UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Menyanggah Pemikiran Khurafat Bikinan UMNO/BN

* Tanpa UMNO Akan Mati dan Miskinkah, Hilangkah kuasa dan Hak-hak Orang Melayu?
* Tanpa MCA Akan Mati dan Hilangkah Hak-hak Orang Cina?
* Tanpa MIC Akan Lenyapkah Hak-hak dan Mati Kebulurkah Orang India?
* Masuknya PBS Ke dalam BN Semula akan kaya dan majukah rakyat dan orang Sabah?
* Tanpa DAP Dalam Gabungan Pembangkang BA akan terbiar dan matikah orang Cina?
* Kuasa Ditangan Rakyat, Kerana itu UNDILAH PARTI DAN PEMIMPIN YANG INGIN MENEGAK KEADILAN, MEMBELA RAKYAT TANPA PILIH KASIH DAN PILIH KAUM
* BNkah, UMNOkah, MCAkah dan MICkah yang memberi rezeki?
* Bukankah Allah-lah Yang Maha Kuasa, Maha Pemberi Rezeki dan Maha Segala Maha?

UMNO Dan Orang Melayu

Kepercayaan karut, dongeng dan khurafat 'politik' bikinan yang ditanam kedalam pemikiran, jiwa dan otak orang Melayu sejak zaman-berzaman. Sukar untuk dikikis hapuskan. Sungguhpun orang Melayu dan bumiputera sudah maju, ramai sudah yang berkelulusan tinggi ada ijazah, masuk universiti, ada Ph.d, bergelar doktor falsafah dalam pelbagai bidang ilmu, akan tetapi pemikiran dan jiwa hamba, terkongkong dan terjajah orang Melayu atau bumiputera itu masih berlangsung sehingga kini abad ke 21. Zaman dunia tanpa sempadan, dunia langit terbuka dan era globalisasi.

Khurafat 'politik' bikinan UMNO/BN ini boleh membahayakan aqidah umat Islam dan orang Melayu/Islam, orang Cina/Islam, orang India/Islam, orang Kadazandusun/Murut/Islam, orang Iban/Islam dan sebagainya. Khurafat ini, apabila tidak dijelaskan dan tidak diperbetulkan boleh membawa 'syirik'. Syirik adalah dosa tidak akan terampun di sisi Allah. Apakah sebagai umat Islam dan orang-orang yang beriman mahu mempertahankan lagi khurafat 'politik' karut bikinan UMNO/BN berkepalakan Mahathir dan kroni's itu.

Orang Melayu seolahnya menjadikan UMNO itu umpama 'kitab suci' yang tidak boleh dikoyak rabakkan dan tidak boleh disanggah, apalagi untuk dilenyapkan. Ini bagi orang Melayu/UMNO pekat, menurut istilah Ustaz Fadzil Nor orang Melayu yang hangit UMNOnya. Tapi kitab suci 'al-Qur'an' yang menjadi panduan tertinggi umat Islam, dipandang oleh setengah pemimpin dan orang Melayu UMNO sebelah mata. Malah ada yang sanggup memperhinakan hukum Allah yang termaktub dalam kitab suci ini. Pada orang Melayu itu majoritinya adalah penganut Islam.

Kepercayaan bahawa hanya UMNO menyelamatkan orang Melayu/bumiputera, Melayu akan mati bila UMNO mati, Melayu akan hilang kuasa bila UMNO kalah, Melayu akan miskin dan bulur bila UMNO tak berkuasa, Melayu akan berkubur bila UMNO hancur dan sebagainya. Sama seperti khurafat bikinan UMNO/BN. Bahawa hanya BN boleh majukan rakyat, boleh beri kemajuan, pembangunan, boleh menyatupadukan rakyat. Bila BN kalah huru-hara, rakyat berpecahbelah, negara mundur, negara jatuh miskin, rakyat jatuh miskin dan pelbagai lagi...

Semua itu semata-mata khurafat dan khayalan para pemimpin UMNO/BN yang tamak kuasa, gila kuasa, gila kemewahan dan angkuh sombong.

Yang pasti insya-Allah, selagi orang Melayu percaya dan beriman kepada Allah. Allah-lah yang akan menyelamatkan orang Melayu, rakyat dan seluruh manusia di muka bumi ini. Allah-lah, Tuhan yang akan mengurniakan rezeki, rahmat dan segala macam kurniaan ke atas orang Melayu/bumiputera, rakyat dan seluruh umat manusia di muka bumi ini.

Yang jelas dan boleh diramalkan, bila UMNO kalah atau reput dan mati yang mati, jatuh miskin, tidak berkuasa, hilang segala pangkat dan kemewahan ialah orang-orang UMNO yang hangit itu. Melayu tetap wujud dan hidup di Malaysia.

