UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




"Anak ku seorang reformist, apa pilihanku?.....BN atau BA" (mak dan ayah)

Ramai reformist dan penyokong-penyokong BA mengharapkan kemenangan berpihak kepada BA seperti apa yang berlaku di Lunas. Ramai yang menyangka du Lunas, BN akan menang dengan majoriti yang banyak. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Ramai yang tak percaya.

Pencinta keadilan dan BA harus bersemangat mempertahankan rekod di Lunas. Taktik-taktik kotor dan pengecut BN pasti tidak menjadi halangan untuk BA berjaya. Biarlah BN dengan taktik pengecut di TV 3 suku dan Radio Televisyen Mahazalim.

Hari ini, saya sempat berkunjung ke rumah seorang sahabat di Bukit Damansara. Sahabat semasa menuntut di Amerika dahulu. Bapanya seorang yang berpengaruh. Ramai yang datang.

Sempat juga saya berbual dengan teman2 lain yang datang dan rata-rata semuanya rasa loya dan menyampah dengan propaganda BN menggunakan media ini. Dari survey yang saya buat terhadap (teman2, rakan sepejabat, operator di kilang, jiran2 tetangga dan orang2 kampung saya), lebih 80% adalah penyokong BA dan 60% dari jumlah 80% itu tidak menunjukkan sokongan secara terbuka. Ada yang masih menjadi ahli Umno dan menghadiri mesyuarat Umno, tetapi jauh disudut hati mereka tahu apa yang berlaku dan undi pasti kepada BA secara diam-diam. Ini termasuk ibubapa saya sendiri. Dahulu memanglah penyokong kuat BN, selepas 3 tahun saya berceramah semasa balik ke rumah pada setiap bulan, sudah nampak sekarang ibubapa saya telahpun faham akan perjuangan BA dan KeADILan.

Saya beritahu ibubapa saya," Mak dan Ayah, kalau Mak dan Ayah faham apa yang sebenarnya berlaku dalam UMNO, segala bentuk rasuah, penindasan kepada rakyat miskin, tipu-muslihat kepada rakyat, penzaliman, penipuan duit Tabung Haji, KWSP dan yang utama sekali perendahan martabat agama Islam oleh UMNO, saya tidak kisah dan saya tidak halang mak dan ayah pilih dan sokong BN. Yang saya cuba sedarkan ialah, mak dan ayah tidak faham semua itu sebab mudah untuk UMNO dan Mahadir mengelirukan orang2 kampung2 ini. Mak dan ayah, anngap semuanya ok dan negara ditadbir dengan baik. Ayah seorang bekas ustaz, mak seorang ustazah, dan ramai lagi ahli2 UMNO di kampung2 adalah dari golongan alim ulamak dan kuat pada pegangan agama. Tetapi langsung tidak ambil kisah, cara pentadbiran UMNO. UMNO nak guna duit judi bagi dividen Tabung Haji atau ASB buat tak dengar aje. UMNO kata ayat haram dan judi tak ada dalam Quran buat tak dengar aje. Isteri2 PM dan TPM, dan Ketua Wanita UMNO tak pakai tudung sedangkan isteri dan anak2 seorang yang dituduh homoseksual pandai menjaga tatatertib berpakaian, buat tak nampak aje. Majoriti ahli2 UMNO di kampung memakai tudung kepala bagi yang wanita dan selalu ke surau bagi yang lelaki. Kalau dapat menantu tak pakai tudung dan di bawa dari bandar, ramai yang tarik muka. Malu dengan orang kampung dan dengan Allah. Tetapi sikap pemimpin yang mak dan ayah sokong ini langsung mak dan ayah buat tak peduli. Tak kisah ke, mak dan ayah, bila anak2 beritahu macam mana kerajaan dan Mahadir khususnya merendahkan martabat agama Islam. Ramai menteri2 UMNO langsung tidak pergi sembahyang kalau menghadiri apa2 function termasuk mesyuarat Agung UMNO. Kalau ada mahasiswa yang alim2, UMNO akan risau, bagi UMNO biarlah mahasiswa atau rakyatnya tidak alim sangat sebab senang untuk UMNO ni tadbir negara. Kalau alim, semua tak boleh, arak tak boleh, judi tak boleh, kroni tak boleh, bazir duit buat litar F1 tak boleh, tak sembahyang nampak, pergi hotel minum arak pun nampak....semuanya tak boleh. So, UMNO suka kalau Islam di Malaysia hanya pada nama sahaja.

Sekarang mak dan ayah dan faham, banyak bukti saya dah bagi selama 3 tahun ini. Gambar, keratan akhbar dan fotokopi laporan. Adik-adik dan ipar-ipar semuanya berpihak kepada BA. Sekarang terpulanglah pada mak dan ayah, selepas tahu semuanya, masih mahu untuk undi BN atau BA. Kalau pun mak dan ayah undi BN, saya tidak akan bising lagi, sebab mak dan ayah dah faham semua yang berlaku di atas sana. Akhir sekali, ampun dan maaf, saya pinta dari anak yang kerdil ini".

Selepas itu, ibu dan bapa saya terus menangis dan amat menyesal sebab tertipu selama ini. Mereka sudah insaf dan saya nampak akan perubahan yang ada. Bapa saya sudah mula membelek harakah dan ibu saya sudah kurang pergi ke mesyuarat UMNO dengan alasan bagi golongan muda peluang. Kalau tidak, dari saya kecil sampai sekarang, bila ada aje pilihanraya, seminggu atau dua minggu ibu saya akan pergi berkempen termasuklah di Indera Kayangan tu agaknya. Untuk Indera Kayangan, ibu saya memberi alasan anak-anaknya dan cucunya akan balik ke kampung minggu depan dan tak dapat turut serta bila diajak oleh Ketua Umno kampung saya.

Jadi, dari cerita benar saya di atas, ayuh! semua reformist dan anak2 muda sekalian. Sedarkanlah ibubapa kita dan orang2 tua dikampung yang senang ditipu oleh si Mahafiraun ini. Ibu bapa kita dan orang2 kamoung tidak faham berbahasa Inggeris, mereka tidak faham membaca laporan audit kewangan, mereka tidak faham cara hidup orang2 di bandar khususnya pemimpin UMNO ini, mereka tidak faham macam mana nak hidu pembohongan oleh pemimpin mereka. Jadi, kita, yang terdiri dari golongan muda yang pernah belajar di US, UK, Australia, Ireland, UKM, UM, UIA, UTM, UUM, UiTM, UMAS, UPM sepatutnya menyedarkan mereka. Kita faham berbahasa Inggeris (traslatekan), kita faham membaca laporan kewangan (terangkan), kita tahu guna internet (tunjukkan artikel dari internet yang teramat banyak).

Strategi kita ini adalah lebih berkesan dari strategi UMNO menghantar puteri dan wanitanya untuk berkempen rumah ke rumah. UMNO hanya boleh hantar bila ada pilihanraya. Kita boleh berkempen sepanjang tahun bila balik ke kampung. Lagi pun, mana nak percaya, anak orang ke or anak sendiri. Tambah pula anak sendiri belajar tinggi2 dan dah jadi doktor atau engineer. Bangga tu satu, dan tak kan anak aku ni bodoh. Kalau tak dia tak dapat kerja bagus dan segulung ijazah. Jadi, ayuh! jom balik ke kampung dan teruskan kempen sampai berjaya seperti apa yang saya lakukan. Semoga Indera Kayangan (IK) akan menjadi Indera KeADILan (IK).

Dari
Reformist Bukit Rimau






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 13 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com