UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Formula Kemenangan Di IK 2002

Lebih 23 juta rakyat Malaysia yang majmuk yang menjadi warganegara sama ada mereka yang berada di DUN Indera Kayangan, Perlis hingga ke Sabah. Dan menjadi warganegara yang merdeka, bebas, berdaulat dan celik politik serta memahami nilai-nilai demokrasi sudah tentu mengharapkan pilihanraya kecil DUN Indera Kayangan pada awal tahun baru 2002 ini akan menjadi medan ke arah pembentukan sebuah kerajaan yang baru, iaitu kerajaan rakyat untuk rakyat, kerajaan yang berorentasikan keadilan, telus, amanah, demokratik dan kerajaan yang lebih baik. Dengan merubah bagi menggantikan parti kerajaan UMNO/BN yang sudah jauh lari dari landasan sebenar sebagai sebuah kerajaan rakyat untuk rakyat. UMNO/BN sudah menjadi kerajaan sebagaimana sebuah Syarikat Sendirian Berhad mereka hanya untuk mengkayakan dan membesarkan empayar kuasa dan perniagaan para pemimpin mereka, kroni-kroni dan anak bini atau suku sakat mereka. Kerana itu, marilah kita jadikan pilihanraya kecil 2002 di DUN Indera Kayangan ini sebagai tapak awal dan terbaru bagi menjana perubahan lebih besar dalam politik Malaysia tahun 2004 atau mungkin dijangkankan lebih awal lagi. Apakah formula terbaik untuk kita bermula dengan kemenangan dan langkah 'kanan' di Indera Kayangan 2002 kali ini.

Formula Kemanangan di Indera Kayangan 2002

Tentu andai untuk disenaraikan formula untuk kita berjaya dan menang sangat banyak, mungkin ada 2002 formula, malah lebih. Antara yang mungkin boleh kita kongsi ialah:

1) Yakin kepada janji Allah, bahawa kebenaran pasti mengalahkan yang batil.

2) Pendekatan dan strategi terbaik, tercanggih, sempurna dan digembeling semaksimanya.

3) Taat arahan pimpinan.

4) Kuatkan perpaduan dan persefahaman antara semua kaum.

5) Dekati dan mesrai semua orang tanpa kira kaum, bahasa, budaya, kawan atau musuh.

6) Pengalaman di Sanggang, Teluk Kemang, Lunas dan Likas jangan dilupakan. Perbaiki yang kurang baik semasa di sini (Indera Kayangan).

7) Elakkan menimbulkan isu-isu kaum dan agama yang sensitif.

8) Anggap semua pengundi dan rakyat di Indera Kayangan itu adalah penyokong BA. Walaupun ia mustahil untuk mencucuk hidung semua orang. Prinsipnya andai kita menang semua pengundi Indera Kayangan adalah rakyat yang kita menjadi pemimpinnya.

9) Gerak kerja kempen hendaklah sepadu dan mantap.

10) Jangan layani segala provokasi jahat UMNO/BN.

11) Setiap penyokong, pendokong dan pimpinan BA kecil atau besar mempunyai peranan masing-masing. Hatta tukang sapu, tukang bancuh air dll ada fungsi tersendiri untuk menangkan BA di Indera Kayangan.

12) Hormati para petugas SPR, pegawai keselamatan dan juga lawan parti kita.

13) Elakkan terlalu bertindak secara emosional.

14) Gunakan pendekatan berilmu, berbudaya dan berakhlak dalam tindak-tinduk kita.

15) Jangan lupa bermohon dan berdoalah kepada Allah, sebagai orang Islam dan beriman. Penat lelah, usaha dan kerja kuat kita keputusannya di sisi Allah jua. Memang ada hikmahnya dan kalahpun ada juga hikmahnya.

