UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Malaysia baru, DAP kaku ?

Oleh : Sonia Randhawa

Dalam pilihanraya kecil Indera Kayangan, Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengambil keputusan untuk memainkan peranan pemantau sahaja. Parti tersebut enggan menyokong calon Barisan Alternatif ataupun keluar dengan keputusan menyokong calon Barisan Nasional. Bagaimanapun, didalam parti itu sendiri, terdapat anggota yang melanggar arahan parti. Wartawan Radiq Radio, Sonia Randhawa melihat hubungan DAP dengan parti-parti politik lainnya, sama ada pembangkang mahupun kerajaan.

Semasa pilihanraya kecil tersebut, jentera parti menjadi lebih laju putarannya hingga menjadi berlebih-lebihan pula. Keseluruhan sumber parti, yang pada kebiasaannya dikerahkan untuk kempen seluruh negara, dibawa menghala ke satu arah, sebuah kawasan kecil sahaja. Di Indera Kayangan, PAS, Keadilan, MCA, Umno dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) melancarkan perang melalui media, ceramah dan dari rumah ke rumah. Namun, disebalik suasana keriuhan ini, wujud kejanggalan dengan ketiadaan DAP. Perselisihan DAP dengan Keadilan dan PAS dalam isu negara Islam menyebabkan parti itu enggan menyokong kedua-dua pihak yang bersaing.

Bagaimanapun rekahan terhadap pendirian ini dapat dilihat. Ahli Parlimen Nibong Tebal, Goh Kheng Huat, secara terbuka berkempen untuk calon Keadilan. Beberapa orang anggota DAP yang terkenal kelihatan bekerja secara diam-diam semasa tempoh berkempen. Dan lebih memeranjatkan lagi terdapat juga anggota DAP yang keluar bersuara lantang kepada umum memihak kepada calon MCA.

Setiausaha agung DAP, Kerk Kim Hock menjelaskan pendirian parti.

“Kita cuma akan bekerjasama atas isu yang spesifik. Yang kedua sebenarnya daripada apa yang kita tahu dan yang telah dilaporkan dari akhbar sebenarnya isu yang utama, yang menjadi hangat sekali adalah isu berkenaan dengan Taliban dan sebagainya. Dan kita telah merasakan bahawa ini bukanlah satu pilihanraya yang harus kita melibatkan diri. Tapi saya rasa yang mustahak ialah bahawa kalau DAP tidak membuat satu pendirian yang jelas maka nampaknya tiada perbezaan sama ada kita telah sudah keluar daripada BA (Barisan Alternatif).”

Tambahnya, menjadi suatu hal yang penting untuk memperlihatkan bahawa politik Malaysia bukanlah sekadar persaingan ruang di antara dua Barisan tersebut (BA dan BN).

“Saya rasa satu perkara yang ganjil ialah bahawa setelah kewujudan BA, nampaknya di kalangan para pengundi atau rakyat Malaysia ialah bahawa cuma ada dua pilihan. Iaitu pilih Barisan Nasional atau BA sahaja. Dan ini bukan perkara yang sebenar, sebelum penubuhan BA, memang rakyat pandang pembangkang daripada sudut yang lain, mereka akan pilih sama ada Pas atau DAP. Walaupun DAP tidak melibatkan diri dalam pilihanraya kecil Indera Kayangan, ini tidak bermakna bahawa kita hendak mengadakan hubungan baik dengan BN”

Walau bagaimanapun, tidak semua yang melihat isu ini dengan jalan yang sama. Ahli Parlimen Nibong Tebal, Goh turun berkempen di Indera Kayangan. Meskipun, dia tidak mahu menyatakan pendiriannya kepada Radiq Radio, namun dalam kempen tersebut, dia memberitahu bahawa Barisan Nasional merupakan masalah utama yang dihadapi negara ini. Menurut laporan, dia merasakan bahawa parti-parti pembangkang perlu bergerak dalam satu barisan bersatu menentang ancaman tersebut. Menurut Kerk, pendirian Goh itu tidak memperolehi banyak sokongan di dalam parti.

Namun, ini bukanlah kali pertama isu ini disorot begitu rupa. Pada awal tahun 1990 an, bekas tahanan ISA dan juga tokoh pendidikan Kua Kia Soong meninggalkan parti tersebut dengan alasan yang sama. Selepas pemergiannya, dia menulis kritik tajam pandangannya terhadap DAP, dengan menyorot sikap parti tersebut yang tidak mahu bekerja dengan PAS secara khususnya.

Bagaimanapun, seruan suatu pihak lagi, M Manoharan untuk para pengundi menyokong Barisan Nasional begitu memeranjatkan. Manoharan ialah ketua biro undang-undang Selangor. Pandangan utamanya ialah layanan terhadap masyarakat India di dalam parti tersebut. Dia menyatakan bahawa mereka telah dipinggirkan dan menudingkan jari terhadap pengarah pilihanraya Azmin Ali.

“Saya mendapat tahu daripada rakan saya Encik Gopalakrishnan bahawa Encik Azmin telah menyebut perkataan ‘pariah’ terhadap beliau sebab beliau seorang India. Ini telah mengecewakan saya dan saya mengambil keputusan untuk memohon daripada Encik Azmin untuk meminta maaf. Saya juga ada memohon kepada parti keadilan untuk menarik balik ataupun meminta maaf. Tetapi sebelum pilihanraya Indera Kayangan mereka tidak meminta maaf.”

Namun demikian, perpecahan dalam DAP sebenarnya hanya kelihatan ada, meskipun kenyataannya tiada. Malah, protagonis yang disorot oleh media utama menunjukkan wujud kebersamaan. Kerk misalnya, menyatakan bahawa DAP mengucapkan selamat pada Keadilan dan mahu berkerjasama dengan parti-parti pembangkang dalam isu-isu yang lebih khusus. Dia memberi contoh dalan sebuah ceramah terbaru PAS dan DAP dapat berkongsi pentas berhubung kempen isu Fong Po Kuan.

Lebih lagi, Manoharan tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Keadilan buat masa-masa mendatang.

“Memandangkan sekarang saya masih dalam parti pembangkang, masih memberi peluang kepada Keadilan supaya mereka boleh membawa keadaan seperti dahulu dengan memberi pertimbangan dan kepentingan kepada kaum minoriti. Sebab saya tahu ramai kaum india sedang bergiat di dalam parti keadilan. Sebab kita tidak mempunyai parti yang baik di dalam Barisan Nasional. Saya percaya kalau Keadilan dapat mempertimbangkan kepentingan kaum India, mereka boleh menarik ramai lagi kaum India, lebih ramai daripada DAP.”

Sumber : http://www.radiqradio.com/






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 30 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com