UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




PBS Hidung Tak Mancung???

Di Sabah, PBS sejak mengeluarkan dirinya dari BN pada 1990 dulu adalah parti pemerintah dan pada 1994 menjadi pembangkang terkuat di Sabah akibat sebahagian YB-YBnya yang hilang prinsip perjuangan dengan melompat ke kem BN Sabah. Ura-ura PBS mahu kembali ke dalam BN bukan cerita dibibir mulut lagi. Akhir-ahkir ini di mana saja majlis-majlis perjumpaan BN di situlah kita akan nampak para pemimpin PBS menampakkan wajah bagi menunjukkan betapa bersungguhnya mereka mahu masuk BN semula, macam teruna sedang bercinta dan memikat si dara idaman. Belumpun diputuskan sama ada permohonan masuk semula itu dilulus PBS benar-benar bagai tidak kesabaran lagi untuk menjilat apa saja yang pernah dimuntah dan diludahkannya dulu-dulu...serupa para pemimpin S46. Mungkin itulah menjadi guru para pemimpin PBS.

Kerana kepingin sangat dan tidak sabar lagi untuk berada dalam BN semula, para pemimpin seperti orang hilang harga diri dan prinsip umpama kata peribahasa seperti 'hidung tak mancung'. Kalau iapun, janganlah terlampau mengampu dan membodek. Baru-baru ini kenyataan Presiden PBS, Datuk Joseph Pairin bahawa PBS akan membantu kempen BN di DUN Indera Kayangan. Tunggulah dulu masuk BN atau jadi ahli BN barulah ngam serupa dan sejenis bercopkan dacing senget sebelah ke sana ke mari mengekor MB Perlis, DS Shahidan ben Kassim dan TPM yang sedang berada di Perlis berkempen. Boleh tidur sebilik, sehotel dan mimpipun sama-sama.

Takdirlah, tiba-tiba orang yang mereka ampu dan bodek itu berubah hati dan menolak hasrat PBS yang beria-ia benar mahu masuk BN semula. Di mana para pemimpin PBS mahu taruh muka. Kan lebih baik diam-diam ubi. Inilah penyakit pemimpin politik di Sabah, mula-mula menampakkan nilai kepimpinan mereka tahan diuji, tiba-tiba diasak dengan pelbagai ujian keduniaan bersifat kebendaan, pangkat, kedudukan dan kemewahan. Akhirnya, belum ada tunas baru setelah patah satu demi satu. Kesemua tunjang-tunjang turut tumbang. Bermakna kesemua kepimpinan PBS yang telah melihatkan kepimpinan boleh disanjung seperti DSP Joseph Pairin, Radin Malleh, Dr Maximus dan lain-lain, tapi kebelakangan ini sudah pudar jati diri mereka, kerana membelakangi prinsip perjuangan rakyat untuk rakyat. Apakah atas kedudukan mereka sebagai pembangkang di DUN Sabah, mereka jatuh miskin dan rakyat yang mereka wakili semua jatuh taraf menjadi rakyat miskin dan kebuluran??. Apakah dalam BN saja YB-YB PBS boleh cari makan, dapat pangkat dan kemewahan hidup???.

Padahal, hubungan baik KeADILan Sabah dengan PBS di Sabah sangat baik untuk sebuah politik pembaharuan di Sabah. PBS tidak mampu senario politik baru yang melanda seluruh rakyat Malaysia sekarang. Kesedaran terhadap politik baru bawaan dan hasil cetusan DS Anwar Ibrahim dengan gerakan reformasinya yang telah menghasilkan gabungan pembangkang terkuat dalam BA, sekalipun perkembangan reformasi politik tidak bergema sebagaimana pada tahun 1998dulu. Hakikatnya, emosi, semanagt dan kesedaran rakyat tidak mati dengan pelbagai sekatan yang diada-adakan oleh parti yang memerintah UMNO/BN. Memang UMNO/BN/Mahathir/Pak Lah mahu mematikan demokrasi dalam negara ini secara perlahan-lahan, mereka mahu memaksakan satu budaya, kepimpinan dan mahu menanamkan kefahaman diktatorship melalui sistem pemerintahan yang mereka lakukan sekarang setelah menyedari perubahan dikalangan rakyat Malaysia.

Apakah para pemimpin PBS tidak menyedari keadaan itu. Atau sengaja membutakan mata dan menutup mata hati dan akal demi untuk mengejar kemewahan dan kedudukan. Insya-Allah, sekatan, kepungan dan kongkongan yang dilakukan oleh UMNO/BN terhadap kebebasan rakyat TIDAK akan mematikan akal dan jiwa rakyat untuk merubah sistem pemerintahan yang lemah, rasuah, pincang dan dipenuhi dengan pelbagai salahguna kuasa, lakonan dan penyelewengan yang disistemkan dalam pemerintahan UMNO/BN.

Diharapkan para pemimpin PBS dapat kembali menilai hasrat politik yang disifatkan mundur kebelakang itu. Jangan seperti S46 pimpinan Tengku Razaliegh Hamzah dengan Tengku-tengkunya senyap sepi entah di mana ia dikurung oleh Dr Mahathir??. Berfikirlah lebih berinovasi dan pemikiran yang mendepani zaman politik Malaysia hari ini, UMNO/BN bukanlah satu-satu parti mutlak di bumi Malaysia. Rakyat adalah penentu corak kepimpinan negara ini pada masa depan dan tahun 2004 adalah masa perubahan itu. Sistem demokrasi dan sistem Raja Berperlembagaan mesti dikekalkan, tetapi kepimpinan UMNO/BN/Mahathir/Pak Lah and Kroni's mesti ditamatkan, tiupan sangkakala penamat riwayat UMNO/BN itu mesti dimulakan pada tahun baru 2002 ini di DUN Indera Kayangan, Perlis. Insya-Allah, kerajaan Malaysia berwajah baru akan menjadi realiti pada pilihanraya umum ke 11 ini.

PBS jangan menyesal masuk parti yang sudah hampir reput dimakan zaman UMNO/BN. Sabah dan rakyatnya akan menjadi hakim dengan syarat penuhi tuntutan demokrasi tulen dalam mana-mana pilihanraya di negara ini. Jangan takut-takut rakyat dengan pasukan polis, Fru dan PGA Pak Lah klon Mahathir.

Ibn Sabah,
12.1.2002M.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 13 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com