UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




'GERAKAN KERUHANIAN MENENTANG KEZALIMAN' (RUHANIA)

Sudah lebih 3 tahun rakyat bangkit menentang kezaliman pemerintah, namun rakyat masih terus menderita. Berbagai usaha telah dilakukan, dari Gerakan Jalanraya ke Gerakan Pilihanraya namun kezaliman terus berleluasa. Gerakan Media dan Ceramah di tindas dan kezaliman semakin bermaharajalela.

Sesunggunya, kekuatan fizikal rakyat tidak akan mampu menandingi kekuatan fizikal pemerintah yang zalim. Begitu juga kekuatan material rakyat tidak akan mampu menyaingi kekuatan material pemerintah yang angkuh dan sombong. Hanya satu pilihan rakyat hari ini… Bangkit dengan kekuatan keruhanian.

RUHANIA menyeru semua rakyat dari semua agama dan kepercayaan agar bangun membersihkan diri mendekati TUHAN Yang Maha Kuasa. Kalau sejak dulu kita bermunajat, berdoa dengan solat Hajat dan upacara sembahyang di Tokong dan Kuil, maka kini RUHANIA mengajak rakyat untuk 'BERLAPAR' menentang kezaliman. Berlapar atau 'PUASA' adalah satu cara yang diajar oleh semua agama untuk mendidik jiwa agar tidak tunduk dengan dorongan nafsu dan dunia.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda maksudnya 'Perut adalah punca penyakit… dan menjaga perut adalah ibu segala ubat'. Sedarkah kita bahawa sifat tamak, rakus, dayus, takut malah wabak kezaliman yang melanda hari ini adalah berpunca dari perut? Bermula dari kezaliman keatas ANWAR IBRAHIM, diikuti dengan kes tahanan ISA yang tak berkesudahan, diteruskan pula dengan pencabulan keatas hak rakyat untuk bersuara, berpolitik, berpersatuan, berhimpun dan berbagai lagi… kezaliman terus menghantui kehidupan kita rakyat Malaysia yang merdeka.

RUHANIA mengajak semua yang perihatin dengan kezaliman hari ini untuk turut serta dalam mana-mana aktiviti berikut menurut kemampuan dan kerelaan:

a) Menolak semua makan dan minum (total hunger strike).

b) Berpuasa setiap hari.

c) Berpuasa berselang seli hari (puasa Nabi Daud).

d) Berpuasa Isnin dan Khamis.

e) Berpuasa sehari dalam seminggu.

f) Hanya mengambil air dan menolak semua makanan.

g) Hanya mengambil air dan buah kurma.

h) Hanya mengambil satu meal sehari.

i) Mengurangkan diet harian.

Kepada yang memilih berpuasa, niat puasa sunat (Isnin/Khamis/mutlak) seperti biasa kerana Allah.

Apa juga aktiviti yang anda pilih, yang penting ialah penyertaan anda dalam gerakan ini.

Penganjur akan membuka kaunter penyertaan sempena pelancaran RUHANIA tidak berapa lama lagi. Sementara itu, sila sebarluaskan maklumat ini kepada kawan, sahabat, jiran dan saudara mara malah siapa sahaja.

Laman Web Gerakan Keruhanian Menentang Kezaliman (RUHANIA) akan turut sama dilancarkan. Buat sementara sila hubungi ruhania@hotmail.com.

Salam Keruhanian.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com