UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Zainuddin Maidin Yang 'Kebetulan' Tapi Tidak Betul...

Dalih 'kebetulan' siaran-siaran bersifat propaganda politik UMNO/BN di stesyen-stesyen TV yang dikuasai Kementerian Penenrangan yang berSU Parlimenkan ZAM adalah dalih orang jahil yang tak tahu apa yang dibuat oleh agensi dibawah kendaliannya. Malah satu yang sangat mengaibkan diri dan mencalarkan kredibilitinya sebagai pemimpin yang dilantik oleh Dr Mahathir/Khalil sebagai Senator. Apakah Mahathir/Khalil juga hilang kredibiliti mereka kerana melantik orang yang tiada wibawa dan kelayakan seperti ZAM untuk mengendalikan Kementerian Penerangan yang turut berkuasa ke atas RTM itu.

Kenyataan Pengerusi DAP, Encik Lim Kit Siang tentang batang tubuh, otak dan lidah Senator Datuk Zainuddin Maidin al-Kebetulan. Patut disokong penuh oleh seluruh rakyat Malaysia yang majmuk, bahawa wajar 'kutukan' walaupun kutukan itu bukan kerja manusia dan wajar mendapat 'sanggahan' keras ke atas tindak-tanduknya yang tidak beretika selama berjawatan sebagai SU Parlimen Kementerian Penerangan Malaysia yang berketuakan Tan Sri Khalil Yaakon mantan MB Pahang yang didakwa kaki rasuah itu.

Penulis ada sesekali terpandang dan tertengoklah segala macam propaganda yang disiarkan oleh TV 1 dan juga TV 3 yang memeluatkan dan menjengkelkan hati setiap penonton yang bijak menilai siaran-siaran yang dipertontonkan oleh RTM/ZAM and Khalil's Sendirian Berhad yang menjadi stesyen TV UMNOMCAMICBN/MahathirLLSSMVKhalil and ZAM SDN BHD. Kebetulan dan betul-betul ZAM gelaran glamournya sejak di Utusan lagi itu, Datuk Zainuddin Maidin betul-betul mempergunakan sisa-sisa hidupnya yang tidak berapa detik lagi itu untuk mengabdikan diri kepada UMNO/BN/Mahathir/Khalil untuk bersekongkol membuat fitnah, menyuburhidupkan budaya fitnah, tipu helah, magik, propaganda dan pendustaan membohongi rakyat Malaysia dengan pelbagai cerita propaganda yang TIDAK MASUK AKAL. Dia kutip cerita atau gambar-gambar di Amerika peristiwa 11 September, di Afghanistan dan lain-lain lagi kemudian dia selang-selikan dengan gambar-gambar atau cerita para penyokong dan kepimpinan BA terutamanya PAS. Apakah itu bukan berita BERBAUR FITNAH...Tidakkah dia tahu bahawa FITNAH itu lebih dahsyat dari membunuh.

Kata Lim Kit Siang kepada ZAM, jangan berlagak seperti Joseph Geobbels propaganda NAZI zaman Diktator Hitler dulu. Di Malaysia Zainuddin Maidin menjadi penyambung tradisi Joseph Geobbels dan Abdullah bin Saba yang terkenal 'Kepala Munafiq' di zaman Baginda Nabi SAW dulu. Kita mengharapkan kepada ZAM supaya kembalilah ke pangkal jalan kalau sudah sedar sesat dihujung jalan. Jangan teruskan amalan propagandis ala Joseph Geobbels dan amalan menyebar fitnah ala Abdullah bin Saba.

Geram dan sakit hati kita, apabila menonton propaganda yang bersifat melampau-lampau terhadap parti-parti pembangkang di Malaysia. Kita bukannya rakyat yang fanatik kepada mana-mana parti politik dalam negara ini. Tapi kita sebagai rakyat yang bijak, berilmu dan celik IT ingin berita atau cerita yang disiarkan dalam TV 1, 2, 3 hingga 7 itu biarlah suatu yang mempunyai nilai maklumat yang benar, telus dan BUKAN yang berbaur fitnah atau propaganda negatif terhadap lawan politik sendiri. Sebab yang menonton TV dan mendengar radio di Malaysia ini bukan semua ahli-ahli UMNO/BN. Kalau ZAM mahu siarkan berita propaganda politik sempit seperti itu lebih baik minta kepada Mahathir buat stesen TV/radio UMNO/BN khusus. Jangan jadikan RTM sebagai markaz dan pusat kempen UMNO/BN atau aktiviti bersifat kerja-kerja parti.

Seandainya ZAM mahu juga siarkan kempen UMNO/BN/Mahathir/Khalil dalam RTM sekarang, wajar berikan keadilan itu kepada parti-parti pembangkang yang lain untuk menyiarkan kegiatan, aktiviti dan ucapan para pemimpin pembangkang BA/PAS/KeADILan/PRM dan juga DAP.

