UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Buku Siapa Benar - Angkara Siapa?

KALAU sesiapa terbaca ruangan Bisik-bisik Mingguan - Awang Sulung (Mingguan Malaysia Ahad 13 Januari 2002) tentunya tertawa dengan komen bertajuk Siapa Punya Angkara?

Punyalah bebal penulis kolumn itu, tercari-cari siapa yang menerbitkan lantas menulis mukadimah 'buku' Penyelewengan PPRT Siapa Benar kerana menurutnya, dia sendiri mendapat buku itu secara percuma dari seorang kenalan yang memilikinya juga secara percuma, sekotak penuh.

Untuk apa mencari siapa punya angkara kerana yang memulakan pertelingkahan antara Dolah Kok Lanas-Annuar Musa, jika bukan Utusan Malaysia-Mingguan Malaysia yang dikenali juga sebagai Utusan Meloya.

Lantas, rugilah sesiapa yang memahami situasi politik terkini, tidak merebut peluang yang ada, mengumpulkan bahan-bahan kotor itu menjadi sebuah buku yang comel, padat dengan fakta dan dijual untuk menampung kos percetakan.

Sebagai bahan rujukan, orang-orang Umno ataupun penyokong BN bolehlah menatap sendiri buku itu, betapa rakusnya mereka yang bergelar menteri menelan wang rakyat termiskin hingga menjalar kereta mewah di tengah jalan dan tersergam mahligai besar, walaupun tidak sebesar mahligai Perdana Menteri yang berharga lebih RM110 juta.

Bagi penyokong keADILan, khususnya pendokong BA boleh menjadikan bahan-bahan yang dikumpulkan itu sebagai bahan mempertahankan hujah mengapa harus menentang BN di bawah kepimpinan Dr. Mahathir Mohamad.

Setiap pencinta keadilan, kedamaian dan kesejahteraan negara, dapatkan senaskhah buku itu. Carilah di mana sahaja kerana ia amat berguna, berfaedah dan sekurang-kurangnya boleh dibekalkan kepada anak-anak di universiti dalam dan luar negara bagi pengetahuan mereka.

Kisah yang terkandung dalam buku itu bukan fitnah tetapi fakta. Ia bukan ditulis oleh penyokong reformasi tetapi dua penulis terkemuka dari Umno, Dolah Kok Lanas dan Annuar Musa.

Penyelewengan PPRT- Siapa Benar juga cukup berguna kepada para pengundi dan bakal pengundi yang bakal menentukan arah tuju Malaysia, negara tercinta. Siapa sebenar mereka yang berlagak baik, pandai berpidato tetapi hakikatnya penyamun tarbus, boleh diketahui dengan membaca buku ini.

Dolah Kok Lanas yang suatu ketika disahkan sebagai komunis kini menjadi orang penting di Berita Harian (sila baca Berita Hairan)…mencorak pemikiran pembaca Melayu supaya cintakan Dr. Mahathir dan kagumilah Dolah Badawi yang banyak untung dengan kemasukan pendatang asing ke Malaysia.

Bermodalkan RM10, sesiapa sahaja dapat 'menerima' wang mereka tidak dibazirkan dengan membeli buku itu.

PESAN TERUS MELALUI ummu_natasya@hotmail.com

Ramlan Jantan
-15 Januari 2002






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com