UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




BetulKah KeADILan Akan Hilang? Atau UMNO/BN/Mahathir/Shahidan Yang Reput Di Indera Kayangan

Seluruh orang UMNO/BN dan para pemimpinnya bersorak gembira kerana berjaya menipu seluruh rakyat Malaysia melalui berita-berita yang direka-reka ekoran masuknya Mejar (B) Shariff ke dalam UMNO. Boleh kata semua pemimpin besar UMNO/BN yang tidak berjiwa besar. Mereka sebenarnya saja yang berperasan BESAR...mengulaslah mereka tentang kisah kecil kemasukan beberapa orang KeADILan tadi. Ketuanya yang besar diri dan besar hidung itu lagi besar ulasannya, konon Keadilan akan hilang. Betul nilai-nilai 'keadilan' sudah lama hilang ditelan oleh Mahathir dan UMNO/BN. Tapi Parti KeADILan, insya-Allah selagi rakyat Malaysia mahukan perubahan di bumi Malaysia ini KeADILan akan terus hidup. Kenapa Mahathir tak sedar diri tentang kereputan parti pimpinannya UMNO (baru)/BN yang bakal pupus dari bumi Malaysia sepertimana dia mematikan S46 dulu, begitulah UMNO/BN akan hilang.

Tak Mahu Sedar-Sedar Manusia UMNO/BN Ini...

Mereka kata KeADILan akan hilang, terus meminta ahli-ahli KeADILan masuk UMNO/BN. Mereka ingat orang KeADILan serupa macam orang S46 dulu. Tapi mereka terlupa bagaimana ribuan, puluh ribu orang UMNO lari senyap-senyap masuk KeADILan. Mereka sedar yang UMNO/BN dan Mahathir/Pak Lah tu dah nak reput. Tiba-tiba mereka bertempek seluruh dunia konon UMNO/BN semakin kuat, betulkah. Kuat kerana PBS balik masuk BN, S46 dah lama terkubur dan DAP keluar BA. Anda sebagai rakyat Malaysia yang bijak boleh menilainya. Tapi orang UMNO masih dengan alam 'fantasi' dan khayal mereka dengan kuasa dan harta benda serta segala macam kemewahan hidup mahligai, istana, syarikat sana-sini dan...Benggang, bengong, bebal dan degil betulkah orang-orang UMNO/BN sekarang, sehingga tidak terbuka mata melihat yang benar itu benar, yang baik itu baik, yang rasuah itu rasuah, yang menyelewengan itu menyeleweng, yang rogol anak gadis itulah perogol, yang rompak duit rakyat itulah perompak, yang bersandiwara itulah bapak sandiwara...

Apa yang menutupi mata dan mata hati orang-orang UMNO/BN sehingga tidak dapat melihat dan membezakan antara yang baik dengan buruk, amanah dengan penyelewengan, keadilan dengan kezaliman, rasuah dengan bukan rasuah, salahguna kuasa dengan tidak dan antara yang benar dengan yang batil. Pemimpin yang baik dengan pemimimpin yang jahat kaki rasuah, kaki betina, kaki judi, kaki fitnah dan sebagainya.

Geram..geram kita, membaca dan mendengar ulasan-ulasan cakap besar para pemimpin UMNO/BN tentang pilihanraya kecil di Indera Kayangan. Mereka benar-benar tidak nampak orang lain. Yang mereka lihat dan nampak ialah diri merekalah yang besar, angkuh dan takbur di depan rakyat. Khalifah Al-Ma'mun berkata: Tidaklah orang yang takbur (sombong dan besar diri), melainkan kerana dia sendiri merasa kurang. Tiadalah orang yang meninggi-ninggi (diri) melainkan kerana (dia) merasa rendah.

Hamka berkata: Tak usah kita memukul canang menunjukkan diri, kerana manikam tulen akan dapat juga dikenal oleh jauhari. Itulah sikap UMNO/BN dan para pemimpinnya terutama Shahidan, Pak Lah, Ling Liong Sik, apalagi guru besarnya Mahathir dan pembantu-pembantu kanannya Rais, Hamid Albar dll. Hari-hari memukul canang menunjuk-nunjukkan betapa hebatnya diri mereka dan UMNO/BN. Sama seperti tin besar yang kosong tak berisi bunyinya saja besar. Lain keadaannya tin kecil yang berisi pukul kuat macam manapun suara atau bunyinya tetap kecil, tapi penuh berisi.

Biarkan Mereka Hancur...

Biarkan para pemimpin UMNO/BN sama ada Mahathir, Pak Lah, Ling Liong Sik, Shahidan, Rais, Najib, Hamid dan ramai lagi berteriak dan terjerit-jerit di TV, Radio dan akhbar pengampu terbesar di Malaysia memfitnah, berdusta, memutarbelit cerita dan menuduh pembangkang bermacam-macam tuduhan diluar AKAL YANG WARAS konon pembangkang pemecahbelah rakyat, Taleban, KMM, Militan, Ekstrem, Kumpulan Demontrasi Jalanan, Pembawa Huru Hara, Pengganas dan pelbagai lagi.

Tapi mereka, penyokong mereka yang ganas, bersikap gangster di Indera Kayangan didiamkan. Tidak pula diulas macam mereka mengulas isu keganasan di Afghanistan, Amerika dan lain-lain negara yang mereka clip videokan dengan selit-selitan gambar-gambar pemimpin dan juga penyokong pembangkang negara ini. Inilah sikap jahat dan buruk para pemimpin UMNO/BN yang mengena batang hidung mereka mahu ditutup-tutupi semahu-mahunya, jangan rakyat tahu. Kalau kena pembangkang walau tercabut sehelai rambut penyokong UMNO/BN hebah seluruh dunia, TV dan akhbar-akhbar pengampu besar itulah akan menambah-nambah supaya jadi besar. Biarkan mereka hancur binasa dalam kejahatan perbuatan mereka sendiri, setelah diperingatkan dengan pelbagai cara mereka tetap dengan kesombongan dan kedegilan untuk terus menyombong, mengangkuhkan diri dengan kuasa sebentar itu.

Rakyat dan Pengundi Indera Kayangan Minta Bukalah Mata...

Rakyat di Indera Kayangan, Perlis bukalah mata anda seluas-luas. Lihat kebaikan, keadilan dan wajah demokrasi itu. Dan perhati dan teliti betul-betul segala macam trek atau tipu helah, lakonan, pembohongan UMNO/BN di depan anda, di TV, akhbar dan radio. Apakah anda juga akan tertipu lagi kali ini. Ikutilah jejak langkah pengundi dan rakyat di Lunas yang telah dengan beraninya menolak calon BN dan mengundi memenangkan calon BA/KeADILan dulu. Adakah rakyat dan pengundi di Lunas mati kebuluran kerana mengundi BA, jatuh miskinkah orang Lunas, tutupkah perniagaan mereka, jadi padang saharakah Lunas kerana mengundi KeADILan.

UNDILAH CIKGU KHOO YANG CHONG CALON KEADILAN DI INDERA KAYANGAN demi untuk membela rakyat dan menegakkan keadilan di Perlis dan di negara ini, mulakan di Indera Kayangan 2002.

Ibn Sabah,
14.1.2002M.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com