Pergunakanlah Akal dan Rezeki Anugerah Allah Itu Untuk Kebaikan

Jauhi sifat berputus asa. Kalah menang adat pertandingan. Menang bertasbihlah, bertahmid dan mintalah keampunan di sisi Allah. Rahmat Allah masih teramat luas dan banyak di muka bumi Malaysia ini. Kalahpun, Alhamdulillah belum waktunya. Tapi mengikut perkiraan kemanusiaan dan semangat rakyat di Indera Kayangan dan di Semenanjung itu sendiri sinar perubahan sudah memakin hampir dalam arus politik Malaysia. Pergunakanlah segala kurnia dan anugerah Allah sama ada akal, rezeki, pangkat, kedudukan dan sebagainya itu untuk memakmurkan dunia ini dengan menjunjung segala titah perintah-Nya, seterusnya mendaulatkan tuntutan agama-Nya untuk menegak KEADILAN, MENYEBAR KEBAIKAN DAN KERAJAAN/PEMERINTAH YANG ADIL, BAIK DAN AMANAH. Rakyat dan pengundi Indera Kayangan sejak dari awal ura-ura pilihanraya kecil DUN Indera Kayangan ini lagi UMNO/BN, Mahathir, Shahidan Kassim, Ling Liong Sik dan para pemimpin lain dari MCA, UMNO dan kerabat-kerabatnya sudah berkempen di TV, surat khabar dan menemui rakyat. Walaupun SPR meminta kempen hanya bermula selepas penamaan calon 10 Januari. Siapa mahu dengar SPR punya cakap dalam pemerintahan parti UMNO/BN, tidak ada undang-undang boleh mengatasi kuasa milik UMNO/BN/Mahathir/Pak Lah sekarang. Ada peraturan atau undang-undang yang bercanggah dengan kepentingan UMNO/BN/Mahathir/Pak Lah dengan sendirinya terbatal!!! Itulah pemerintahan zaman UMNO/BN/Mahathir sekarang. Hukum Allahpun tidak mereka pandang. Dosa tak lut pada diri mereka.

Mengundi BA, Rezeki Rakyat Tidak Akan hILANG, Rezeki Bukan Milik UMNO/BN

Kepada para penyokong dan pendokong BA di Indera Kayangan, terutamanya rakyat dan pengundi Indera Kayangan. Kemenangan calon KeADILan/BA adalah ditangan atau dihujung jari anda. Bukan ditangan DS Shahidan atau di tangan Dr Mahathir, bukan juga ditangan Ling Liong Sik, bukan juga ditangan DS Samy Vellu dan bukan juga ditangan sesiapa. Sebagaimana rezeki yang kita miliki sama ada RM, makanan minuman yang kita masukkan ke dalam mulut kita, anak isteri dan keluarga itu bukannya wang Dr Mahathir, bukan wang Shahidan, bukan wang Ling Liong Sik atau samy Vellu. Tapi semua itu adalah rezeki Allah Ta'ala yang dikurniakannya tercurah di bumi Malaysia yang kita usahakan dengan titik peluh sendiri dengan tulang empat kerat kita. Apakah anda boleh fikir Dr Mahathir, Shahidan Kassim atau Ling Liong Sik boleh hulurkan RM, makanan minuman dan juga pakaian kita setiap hari ke rumah. Melainkan kita melihat dan menonton TV setiap hari sumpah seranahnya terhadap rakyat konon tidak bersyukur kepada kerajaan UMNO/BN, diungkit-ungkitnya segala-gala itu ini. Allah tidak pernah ungkit rezeki, nikmat dan rahmat-Nya yang tercurah ke bumi dan yang kita makan setiap saat dan waktu. Hatta yang makan itu adalah orang yang kufur nikmat, menentang Allah, membenci agama-Nya dan menghina rasul-Nya dan para ulama yang menjadi waris para nabi. Rahmat, nikmat dan rezeki dari Allah terus mengalir ke bumi. Begitulah sifat rahman dan rahimnya Allah SWT kepada manusia dan seluruh makhluk di alam ini.

Rakyat Wajar Tahu Segala Pengurusan Tidak Telus UMNO/BN

Parti-parti pembangkang bukan sekadar mahu mengada-ngada di depan rakyat, sebagaimana para pemimpin UMNO/BN menipu hidup-hidup rakyat dalam banyak hal berkaitan pentadbiran negara, sistem kehakiman, ekonomi, politik, sosial, keselamatan, pendidikan dan sebagainya. Suara para pemimpin BA adalah suara rakyat. Suara untuk memperbetulkan segala macam kepincangan yang berlaku dalam kepimpinan kerajaan yang diterajui oleh UMNO/BN/Mahathir/Pak Lah. Jangan salahkan rakyat yang inginkan perubahan 'politik' dalam negara ini. Para pemimpin UMNO/BN dan terutamanya Mahathir, Pak Lah dan para juak-juak mereka supaya sedar diri akan segala kepincangan yang berlaku dalam masa mereka menerajui kerajaan sekarang dan mereka mesti salahkan diri sendiri. Jangan menuding jari kepada orang lain, parti-parti BA dan rakyat seluruhnya.

