UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kempen Besar-Besaran "BOIKOT" Ust.FIRDaUS dan Ust.Shamsuri !!

Sebelumpun saudara "anak Muridmu" menulis berkenaan Ust Firdaus dan Ust Shamsuri saya sudahpun terkejut Besar apabila ternampak dikaca Tv dalam rancangan Ehwal Islam (dibawa Khas untuk IK 2002)dimana ustaz ustaz ini muncul dengan nada yang agak luar biasa!! Ust Firdaus nadanya lebih "UMNO" dari ustaz ustaz Umno yang lain yang mana sebelum ini pernah kelihatan dalam lakonan Filem Box Office iaitu filem bertaju"Debat Olok-olok!!" sehinggakan adik saya yang duduk ditingkat bawah menjerit sambil berkata " Ustaz mana yang menyalak kat TV dok kempen UMNO tu... saya menjawab kalau nak tengok marilah keatas!! apabila dia lihat wajah Ust firdaus dikaca TV..dia sendiri terkejut Besar..sambil berkata !! takkan Ustz ini kutt!! saya ni memang tak suka tengok Hal Ehwal Islam(UMNO)..tapi pasai terkejutkan nada berlainan Ustaz firdaus pada malam itu... terus saya ikuti!!

Bagaimana pula dengan Ustaz Shamsuri??? satu cerita pada sebelum Ramadhan yang lalu.. saya sempat berjumpa dan bersembang dengan beberapa pelajar muda Pondok yang terletak di Kedah sewaktu singgah sembahyang disebuah masjid.. pada mulanya kami berbicara seperti biasa tentang politik dan hal ehwal semasa, tiba tiba apabila saya beralih ke Topik perbincangan berkenaan Ustaz Shamsuri!! mereka seakan akan berubah air muka... lalu saya bertanya ada apa apa yang tak kena ke?? setelah dipujuk...mereka pun berkata Ustaz Shamsuri tuu bukannya ada ilmu sangatt...mengAYAT je pandaii... teruk dah dia tu sekarangg!! sampok salah sorang daripada mereka.. sewaktu perjalanan pulang saya seakan tak percaya jawapan begitu akan keluar dari mulut seorang pelajar Pondok!! dalam hati saya berkata biar betull! kut kut tuan guru depa ni saja dengki dengan dia kut ..kan dia popularr.. tak pun pasai dia ni taknak terang terang sokong PAS! takkan pasai tu depa nak reject dia.. kalau sayalah takde lah kisah sangat kalau tak sokong PAS ! Neutral pun takpa... tak sokong sapa sapa.. janji sampaikan Ilmu agama!!! apabila berakhirnya pilihanraya IK 2002 dan mendengar pelbagai cerita tentang ust Shamsuri barulah saya faham apa yang dikatakan oleh pelajar pondok itu... bila sebut Ustaz shamsuri maka teringat balik saya kepada ustaz asshaari ketua Al Arqam yang mampu diturning Over oleh SB SB UMNO hanya dalam beberapa minggu ditahan ISA!!! pengakuan Insaf yang disiarkan diTV itu dibuat dihadapan Megat Junid,tun hanif omar dan rahim noor pulak tuu..alim sangat ke megat Junid ,rahim noor dan tun hanif omar tuu..sampaikan ucapan taubat itu dibuat didepan kaki Judi,kaki betina dan kaki pukul(samseng)!!kenapa tak suruh je Tun hanif omar taubat depan TV kerana cakap takde ayat judi dalam Qur'an!! dan sekarang ni jadi pengerusi sebuah syarikat Judi!!

alahaii Ust Shamsuri!!! apa salahnya kalau bersikap Neutral jee..yang Pi sokong Umno tu pasai apa.. kalau nak ingatkan apa yang disebut ustaz dalam kaset kuliah kuliah ustaz sebelum ini.. seakan akan Ustaz shamsuri ni.. Meludah KAHAK ke MUKA sendiri!!!! Ingatlah sikit sewaktu kamu ditahan ISA duluu.. Media internet ni lahh yang membela kamuu.. bukan nya TV1,TV3 dan puak puak UMNO tuu... Ingat Ustazz !!! diwaktu Islam dihina dan dipijak oleh UMNO!! ketika Ulama' dihina dan ditangkap!! ketika Islam dilabel sebagai pengganas dan militan oleh Umno!! ketika Umno menghina Syuhada di memali dan Afgan!! ketika para pejuang Mujahidin yang mengahalau kuffar dari bumi Afgan ditangkap!! ketika persatuan Islam dilabelkan Militan!! ketika persatuan ISlam diseluruh Universiti dimalaysia Malaysia didibubar kerana dilabel militan!! ketika janggut nabi dipersenda!! ketika mufti yang mencegah kemungkarang ditangkap dan ratu canti dibela.. KAmulahh ustaz ustaz yang masih sanggup mempertahankan Kerajaan UMNOO penghina Islam nombor satu!! apakah kamu tidak punya perasaan dan sensitiviti terhadap agama suci yang konon kononya diperjuangkan kamuu..apakah kau tidak sedar selama ini tentang penghinaan UMNO terhadap Islam!! apakah kamu Buta!! kenapa kamu Ust shamsuri dan Ustz Firdaus berdiam diri dalam soal inii!!!!

apakah yang perlu kita buat bagi berhadapan dengan ancaman musuh islam yang bertopengkan Tuan guru dan Imam ini???

pertama : sebarkan poster Boikot kedua dua ustaz ini!! ceritakan peranan mereka dalam menyokong kempen UMNO!!

kedua : Boikot segala kuliah Ustaz Shamsuri dan Ustaz firdaus!!!

ketiga : tarik balik anak anda jika berguru dengan kedua ustaz ini!!

keempat : tegur secara direct atau tidak kepada kedua ustaz ini!!

kelima : bila jumpa..atau salam dia dimasjid maka tanyalah soalan ini... KEMPEN SUDAH..BILA NAK MASUUKK UMNOO..?????

bersedialah kita untuk Boikot ustaz ustaz macam ni.. pasai musuh begini lagi bahaya dari Golongan Kuffar dan orang yang terang terang menghina ISLAM!! oleh sebab itu UMNO gunakan mereka dalam pilihanraya IK 2002 baru baru ini.. dan hasilnya banyak orang melayu beralih kepada UMNO!!! oleh itu, Pembangkang terutama PAS perlu memberi penerangan dan mula mencabar ustaz ustaz ini supaya masuk UMNO?? kerana dalam keluaran HARAKAH terbaru pun Gagal untuk menyelitkan cerita ustaz shamsuri dan firdaus??mengapa??bayangkan kalau mereka yang tidak surf internet sudah tentu ramai yang tidak tahu wajah sebenar ustaz ini?? sedangkan ini punca Utama orang melayu beralih arah?? Harakah harus lebih "Sensasi"

Pimpinan Pemuda dan dewan ulama' PAS harus bijak mengatur langkah!! pimpinan PAS harus mencabar Ustaz Ustaz ini menyatakan pendirian dan mencabar mereka masuk ke gelanggang(UMNO)!! kalau mereka berselindung disebalik title IMAM dan Ustaz.. ini akan memberi kelebihan kepada UMNO!! cabar mereka melawan dan Berperang dipentas dan gelangang Politik sebenar!!! bukannya berselindung disebalik Uniform Musuh dan menembak curii!! kerana musuh yang menyamar lebih berbahaya.. kerana mereka boleh menembak Curi???

fikir fikirkan lahh....
sebarkan..

Reformis muda!






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com