UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Khir Bersiap Sedia Rombak Exco Februari ini

SHAH ALAM: Pilihan raya kecil Indera Kayangan selesai sudah dan jelas memihak kepada Barisan Nasional apabila mendapat majoriti lebih besar ekoran taktik dan strategi kotor parti itu, sama ada menakutkan pengundi ataupun membeli pengundi dengan wang dan imbuhan kebendaaan lain.

Tentulah tokoh yang paling lega selepas Keadilan kalah teruk ialah Shahidan Kassim, Menteri Besar Perlis. Bagi Shahidan, Keadilan tidak ada masa depan di negeri itu.

Bagaimanapun, selain Shahidan, Menteri Besar yang juga bergembira ialah Dr Mohd Khir Toyo. Dalam kempen pilihan raya ini, bukan saja skandal dan isu-isu penyelewengan Shahidan dibangkitkan, malah dakwaah rasuah MB Selangor itu juga menjadi antara bahan utama kempen, terutama oleh Dr Hassan Ali.

Ahmad Lutfi juga turut mengemukakan satu lagi dakwaan kepada Khir dalam satu majlis ceramah di Pangkalan Assam, Kangar. Khir meluluskan permohonan secara rundingan terus projek membekal dan memasang paip air dari Empangan Semenyih ke Pekan Banting, sejauh 37 km.

Isu besar di sini, bagaimana kos projek itu boleh berlipat kali ganda, sedangkan menurut kontraktor berpengalaman dalam kerja-kerja berkaitan, kos bagi 1 km kalaupun mencecah RM1 juta, "itu sudah banyak tinggi".

Difahamkan Khir melalui adik iparnya (adik isterinya) telah mendapat imbuhan yang cukup lumayan daripada LBH Engineering Sdn Bhd, kira-kira RM20 juta. Masakan tidak, kontraktor berkenaan dengan mudah boleh mendapat keuntungan hampir RM45 juta, jadi apa salahnya kalau diagihkan separuh kepada Khir.

Dr Hassan Ali pula kesal dengan sikap membisu Ketua Pengarah BPR dan Perdana Menteri dalam isu yang mendapat perhatian umum ini: "Soalnya, apakah benar pandangan umum bahawa Khir mendapat naungan istimewa daripada pihak atasan dalam kes rasuahnya ini?"

Namun begitu, selepas kemenangan selesa calon BN di Perlis, Khir boleh menarik nafas lega. Isu rasuahnya boleh dikatakan tidak memberi kesan di Indera Kayangan, tapi kalau pilihan raya diadakan di Selangor, mungkin lain keputusannya.

"Tuduhan yang dilemparkan kepada Shahidan tidak disertakan dengan sebarang dokumen atau bukti yang menyokong, sepertimana tuduhan Lutfi kepada Khir Toyo. Sepatutnya petugas BA di Indera Kayangan membawa semua bukti dan fakta kes yang boleh mensabitkan Shahidan dengan amalan rasuah dan salahguna kuasa," kata seorang penganalisis.

Khir kini dikatakan sedang sibuk melobi bagi diadakan rombakan Exco besar-besaran, yang bertujuan untuk membuang semua Exco kanan yang disyakki tekah membocorkan rahsia pemyelewengannya kepada umum dan BPR. Beliau hanya memerlukan perkenan Sultan Selangor bagi memastikan Exco yang bakal membantunya kelak dapat sama-sama menyembunyikan segala komplotnya untuk membolot khazanah kekayaan di Selangor.

"Dari sudut pandangan kami, jika Khir membuat rombakan Exco, ia akan membuatkan Umno Selangor berkocak kembali. Peluang pembangkang semakin terbuka dan segala dakwaan rasuah kepadanya boleh kami gunakan dalam pilihan raya akan datang," kata seorang aktivis PAS di Tanjong Karang.

Dalam pada itu, penyokong-penyokong Khir mendakwa Perdana Menteri telah bertindak wajar apabila langsung tidak terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan Lutfi kepada Khir.

"PM sudah pasti akan mengekalkan Khir, bukan saja sampai pilihan raya akan datang, tetapi akan terus melantik Khir menjadi MB Selangor dalam waktu yang agak panjang," kata salah seorang dari mereka.

Bagaimanapun, ada juga penyokongnya yang berbeza pandangan: "Mahathir minta Khir mencari kambing hitam untuk dikorbankan, mungkin Dr Karim Mansor, Setiausaha Politiknya. Walaupun Mahathir tahu segala dakwaan rasuah kepada Khir mempunyai asas kukuh, tetapi PM masih sayangkannya dan mahu memberi peluang kedua kepada Khir. Tapi seseorang harus mengambil tanggungjawab terhadap dakwaan Lutfi itu, dan Karim Mansor adalah tokoh paling sesuai untuk berbuat demikian."

Juka-juak Khir ini mendakwa kalaupun apa yang dilakukan Khir boleh dikatakan satu amalan rasuah, tetapi peruntukan undang-undang membenarkannya. "Kalaupun salah, ia hanya setakat salah moral. Mengagihkan tanah dana kawasan balak, walaupun kepada kroni dan budak-budak berumur 20 tahun bukan satu kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997."

Mengenai dakwaan Khir menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun 50 peratus, mereka berkata, semua prosedur lazim telah dipatuhi sebelum tanah itu ditawarkan kepada Khir.

"Kalaupun salah, mungkin ia akan dibebankan kepada Pengurus Besar PKNS yang membuat tawaran, dan bukannya Pengerusi PKNS yang menerima tawatan itu."

Dan jika Khir berjaya membuat rombakan Exco, juak-juak Khir percaya segala punca maklumat kepada Lutfi dapat diputuskan. Maka impian kroni Khir untuk membolot kekayaan Selangor akan tercapai dengan lebih mudah lagi!

Ura-ura Khir akan merombak Exconya tercetus apabila seorang wartawan Agendadaily menulis surat kepada Forum Pembaca Utusan Malaysia minta digugurkan Exco tertentu yang didakwa menjadi gunting dalam lipatan.

Konspirasi daripada Pejabat MB Selangor ini semakin rancak apabila Ketua Biro Utusan di Klang, Amir Sharifudin menggesa dua Exco yang disyakki memberi maklumat rahsia kepada Lutfi, iaitu Dr Zainal Abidin Ahmad dan Datuk Shariff Jajang digugurkan.

Seperti biasa, Utusan kemudiannya akan bertanyakan ura-ura itu kepada Khir bagi mendapat komen lanjut (walaupun idea asalnya datang dari Khir sendiri). Khir bagaimanapun dilaporkan enggan mengulas lanjut!






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com