UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Pesanan Untuk Pengundi Di DUN Indera Kayangan

Ada 7 hari lagi anda akan menentukan siapa pemimpin yang akan terpilih antara dua calon satu calon KeADILan/BA dan satu lagi calon MCA/BN. Sebagai rakyat yang merdeka, bebas, bijak dan berdaulat. Pastikan pilihan anda adalah menepati tuntutan zaman perubahan yang sedang bergelombang dalam dunia politik baru di negara ini. Kita mahukan kepimpinan yang berwajah baru yang dibawa oleh parti-parti dalam gabungan BA yang dibarisi oleh PAS, KeADILan dan PRM. Model kerajaan BA sudah anda lihat di Kelantan dan Terengganu. Bagaimana kepimpinan BA dikedua-dua negeri itu mentadbir dan menguruskan kerajaan serta kepentingan rakyat adalah sangat berbeza dengan kepimpinan di negeri-negeri lain yang dikuasai oleh UMNO/BN. Malahan YB-YB dari BA di negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Pahang sudah menampakkan kewibawaan mereka dalam menyuarakan hasrat murni rakyat. Mereka digeruni oleh kepimpinan parti kerajaan yang dikuasai UMNO/BN.

Kemenangan calon KeADILan/BA di DUN Indera Kayangan pasti akan menggegarkan DUN Perlis kali ini, silap hari bulan MB Perlis, DS Shahidan ben Kassim akan terduduk kaku dan mati akai...kerana terlampau takut, tidak berapa lama lagi dia akan turun dari kerusi MB yang diidam-idamkan oleh semua YB UMNO di Perlis.

Kerana itu, anda mesti memilih hanya satu calon iaitu calon KeADILan, Cikgu Khoo Yang Chong bagi menambahkan kekuatan suara rakyat dan BA dalam DUN Perlis. Insya-Allah, melalui kemenangan Calon KeADILan, akan membawa lebih banyak kelebihan dan kebaikan kepada rakyat:

* Suara rakyat di DUN Perlis bertambah

* Pembelaan nasib rakyat akan lebih keras dan kuat

* Suara BA akan menggegarkan Shahidan Kassim yang angkuh

* Keadilan, demokrasi, ketelusan dan kerajaan baik dapat dimulakan

* Dapat menyedarkan keangkuhan para pemimpin UMNO/BN

* Akan mengajar UMNO/MCA/BN dan para pemimpinnya, jangan memperbodohkan rakyat

* Persefahaman antara kaum akan lebih terjamin

* Sistem kehakiman dan keadilan akan dikembalikan

* Kebebasan rakyat bersuara lebih terjamin

* Kerajaan BA menjamin kebebasan rakyat untuk bersuara

* Amalan rasuah, salahguna kuasa, penyelewengan, rasuah dll akan dibanteras

* Kepentingan rakyat semua kaum akan lebih terjamin

* Isu-isu kaum akan diselesai secara persefahaman, BUKAN meniupkan api perkauman seperti yang diamalkan UMNO/MCA/MIC/BN selama ini

* Kuasa adalah dari rakyat untuk rakyat

Marilah kita sama-sama memenangkan dengan mengundi calon KeADILan/BA, Cikgu Khoo Yang Chong di DUN Indera Kayangan pada 19 Januari, 2002M nanti.

Reformasi 3x
LAWAN SAMPAI MENANG....

Ibn Sabah,
12.1.2002M.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 13 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com