UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Sihir 'Politik' Shahidan Mengena???

Selama ini orang tidak menyedari hebatnya 'sihir' politik MB Perlis, DS Shahidan Kassim itu boleh memukau dan menundukkan semua orang yang berhadapan dengan dirinya, ketika dia MP di Parlimenpun orang terpukau dengan cakap-cakapnya hatta Dr Mahathirpun turut terpaku hilang akal apabila mendengar tawar jampi serapah yang tersembur dari mulut dan liur basi Shahidan. Bermula dengan jampi serapah puja-puji, ampu bodeknya kepada Dr Mahathir, kata Shahidan dalam satu wawancara di TV 1 baru-baru ini bla..bla...terkeluarlah jampi serapah 'sihir'nya PM yang kita dikasihi...kembanglah hidung Mahathir, kalau dia ada ekor terangkatlah ekor itu dan kembanglah Mahathir sehingga hilanglah ingatan Mahathir tanpa sedar dia dipukau oleh 'sihir' Shahidan. Konon pula Dr Mahathir juga suka kat dia...pasal itu Mahathir masih lantik dia jadi MB, pengerusi perhubungan UMNO negeri dan pengarah pilihanraya kecil DUN Indera Kayangan. Inilah antara jampi serapah 'sihir' Shahidan untuk selamatkan diri di depan Dr Mahathir. Bahasanya atau kata-katanya cukup indah, manis, memikat dan memukau. Tapi beracun dan boleh membahayakan sebagaimana ilmu 'sihir' yang merasuk masuk ke dalam perasaan dan jiwa manusia yang terkena 'sihir'. Menjadi hilang akal, tanpa sedar dan lalu menuruti apa saja kemahuan tukang sihir yang menyihirnya. Itulah cara Shahidan mengenakan ilmu 'sihir'nya kepada orang lain. Orang menjadi lupa. Di mana bomoh Shahidan Kassim menuntut...bomoh siam, bomoh India atau bomoh Indon???

Ilmu Sihir Sudah Diamal Orang Dulu Zaman Fir'aun Lagi

Ilmu 'sihir' sudah diamal orang sejak zaman Fir'aun lagi. Fir'aun adalah penaung kepala ahli-ahli sihirnya bagi melawan Nabi Musa a.s. Kisah ini tercatat dalam al-Qur'an, bagaimana Nabi Musa a.s menghadapi kerja-kerja ahli sihir Fir'aun di zamannya. Satu ketika Nabi Musa a.s menjadi takut, tetapi Allah meyakinkannya supaya jangan takut. Dengan pertolongan Allah dan kekuatan yang ada berserta mukjizat Nabi Musa a.s dapat mengatasi seluruh ahli-ahli sihir Fir'aun sehingga ramai daripada mereka yang telah beriman mengakui kemahakuasaan Allah dan kenabian Nabi Musa a.s. Hebat manapun ilmu 'sihir' akhirnya ia akan di atasi oleh kebenaran. Kerana ilmu sihir menurut Syed Qutb dalam kitab Tafsirnya, bahawa ilmu sihir tidak mampu merubah hakikat sesuatu dan tidak juga boleh mewujudkan sesuatu yang baru.

Maka sihir 'politik' Shahidan ben Kassim juga tidak akan mampu merubah hakikat kebenaran dan jauh sekali untuk mewujudkan sesuatu yang baru. Apatah lagi segala tindak-tanduk politiknya selama ini banyak yang melanggar tuntutan agama dan mencanggahi perintah Allah. Rakyat Perlis yang selama ini disihir secara 'politik' tipu helah Shahidan akan sedar jua akhirnya dan kembali kepada politik kebenaran, sebagaimana kaum Nabi Musa a.s pada mulanya bersekongkol dengan Fir'aun menentang Nabi Musa a.s tetapi akhirnya menjadi penyokong dan pengikut Nabi Musa a.s serta menjadi orang-orang yang beriman.

