UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Tahun Baru 2002, YB Baru Indera Kayangan? dan Kerajaan Baru...

Selamat Hari Raya dan Selamat Tahun Baru kepada seluruh rakyat Malaysia yang majmuk. Kebetulan pada tahun baru ini wajah politik Malaysia bakal berubah lebih ceria dan berwajah baru...tepat masanya dengan pilihanraya kecil DUN Indera Kayangan di Perlis berlaku di awal tahun baru 2002 ini. Iaitu 10/1/2002 adalah hari penamaan calon dan 19/1/2002 pula merupakan hari mengundi. Harapan dan doa kita agar rakyat dan pengundi di DUN Indera Kayangan, Perlis mengundi dengan bijak dan akan memulakan langkah 'kanan' mereka untuk mengambil sempena baik tahun baru 2002 ini dengan azam baru bagi permulaan budaya politik baru di bumi Malaysia ke arah 'reformasi' dan perubahan politik Malaysia di abad baru 21 ini.

Lupakan cerita Sanggang, Pahang. Teluk Kemang, Negeri Sembilan, jangan terlalu 'fantastik' dan dibuai mimpi indah dengan kejayaan di Lunas. Kenanglah peristiwa di Likas dan nilai semula prestasi BA dalam pilihanraya umum negeri Sarawak baru-baru ini. Kini kita ke Indera Kayangan untuk menghadapi sebuah pertarungan baru. Pertarungan ini bakal menguji kekuatan BA yang sudah kehilangan DAP yang berundur kerana sedikit perbezaan politik. Semuanya memberi kita pelbagai iktibar, pengajaran, kesedaran, pengalaman dan lebih penting telah serba sedikit mematangkan dan mendewasakan kita untuk terus setia berjuang demi sebuah perjuangan mulia lagi suci ini. Menegakkan kebenaran, keadilan dan amalan demokrasi sebenar, insya-Allah.

Tahun Baru 2002

Mudah-mudahan sempena baik tahun baru kali ini angka 2002, kalau ditunggangterbalikkan semua boleh jadi 0022, 2200 hingga jadi 2020 angka keramat Dr Mahathir. Tapi sempatkah Mahathir dan kroni-kroninya sekarang yang tengah galak dengan angka tahun 2020 itu. Kita lupakan cerita Mahathir and Kroni's mereka tidak penting lagi kepada dunia politik baru Malaysia di tahun baru ini.

Mari kita mulakan politik baru ini sesuai dengan tahun baru 2002 ini dengan segala-galanya serba baru. Baru yang membahagiakan dan menceriakan seluruh rakyat Malaysia yang majmuk dari Perlis hingga ke Sabah. Kita mulakan di Indera Kayangan. Tugas besar rakyat dan pengundi di DUN Indera Kayangan ialah mempastikan Indera Kayangan akan tidak selama-lama lagi berwajah lama dengan baju BN cap dacing dan dacing mereng sebelah itu...Dan rakyat dan pengundi Indera Kayangan sama ada orang Melayu, Cina, India, Siam dan lain-lain semuanya sama mempunyai tugas besar. Melepaskan diri dari pasungan dan konkongan budaya dan pemikiran ala UMNO/MCA/MIC/BN/Mahathir Ling Liong Sik Samy Vellu, mereka jadi kerajaan Malaysia seperti syarikat sendirian berhad dengan nama Syarikat UMNOMCAMIC/BN Sendiri Berhad yang diketuai Dr Mahathir.

Anda sebagai rakyat dan pengundi yang berilmu, celik politik dan ada kesedaran tinggi. Apatah lagi kalangan kaum Cina di Indera Kayangankah atau di mana-mana sekalipun yang kebanyakannya adalah golongan rakyat yang pandai berniaga. Tentu lebih tahu selok-belok bagaimana seorang pengurus besar seperti Dr Mahathir mentadbir dan menguruskan syarikatnya itu. Tentu yang melekat dalam otak nyanyuknya itu hanya fikir untung..untung..rugi tarak maulah..diri mesti banyak untung, bagi sama kroni dan ahli-ahli saja. Mereka yang tidak ada saham dengan syarikat jangan peduli, biar susah diaorang punya pasal...

