan.2002, sumber dari UMNO SELANGOR – mereka akan menghantar 18 buah bas para petugas yang dipilih dari kalangan samseng dan kaki pukul dalam Selangor dan Kuala Lumpur untuk menjadi petugas pada hari pembuangan undi.

Bilik gerakan utama BA di Perlis sekali lagi merayu kepada seluruh petugas sukarela BA untuk hadir seramai mungkin di IK dalam tempoh terdekat ini. Tenaga anda semua amat diperlukan untuk menghadapi serangan ganas para samseng dari UMNO@BN.

Kepada petugas dari KeADILan & PRM sila lapurkan diri di Bilik Gerakan KeADILan di Jalan Seruling, Kangar (Dekat May Bank Finance / Perhentian Bas Kangar ), dan kepada petugas PAS sila lapurkan diri di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Perlis , Jalan Sekolah Derma (berhampiran bilik gerakan Pemuda/Wanita KeADILan).

Pihak BA juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak POLIS dalam tempoh 3 hari ini mereka berkerjasama untuk menjaga keamanan dan para pemimpin serta petugas BA di IK ( Sejak tertangkapnya 8 Pemuda UMNO yang memukul SD Johari, dan 4 darinya masih di tahan reman termasuk anak saudara Shahidan Kasim ).

PSARAFHQ
Info Webrasmi http://IK2002.info
16-1-2002






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com