Rakyat dan pencinta reformasi, pencinta dan aktivis keadilan, ketelusan dan kerajaan baik lagi demokratik pasti penuh harapan serta doa agar DUN Indera Kayangan di Perlis memihak kepada BA. Kemenangan secara adil dan amalan demokrasi tulen. Walaupun hakikatnya UMNO/BN/Mahathir/Khalil/Shahidan/Ling Liong Sik/Samy Velly terus dengan sikap dan kepala batu lagi degil, sombong serta angkuh dengan kuasa yang mereka miliki tanpa perasaan bersalah, tanpa malu dan segan terus-menerus mempergunakan jentera kerajaan seperti RTM, polis dan lain-lain agensi kerajaan untuk memikat rakyat dan pengundi dalam pilihanraya sejak dulu, kini dan selama-lamanya. Belum lagi masuk amalan rasuah 'politik' yang menjadi amalan dan senjata utama mereka untuk mengkaburi mata rakyat bahawa mereka parti UMNO/MCA/MIC/BN/Mahathir/Pak Lah/Ling Liong Sik/Samy Vellu/Shahidan yang berjasa kepada rakyat. Mereka tipu rakyat di kampung-kampung hidup-hidup. Apakah kita sebagai rakyat yang merdeka sudah lebih 40 tahun, bebas dan berdaulat masih boleh tertipu hidup-hidup oleh lakonan kepimpinan UMNO/BN/Mahathir/Pak Lah???? Konon harga mahligai Mahathir hanya RM17 juta diisytihar dalam Parlimen. Cerita sebenar yang tersembunyi tersebar dari mulut ke mulut melebihi RM200 juta. Ini satu isu penipuan mereka kepada Parlimen dan rakyat Malaysia.

Rakyat bukan nak ambil hal sangat kemewahan hidup PM Dr Mahathir, TPM Pak Lah, Menteri-menteri BN seperti Ling Liong Sik, Samy Vellu, Tun Daim (dulu semasa jadi Menteri Kewangan) dan lain-lain menteri kabinet. Mahligai, istana, kereta, syarikat, padang golf dan pelbagai lagi lambang kemewahan yang mereka miliki di sana-sini seluruh negara hatta di luar negara kalau itu hasil titik peluh mereka lantaklah mereka. Tapi YANG DIPERSOALKAN RAKYAT BAGAIMANA MEREKA MEMPEROLEHI SEMUA KEMEWAHAN ITU, apakah dengan jalan yang betul mengikut peraturan atau dengan cara merompak/jenayah secara cukup bersistem kerana mereka yang mengatur perjalanan sistem pemerintahan negara ini. Mereka sedikitpun tidak merasa bersalah atau berdosa berbuat sebegitu...KENAPA DAN MENGAPA? Mereka yang kontrol seluruh sistem pemerintahan negara ini dari pentadbiran, kehakiman, ekonomi hatta sistem Raja Berperlembagaanpun mereka jadikan seperti 'kerbau dicucuk hidung'. Apabila kumpulan mereka salah, menyeleweng, rasuah dan merogol atau merompak harta rakyat dan kerajaan ditutup-tutupi semahu-mahunya, jangan ada rakyat yang tahu. Kalau ada rakyat yang membongkar segala macam penyelewengan, rasuah dan salahguna kuasa mereka, mereka ini akan menerima nasib buruk, lihat saja bagaimana kes yang menimpa batang tubuh DS Anwar Ibrahim, Ezam, Tian Chua, Lokman dan ramai lagi ada yang dipenjarakan, diISAkan, direka-reka pertuduhan yang bukan-bukan. Semua isu-isu sudah banyak diketahui oleh rakyat.

Akhirnya, marilah kita sama-sama menjana kekuatan ke arah perubahan dan kemenangan di DUN Indera Kayangan untuk sebuah kemenangan lebih besar dalam politik Malaysia tahun 2004 nanti.

Ibn Sabah,
9.1.2002M.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 9 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com