UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Ucapan Khas PM Sempena Pilihanraya Kecil Indera Kayangan???

* Jangan Terkejut Ucapan Khas PM Sempena Pilihanraya DUN Indera Kayangan di TV dan Radio
* Sekalipun ia amalan tidak demokratik, tapi bagi BN boleh
* BN semua boleh
* Rasuah rakyat boleh
* Salahguna kuasa boleh
* Langgar Undang-undang lagi boleh, yang penting UMNO/BN dan pemimpinnya selamat di dunia, di akhirat belum tentu...
* Menyamseng, mengganas, menumbuk...boleh saja
* Apalagi memperkudakan polis, SPR...
* Menyalahguna harta benda rakyat untuk kepentingan politik UMNO/BN lagi boleh
* Inikan pula RTM milik sepenuh Syarikat UMNO/BN/Mahathir/Ling Liong Sik/Khalil/Zam/Shahidan boleh berucaplah apa saja untuk berkempen menangkan calon MCA/BN di Indera Kayangan

RTM seperti biasa akan menyiarkan ucapan khas pemimpin negara seperti Yang Di-Pertuan Agong, Sultan-sultan, Yang Di-Pertua Negeri dan Perdana Menteri, MB dan KM pada hari-hari tertentu, Hari Kemerdekaan, Tahun Baru, Hari Tentera, Hari-hari Perayaan dan lain-lain. Siaran ucapan berkenaan ada kewajaran dan kepentingan untuk negara dan rakyat, kerana atas sifatnya sebahagian dari amanat dan nasional. BUKAN ucapan khas atas nama kempen politik bersifat politik kepartian.

Tetapi dalam pilihanraya umum negeri Sarawak baru-baru ini, penulis dikejutkan oleh Ucapan Khas PM sempena hari mengundi di Sarawak. Mungkin tugas baru RTM dalam siri ucapan khas pemimpin negara. Walaupun penulis tidak ikuti sepenuhnya ucapan 'membosankan' si tua nyannyuk dari mahligainya di Putrajaya, tapi memang TIDAK SALAH lagi tekaan kita bahawa itu adalah ucapan kempen pilihanraya bagi mempengaruhi rakyat di Sarawak supaya undi BN pada esoknya. Kalau PM atas namanya orang politik dan pengerusi BN boleh berucap dalam RTM hak milik negara dan rakyat. RTM BUKAN MILIK UMNO/BN Sendirian Berhad. Kenapa terlalu benggang dan bodohnya para pegawai RTM yang digaji oleh wang rakyat dan wang negara Malaysia hanya akur dan patuh secara bodoh kepada segala kemahuan kepimpinan UMNO/BN.

Atas nama demokrasi yang diamalkan dalam negara ini, kenapa RTM tidak ternampak hak-hak rakyat dan pemimpin-pemimpin lain, seperti parti-parti pembangkang dalam gabungan BA, DAP dan lain-lain untuk berucap melalui RTM itu.

Ibn Sabah,
15.1.2002M.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com