Kerana itu, untuk membaharui cara pentadbiran kerajaan Malaysia, kerajaan yang dibentuk dari bawah dari rakyat di kampung-kampung, di ulu dan rakyat yang tidak pernah jejak bandar. Tapi hakikatnya hujung jari mereka itulah suis yang memetik dan menggerakkan sehingga terbentuknya sebuah kerajaan. Sebab undi kita itulah kuasa terbesar yang membentuk sebuah kerajaan memilih dan mengundi pemimpin dalam sistem demokrasi. Kita tidak boleh diugut, dirasuah dan diperlaku seperti hamba abdi.

Rakyat mesti sedar dalam sistem demokrasi parti kerajaan baik atau pembangkang baik, kedua-duanya penting. Jadi kedua-dua parti kerajaan dan pembangkang sama-sama ada hak untuk bersuara, bercakap dan mengeluarkan hujah dalam semua situasi dikhalayak ramai atau dihadapan rakyat secara saksama. Pemutus adalah rakyat untuk memilih mana parti atau calon parti mana mereka pilih. Sama ada pilih calon parti kerajaan atau calon parti pembangkang. Dengan syarat, rakyat jangan diugut, jangan disogok atau diperlaku secara paksaan oleh mana-mana parti yang bertanding.

Kita mengharapkan rakyat dan pengundi DUN Indera Kayangan kali ini akan mengubah pendekatan politik mereka, kepada politik baru dengan memilih dan mengundi parti baru yang membawa aspirasi politik baru untuk rakyat Malaysia. Parti itu ialah parti BA yang ada di dalamnya PAS, KeADILan dan PRM. Insya-Allah, pembaharuan politik yang terjadi di Indera Kayangan di negeri Perlis, negeri paling terkecil di Malaysia ini akan melebarlah pembaharuan politik Malaysia, kerajaan Malaysia ke seluruh negara sehingga ke Sabah.

Yang Berhormat Baru Indera Kayangan

Seandainya rakyat Indera Kayangan di Perlis diberi peluang dan kebebasan secara terbuka menurut amalan sistem demokrasi sebenar. Apakah masih mereka mahu mengundi calon BN?. Kalau mereka pilih juga calon BN, gabungan parti yang berpayung dibawah payung UMNO yang sudah hampir reput itu, sebabnya bukan mereka sukakan BN. Tapi rakyat Indera Kayangan dipasung, akal, otak, kaki, tangan dan badan mereka diikat, dikongkong dan terpenjara...dengan pelbagai rupa bentuk rantaian dan kongkongan sama ada melalui pagar-pagar besi dan berduri media-media cetak, elektronik seperti TV 1,2, 3 hingga 7, radio dan sebagainya. Lain lagi dengan sogokan RM, kain pelikat, gula, susu, garam, beras dll, belum termasuk ugutan dalam bentuk propaganda murahan kalau pilih pembangkang tiada pembangunan, kemajuan, pilih pembangkang huru-hara, agen asing, ekstrem dll.

Kita mengharapkan rakyat dan pengundi Indera Kayangan mampu melihat, menilai dan meneliti apa jua yang dibawa sama ada oleh parti kerajaan atau parti pembangkang secara bijaksana dan terbuka. Lihatlah kebenaran, ketelusan dan nilai keadilan itu. Bukan semata-mata material, kebendaan dan rupa fizikal yang indah, besar dan gah itu menjadi ukuran kita. Kita mahu kepimpinan yang boleh menyuarakan citarasa dan kehendak rakyat terbanyak yang diwakili. Kalau pilih calon BN hanya sekadar jadi yes men di DUN atau jadi kaki ampu. Kita mahu wakil rakyat atau pemimpin yang terpilih itu mereka yang benar-benar berwatak pemimpin, berjiwa rakyat, berjiwa pejuang, berjiwa pengorbanan dan pemimpin bersifat majmuk.