Kenapa Pemimpin UMNO Suka Cari 'Bomoh' Pengamal Sihir Atau Ilmu Hitam

Hari ini orang sudah rubah atau tukar nama ilmu sihir kepada ilmu hitam dan pengamalnya digelar 'bomoh' dalam masyarakat Melayu. Orang dan para pemimpin UMNO, ramai dikalangan mereka 'gila' berbomoh. Nak kekal ketua bahagian cari bomoh, nak jadi calon pilihanraya jumpa bomoh, nak pangkat jumpa bomoh. Hidup mereka dikuasai oleh bomoh. Kalau 'bomoh' beriman tak apalah, tapi kena bomoh syirik apa akan jadi dengan keimanan kita. Na'uzubillah min zalik!!!. Kerana apa orang suka jumpa bomoh. Apakah bomoh yang punya kuasa mengkayakan orang, menaikkan pangkat, memiskinkan dan menjatuhkan orang. Bukankah Allah Ta'ala Yang Maha Kuasa, Maha Perkasa, Maha Pemberi Rezeki dan sebagainya. Kerana kurang keyakinan itu, maka ramailah para pemimpin UMNO tersalah jalan pergi cari bomoh, kenapa tidak mengadu kepada Allah dan meminta kepada Allah. Islam mengajarkan umatnya sedemikian indahnya hidup Islam ini.

Dengar-dengar cerita Dr Mahathir sendiri adalah antara pemimpin UMNO 'kaki bomoh' dan 'taik bomoh' nombor satu. Konon nak putuskan bila tarikh pilihanrayapun dia jumpa 'bomoh' juga. Dan 'bomoh' Mahathir bomoh special. Akibat terlampau percaya kepada bomoh, akhirnya menjadikan mereka lupa Allah. Dan sanggup hina hukum Allah, hukum hudud dan hukum-hakam Islam. Mudah-mudahan para pemimpin UMNO yang masih belum sedar akhirnya akan sedar dan kembali ke jalan benar.

Sihir 'Politik' Shahidan Terhadap Kontraktor, BPR Dan Anak Gadis

Di depan kontraktor lain lagi jampinya, di depan BPR lain lagi jampinya, di depan polis yang mahu siasat kesnya juga ada jampi, di depan rakyat kat TV, dalam majlis rasmi juga ada jampi serapahnya yang tersendiri bagi memukau dan menghilangkan rasa benci rakyat terhadapnya. Begitu juga di depan ahli-ahli dan kepimpinan UMNO/BN Perlis tentu jampi serapahnya lebih hebat dan memukaukan...Belum cerita Shahidan tentang bagaimana dia men'sihir' anak gadis dan artis-artis yang disukainya tentu 'jampi serapah' yang lain dari lain dan pasti lebih hebat. Tapi patut diperingatkan juga kepada Shahidan, jangan sampai dia macam YB di Batu Talam, Pahang kena jadi mangsa 'sihir' dan pukau bomoh 'gila' dan tamak dulu dipotong-potong sampai 18 kerat. Itulah bahayanya kepercayaan kepada bomoh melebihi percaya dan keyakinan kita kepada kuasa Allah. Padahal Allah-lah Yang Maha Kuasa lagi Maha Perkasa. Walaupun orang Perlis anggap dalam politik Shahidan Kassimlah yang berkuasa penuh. Orang tidak ingat lagi kuasa Raja Perlis, orang tidak ingat lagi Maha Kuasa dan Maha Perkasa-Nya Allah itu.

Di DUN Indera Kayangan, Shahidan tentu setiap malam mencuba jampi serapahnya siap dengan dibantu oleh bomoh-bomoh 'UMNO' yang masih setia dengannya. Agar dia dapat terus memukau, mengkaburi pandangan mata dan menghilangkan kewarasan akal rakyat dan juga pengundi Indera Kayangan supaya melihat UMNO/MCA/BN itulah parti terbaik dan calon BN itulah pilihan rakyat.

Apakah Rakyat Indera Kayangan Mahu Terus di'sihir' dan ditipu Shahidan?

