UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Itu SajaKah Cara UMNO/BN Nak Menang Pilihanraya

* Beli Pengaruh, Beli Pemimpin Pembangkang
* Ugut dan Takutkan Rakyat
* Rasuah dan Sogok Rakyat
* Culik Pemimpin Pembangkang
* Tendang, Belasah dan Pukul Penyokong Pembangkang
* Berselindung Dibelakang Polis dan SPR
* Memperguna TV, TV 3 Suku & RTM
* Bersikap ganas, gangster dan samseng
* Putar Belit Cerita Sebenar
* Fitnah
* Memperbodoh Rakyat
* Mengongkong Pemikiran dan Akal budi Rakyat
* Bercakap Besar...

Tidak cukup dengan amalan rasuah menyogok rakyat dengan RM, besar dan lain-lain, sumbat mulut rakyat dengan kebendaan, perbodohkan rakyat, menanamkan pemikiran 'syirik' bahawa hanya UMNO/BN boleh memajukan dan membangunkan rakyat, membangun IK, Perlis dan Malaysia. Kemudian memasung akal budi rakyat dan mengongkong rakyat dari berfikiran terbuka. Rakyat hanya dibenar mendengar maklumat sepihak melalui TV dan radio yang dikontrol 100% dan akhbar perdana yang mengampu 100% terhadap parti pemerintah. Amalan demokrasi seperti mahu dikuburkan secara cukup terancang dan mengunakan pelbagai undang-undang yang diputar belitkan mengikut kepentingan parti pemerintah yang dikuasai dua tiga kerat manusia yang rakus lagi tamak. Dengan memperguna dan memperkudakan polis yang dijagai oleh KDN yang dikepalai Pak Lah dan bermandurkan Norian Mai klon Rahim. Dan SPR yang dicucuk hidung...Mana sudah amalan demokrasi yang dilaung-laungkan mereka selama ini.

Membesar-besarkan Isu Remeh Dan Menutup Isu Besar

Isytihar atau besar-besarkan berita DUA TIGA orang parti lawan masuk UMNO/BN dalam akhbar mereka dan siar berulang-ulang dalam SYARIKAT RTM, TV 3 SUKU Sdn Berhad itu. Culik pemimpin pembangkang, ugut, tendang, pukul orang dan siar SECARA BESAR-BESARAN...Kemudian putar belit cerita yang betul jadi lain, fitnah orang, persalahkan orang. Mereka saja yang betul. Bersikap ganas dan samseng tapi orang lain dituduh ganas. Mereka yang melakukan TIDAK GANAS. Inilah bayang-bayang pemikiran Yahudi Amerika dan Israel. Cakap besar, hidung tinggi, angkuh dan teramat sangat sombongnya para pemimpin UMNO/BN dan samseng-samseng yang mereka upah itu. Cakap besar dan membesar-besarkan hal kecil-kecil, serupa dengan cerita dalam Kalilah wa Daminah, pada satu hari Sang kancil mendengar satu suara BESAR dalam sebuah hutan. Dia pergi ke sana dan melihat, di atas pokok kayu tergantung sebuah tambur/kompang BESAR..ia mengeluarkan suara kerana dipukul-pukul oleh ranting dan dahan kayu yang dilanda angin. Sang Kancil melihat dekat-dekat dan dipecahkannya. Kosong!!! (tidak berisi apa-apa...). Maka berkatalah Sang Kancil, "Saya tidak tahu! Rupanya yang kosong itulah yang keras dan besar suaranya...Besar Cakap...

Isu-isu remeh dan kecil diBESAR-BESARkan. Tetapi isu-isu BESAR DAN AMAT BESAR yang melanda negara, rakyat dan merosakkan seluruh sistem dalam negara ini MAHU DITUTUP-TUTUPI dengan isu-isu remeh-temeh itu. Itu sajalah cara UMNO/BN mahu menyelamatkan diri para pemimpin mereka yang rasuah, menyeleweng, salahguna kuasa dan segala kepincangan yang berlaku dalam pemerintahan UMNO/BN disemua negeri yang mereka kuasai, khususnya negeri Perlis yang berMBkan DS Shahidan Kassim yang banyak masalah itu...

Mana Sudah Demokrasi, Undang-undang...

Mana sudah DEMOKRASI, UNDANG-UNDANG, KETAMADUNAN DAN JATI DIRI BANGSA YANG MAJU DAN BERTAMADUN ITU. Mana sudah polis dan SPR. SPR badan bebas pengendali pilihanraya dalam negara ini tidak berfungsi sebagaimana harapan rakyat. Mereka masih diperkuda dan dikongkong...Polis yang konon berkhidmat dengan slogan keramat MESRA, CEKAP DAN CEPAT, untuk menjaga ketenteraman dan keselamatan awam. Apa sudah jadi di Indera Kayangan pemimpin dan penyokong KeADILan/BA dibelasah, ditendang, diculik dan dipukul di mana peranan POLIS dalam kes ini. Apakah polis juga menjadi kuda UMNO/BN, kuda Mahathir, kuda Pak Lah, kuda Ling Liong Sik dan kuda Shahidan!!!

BN Tidak Yakin Menang Secara 'Gentlemen' Melalui Demokrasi Sebenar

Rakyat bukan membenci UMNO/BN, tapi kita terpikat dan sayangkan parti-parti BA kerana mereka mendokong amalan demokrasi, ketelusan, persefahaman dan politik yang tulen. UMNO/BN dan para pemimpinnya akhir-akhir ini lebih banyak bertindak secara diluar kewarasan, diluar ketamadunan dan membelakangi peraturan serta undang-undang. Mereka lebih angkuh dengan 'kuasa' yang dipinjamkan. Mempergunakan 'kuasa' yang dimiliki untuk memperkosa seluruh sistem negara agar tunduk patuh buta tuli kepada dua tiga kerat manusia yang berkuasa.

Apakah rakyat dan pengundi di Indera Kayangan akan terpengaruh dengan segala keburukan, kejahatan dan sikap samseng lagi ganas UMNO/BN itu. Sama-samalah kita menolak calon MCA/BN di Indera Kayangan dengan mengundi serta memenangkan calon KeADILan/BA demi untuk merubah sistem yang rosak di bawah BN hari ini.

Undilah Calon KeADILan/BA Cikgu Khoo Yang Chong. Menangkan BA, Selamatkan Rakyat dan Perlis Selamatkan Malaysia dari Bangkrap...

Ibn Sabah,
14.1.2002M.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com