Jadi dalam keadaan sekarang ramai orang kata, kepimpinan dalam Syarikat UMNOMCAMICBN rata-rata berhidung besar, angkuh, sombong dengan kuasa yang dimiliki, pangkat YB yang dipegang, harta benda dan kemewahan keliling pinggang. Kira bicara hidup mereka di mahligai masing-masing tentang percaturan pengagihan harta, pangkat, kuasa, projek...nasib rakyat sekadar melepas batuk ditangga.

Dengan itu, hanya dengan YB baru dari parti baru BA sahaja akan dapat mengembalikan kuasa rakyat kembali kepada rakyat, hak rakyat kembali kepada rakyat dan suara rakyat benar-benar suara keramat. Sebab kepimpinan BA kelihatan rata-rata mereka adalah kepimpinan yang boleh diharapkan oleh rakyat majmuk Malaysia, mereka melihatkan ketelusan, kemesraan, tawaduk, sikap profesional, terbuka dan sebagainya. Insya-Allah, YB baru Indera Kayangan dari BA bersama ADUN-ADUN BA dari PAS yang sedia ada inilah bakal mencetuskan perubahan besar kepada politik negeri Perlis, biar DS Shahidan tidak lena tidur akhirnya dia undur diri...

Kerajaan Baru Bermula Di Tahun Baru 2002

Dengan YB baru Indera Kayangan dari parti baru BA sama ada KeADILan/PAS/PRM yang bakal terpilih pada 19 Januari 2002 nanti, insya-Allah permulaan sempena baik Tahun Baru 2002 ini akan berterusan sehingga tahun 2004 dalam pilihanraya umum ke 11. Di mana kita meramalkan lebih banyak lagi YB-YB baru dari parti-parti dalam gabungan BA akan mencapai kejayaan seterusnya membentuk kerajaan-kerajaan negeri yang baru dari Perlis, ke Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang bergabung kekuatan dengan negeri BA sedia ada Terengganu dan Kelantan merempuh kubu kuat BN di Selatan, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Akhirnya semua dalam genggaman BA parti baru yang muncul di tahun 1998 hasil cetusan reformasi DS Anwar Ibrahim yang dikurung Mahathir, kerana Mahathir takut tumbang lebih awal dari jangkaan. Dengan Anwar dipenjarakanpun Mahathir terkial-kial untuk menang, bayangkan andainya Anwar boleh bebas bersama kepimpinan BA sekarang mengumpul kekuatan Mahathir/Pak Lah sudah lama masuk ke penjara kerana pelbagai kesalahan.

Dari seorang YB baru di Indera Kayangan yang lahir di tahun baru 2002 di negeri Perlis, insya-Allah berkat bulan baik dan tahun baru kali ini akan bermunculanlah YB-YB baru yang berwajah baru tanpa cap dacing berwarna biru. Kali ini YB-YB baru itu berwarna-warni yang bakal mewarnai politik Malaysia yang baru, hijau putih, biru lembut, merah garang berarak berlembu, mata memerhati tajam, mengerak memancar roket naik ke bulan untuk menerangi bumi Malaysia yang aman lagi permai ini. Insya-Allah, waktu itu Malaysia berwajah baru, kerajaan baru dengan kepimpinan baru yang lebih berwibawa, telus, amanah dan menegakkan demokrasi membina kerajaan yang baik untuk membahagiakan rakyat Malaysia yang majmuk dari Perlis hingga ke Sabah bermula di DUN Indera Kayangan. Insya-Allah.

Reformasi...Reformasi...Reformasi...Malaysia baru dengan kerajaan baru dari Perlis hingga ke Sabah tahun 2004!!!

Ibn Sabah,
4.1.2002.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com