Jawaban ZAM sebagai SU Parlimen terhadap apa yang terjadi dalam siaran TV atau radio dengan hanya berkata secara 'kebetulan'. Itu bukan jawaban seorang yang bertanggungjawab, bukan juga seorang yang mempunyai kredibiliti yang boleh dihormati dan lebih teruk ia mencerminkan peribadi ZAM bukan merupakan pemimpin berjiwa nasional. Tapi berjiwa sempit serta kaki bodek UMNO/BN/Mahathir/Khalil yang tidak boleh menilai berita itu bernilai nasional atau tidak, fitnah atau tidak, benar atau salah, propaganda parti atau bukan. Ini akibat kelemahan kepimpinan teratas negara yang TIDAK mampu menilai keupayaan orang-orang yang dilantik menjadi pembantu mereka. Yang penting setia buta dan boleh memuja-muji pemimpin...Andai inilah wajah-wajah pemimpin negara dan negeri atau YB-YB di Malaysia 5 atau 10 tahun lagi, pasti Malaysia tidak akan ada lagi kelihatan suatu yang benar-benar baik, benar dan adil.

Sebab kita boleh bayangkan sekarang, pemimpin yang salah rasuah kerana dia rapat dan setia dengan orang atas jangan hukum dia. Sebaliknya, andai pemimpin itu baik, telus dan disenangi rakyat tapi tidak disukai orang atasan, cari kes untuknya dan jatuhkan hukuman salah. Kemudian kebenaran, dikaburkan atau dijadikan kebatilan. Sementara yang benar-benar salah dibesar-besarkan ia adalah betul, benar dan ditonjokkan sebagai suatu yang benar. Orang baik dikatakan jahat penjenayah. Orang jahat, kaki rasuah, perompak dan sebagainya dikatakan orang baik. Apa akan jadi andai keadaan ini yang terus berlaku dalam negara ini. Apakah rakyat akan dapat melihat yang baik itu baik, yang benar itu betul dan yang jahat tetap jahat, yang salah tetap salah. Rakyat yang merdeka, bijak, bebas, berilmu dan berdaulat pasti akhirnya akan jelas dan tahu. Saat dan waktu itu apa jua yang tersiar oleh RTM yang bersetiausahakan ZAM dan berketuakan Khalil Yaakob tidak akan dipercayai lagi oleh seluruh rakyat Malaysia. Sebab utamanya, berita dan gambar yang disiarkan semuanya untuk kepentingan dirinya, Dr Mahathir, Pak Lah, Khalil dan kroni-kroni mereka saja...bukan juga untuk seluruh ahli UMNO/BN yang berjumlah berjuta-juta orang itu. Anda sebagai rakyat yang merdeka, bebas dan bermaklumat dengan maklumat benar pasti berfikir dan mempercayainya juga akhirnya.

Lihat dan perhatikan saja berita yang tersiar di TV 1, 2, 3 hingga 7 sekarang semuanya berita kempen dan propaganda yang membekukan otak rakyat. Semuanya memuja-muji kepimpinan UMNO/BN, parti kerajaan UMNO/BN dan Dr Mahathir and Shahidan...Tiada lagi buruknya mereka, semua molek, indah dan cantik belaka...parti dan pemimpin UMNO/BNlah yang mesra rakyat, dermawan, membantu rakyat, turun ke bendang, hadir masjid, masuk keluar kampung, rasmi sana-sini, serah itu ini, agih harta,RM dan macam-macam sekarang. Itu memang tabiat UMNO/BN pandai berlakon menjadi orang baik, dermawan, sampai sanggup cuci tahi budak kecilpun mereka akan buat...begitu betapa hebatnya LAKONAN PARA PEMIMPIN UMNO/BN sekarang. Itu sebelum menang dan masa kempen. Lihat selepas menang awas anda sebagai rakyat di Indera Kayangan, apalagi kalau calon BN yang kalah lagi dahsyat penindasan mereka semasa BN menangpun habis rakyat ditindas, mereka hanya pilih-pilih ini orang apa UMNO ke, MCA ke atau PAS ke atau KeADILan ke...sepatutnya setelah menang semua rakyat adalah rakyat Malaysia yang hidup dalam sistem demokrasi berParlimen.

Ini yang kepimpinan UMNO/BN/Mahathir/Shahidan tak nampak mereka pura-pura buta, buta mata hati dan buta akal budi sebab itu bila menang yang BESAR MEREKA NAMPAK YAHOO...YAHOO...YAHOO...DI...SYARIKAT KITA SYARIKAT UMNOMCAMIC/BNMAHATHIRLLSSAMYVELLUSHAHIDAN Sendirian BERHAD menang besar...bab rakyat kemudian urus, dekat pilihanraya sekali lagi baru buka fail rakyat. Inilah budaya UMNO/BN...anda percaya atau tidak. Anda boleh fikir dan nilai sendiri. Bayang 40 hingga 50 tahun masih ada rakyat yang dikuasai oleh parti kerajaan UMNO/BN menderita, tidak mendapat kemudahan infrastruktur yang sepatutnya mereka dapat, tapi para pemimpin UMNO/BN hidup mewah, kereta besar, rumah besar, banglo, istana di sana-sini, bulan-bulan keluar negara. Mereka pakai duit siapa???. Itulah amalan buruk mereka ditutupi dengan segala yang baik...

Ibn Sabah,
7.1.2002M.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com