UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Dahsyat! Dahsyat! Sungguh UMNO Di IK 2002

Nota Buat Pengundi IK 2002:

* Anak samseng dan ganas tidak disukai ibubapa
* Ibubapa marah kalau anak-anak terlibat samseng atau ganas
* UMNO, Mahathir dan Shahidan suka pemuda-puteri UMNO jadi samseng dan ganas di Indera Kayangan
* Kerana mahu menang dalam pilihanraya
* Apakah rakyat dan Pengundi Indera Kayangan masih sebodoh itu
* Mahukah Anda menangkan dan undi calon BN lagi
* Sudah Terang betapa BN menghalalkan kesamsengan, keganasan semata-mata untuk menang pilihanraya
* Budaya kita menolak semua bentuk samseng, ganas dan tidak bertamadun
* Tolak BN Menangkan Calon KeADILan Cikgu Khoo Yang Chong di Indera Kayangan

Menyamseng...
mengganas...menendang..menumbuk...menculik...memutar-belitkan fakta sebenar..memfitnah...menuduh melulu...bersikap angkuh seangkuh-angkuhnya dan takbur setakbur-takburnya. Itulah budaya politik UMNO/BN/Mahathir/Shahidan dulu, kini dan selama-lamanya!!! di Indera Kayangan ini benar-benar nampak keburukan dan niat jahat UMNO/BN terhadap anak bangsa sendiri. Nak berpolitik gunalah cara politik orang bertamadun, berbudaya, patuhi undang-undang, peraturan dan berakhlak mulia.

Janganlah sampai hilang pertimbangan akal waras. Sanggup bersikap ganas, samseng dan biadap. Orang UMNO tu Melayu dan beragama Islam, apakah Islam ajarkan umatnya bersikap samseng, ganas dan biadap...Sedarlah sikit pemuda-puteri UMNO JANGAN TERLALU IKUTKAN NAFSU DAN EMOSI JAHAT KALIAN!!!. Masyarakat Malaysia adalah sebuah MASYARAKAT MAJMUK BERBILANG KAUM, BAHASA DAN BUDAYA.

NAK MENANG PILIHANRAYA PUN, gunalah cara dan budaya yang terbaik Ikutlah undang-undang dan peraturan. Semua parti yang bertanding dalam mana-mana pilihanraya matlamat mahu MENANG adalah agenda utama. Tapi biarkan secara BERSIH DAN BERTAMADUN. Dan JANGAN MENYAMSENG...MENGGANAS...macam itu. Lebih 40 tahun kita sudah menjadi umat dan bangsa yang MERDEKA, BEBAS DAN BERDAULAT. Kenapa masih berpolitik macam orang-orang Jahiliah yang tidak bertamadun.

Apakah para pemuda-pemudi UMNO juga sekepala dan seotak macam otak-otak dan kepala-kepala jahat para pemimpin UMNO seperti Mahathir yang sanggup bertindak zalim terhadap kawan sendiri DS Anwar Ibrahim dulu..., mempergunakan kuasa dengan mengarahkan polis memukul rakyat dan sebagainya atau mereka mahu ikut otak samseng Shahidan ben Kassim itu...

Pastikan budaya samseng, ganas, biadap, sikap angkuh, sombong, takbur para pemimpin UMNO/BN tidak menjadi-jadi dalam masyarakat dan kehidupan rakyat. Untuk menghentikan sikap-sikap buruk lagi jahat itu RAKYAT DAN PENGUNDI DI INDERA KAYANGAN, PERLIS hendaklah MENGUNDI DAN MENANGKAN CALON KEADILAN/BA IAITU CIKGU KHOO YANG CHONG.

Mengundi calon MCA/BN bererti kita bersekongkol dan mahu mengekalkan amalan dan budaya samseng, ganas, tidak bertamadun lagi biadap UMNO/BN. Kerana itu, kita mesti tolak calon MCA/BN di Indera Kayangan.

Ibn Sabah,
15.1.2002M.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com