Jangan takut 'sihir' Shahidan. Sihir 'politik' Shahidan adalah ilmu palsu, penuh dengan omong kosong, tipu helah dan dusta. Bayang saja bagaimana batang tubuh Shahidan selaku pengerusi perhubungan UMNO Perlis sendiri yang mempunayi power di Perlis, sudah tidak diberi kepercayaan 100% oleh UMNO/BN pusat untuk menjadi pengarah pilihanraya kecil kali ini dan terpaksa membawa Naib Presiden UMNO, TanSri Muhammad Taib dari pusat. Takut-takut pula wakil UMNO pusat ini juga bakal menjadi korban ilmu 'sihir' Shahidan Kassim. Hanya baka 'tongkat' Nabi Musa a.s sahaja yang akan dapat mengatasi 'sihir' ala ahli sihir Fir'aun itu. Alang-alang 'tongkat' hatta 'tongkat ali' sekalipun boleh patah empat oleh 'sihir' Shahidan.

Insya-Allah, dengan rakyat dapat melihat yang benar itu benar dan melihat yang salah, palsu dan tipu helah tetap salah, palsu dan tipu helah. Pasti rakyat dan pengundi di DUN INdera Kayangan tidak akan semudah itu terpukau oleh 'sihir' Shahidan ben Kassim. Biarlah Shahidan mengangkut berlori-lori wang rasuah untuk merasuahkan rakyat Indera Kayangan agar mengundi calon BN pilihan Shahidan. Di samping menggula-gulakan rakyat dengan bermacam-macam projek kebendaan bagi memukau'sihir'kan pemikiran rakyat dan pengundi agar tidak berpaling kepada calon pembangkang. Kemudian menuduh-nuduh pembangkang BA sebagai pembawa huru-hara, ekstrem, pelampau, KMM, Taleban, pengganas dan berbagai-bagai lagi tuduhan TIDAK MASUK AKAL. Semua tuduhan dan fitnah mereka di TV, surat khabar mereng sebelah dan jeritan-jeritan liur basi mereka terhadap parti-parti pembangkang BA sudah diketahui rakyat. Rakyat dan pengundi tidak lagi mudah diperbodohkan oleh UMNO/BN dan Shahidan hatta cakap-cakap Dr Mahathirpun susah untuk dipercayai oleh rakyat Malaysia yang celik politik, berilmu dan bermaklumat.

Kerana itu, pastikan 'sihir' Shahidan dan bomoh-bomoh UMNO/BN tidak mengena anda. Anda mesti mengelak dari 'pekena' jampi serapah 'sihir' Shahidan. Cukup mudah lihat, nilai dan teliti secara mendalam lihat dan nilai dengan hati, akal, ilmu dan iman setiap patah cakap atau kata-kata Shahidan, Dr Mahathir dan para pemimpin UMNO/BN di Indera Kayangan. Kemudian pastikan kebenaran, ketelusan, kesungguhan dan keikhlasan mereka. Anda masih ingat bagaimana DS Samy Vellu dulu berjanji kepada pengundi di Lunas, kalau calon BN kalah Samy vellu tidak akan balik ke KL, betulkah janji para pemimpin BN. Mereka sudah biasa berjanji tapi jarang mereka tepati janji-janji itu. Biasa juga menipu rakyat, membohongi rakyat dengan pelbagai janji pembangunan itu ini. Tapi yang kaya raya, mewah, senang, ada mahligai dan syarikat sana-sini ialah mereka YB-YB UMNO/BN, anak bini, suku sakat dan kroni-kroni.

Untuk menghapuskan semua itu...UNDILAH CALON BA/KEADILAN. MENANGKAN CALON KEADILAN YANG MEWAKILI BA Di Indera Kayangan, Perlis.

Reformasi 3x Allahu Akbar 3x.
LAWAN TETAP LAWAN
LAWAN SAMPAI MENANG!!!

Ibn Sabah,
10.1.2002M.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com