MCA dan Orang Cina

Kenapa orang Cina takut sangat merubah kiblat mereka kepada parti-parti politik yang seperti DAP, KeADILan dan PRM. Mereka tetap seperti orang Melayu terlalu bergantung kepada UMNO. Padahal, orang Cina juga ramai yang terpelajar, memiliki pelbagai kelebihan dari kaum lain, malah dalam bab ekonomi merekalah yang menguasainya. Tapi masih juga mereka gagal melepaskan diri dan anak bangsa mereka dari kongkongan khurafat 'politik' bikinan BN itu.

Apakah dengan TIDAK menyokong atau mengundi MCA, orang Cina akan jatuh miskin, hilang kewarganegaraan, hilang ekonomi, orang Cina tidak boleh bersuara lagi, tidak boleh mengundi lagi, tidak boleh dapat hak-hak sebagai warganegara lagi. Siapa yang menanamkan 'dongeng' dan 'khurafat' ini kalau bukan orang UMNO/MCA/BN sendiri.

Kita sudah merdeka, bebas lebih 40 tahun. Apakah kaum Cina masih berfikiran sepertimana rakyat yang berada dibawah kongkongan penjajahan. Penjajah sudah lama cabut lari dari bumi Malaysia. Kenapa kita masih seperti orang yang dijajah. Siapa yang menjajah orang Cina dan orang Melayu dan orang India dalam BN. Tidak lain ialah para pemimpin mereka sendiri yang berkepalakan Mahathir, Ling Liong Sik dan Samy Vellu.

Oleh itu, untuk orang Cina benar-benar terlepas bebas dan merdeka dari kongkongan atau penjajahan bentuk baru hari ini. MCA bukanlah wadah yang boleh menjamin seluruh orang Cina di Malaysia. Percayalah tanpa MCApun orang Cina boleh maju, boleh berpolitik, boleh menjalankan kegiatan ekonomi dan segala-galanya sebagaimana hak-hak seluruh rakyat dan warganegara Malaysia.

MIC dan Orang India

Kaum India juga tidak terlepas dari badi khurafat politik yang tertanam terlalu lama dalam akal, pemikiran dan jiwa orang India di Malaysia. Mereka masih anggap diri mereka zaman penjajahan. Kerana itu, mereka sukar untuk berlepas diri dari pertubuhan politik MIC yang dikepalai oleh Samy Vellu. Mereka tidak sedar, sehingga beranggapan Samy Vellu itu seperti 'tuhan' kepada orang India di Malaysia.

Padahal, dikalangan kaum India tidak kurang mereka yang berpelajaran tinggi, ada ijazah, Ph.d dan sebagainya sebagaimana kaum lain. Kenapa mereka masih tidak mampu melepaskan diri dari kongkongan pemikiran khurafat 'politik' bikinan para pemimpin UMNO/MIC/MCA/BN yang dikepalai oleh Mahathir, Ling Liong Sik dan Samy Vellu.

KeADILan, DAP dan Orang Cina

Jangan teruskan khurafat 'politik' bikinan BN, bahawa DAP saja yang boleh membela nasib orang Cina. Memang setakat ini wadah terbaik kaum Cina dalam politik ialah DAP. Itu dulu...setelah DAP mengasingkan diri dari gabungan pembangkang BA yang dilihat rakyat antara gabungan pembangkang terkuat dalam politik moden di Malaysia dan boleh menyukarkan penguasaan UMNO/BN dalam pilihanraya umum akan datang. Kini DAP diluar BA, tapi masih tetap menjadi pembangkang. Walaupun tidak serumah, namun DAP kita harapkan masih mengekal matlamat serupa untuk menurunkan UMNO/BN dari persada politik Malaysia pada tahun 2004, mungkin lebih awal lagi???.

Dan kebetulan kemunculan KeADILan tepat dengan masanya sebagai penganti DAP dalam BA untuk membela dan juga menyuarakan kepentingan orang Cina dengan lebih berkesan dalam kerajaan BA. Dengan melihat latar belakang dan orentasi parti-parti BA itu sendiri bukanlah atas nama atau jenama perkauman sebagaiman UMNO/MCA/MIC/BN hari ini. Insya-Allah, akan lebih memudahkan proses intergrasi secara lebih meluas. Dengan KeADILan berlatar belakangan parti pelbagai kaum, begitu juga PRM sendiri. Sekalipun didominasi oleh orang Melayu, tetapi perjuangan mereka tidak berpaksi kepada nilai-nilai kaum secara sempit, malah ia kelihatan lebih terbuka dan global. PAS juga bukan disandarkan kepada parti kaum secara sempit, ia lebih terbuka dan global siapa saja boleh jadi ahli dan pemimpin asalkan Islam atau orang Islam. Orang yang anti-Islam dan prejudis kepada Islam sajalah yang melihat PAS secara negatif, serong dan songsang.

Budaya Politik Baru Abad 21

Mudah-mudahan dengan sempenan baik tahun baru 2002 kali ini dan di abad ke 21 ini. Rakyat Malaysia yang majmuk pelbagai bangsa, suku, bahasa, budaya, warna kulit dan pegangan agama. Akan mampu melepaskan dan membebaskan diri mereka dari kongkongan, kekangan dan penjajahan budaya, pemikiran dan jiwa yang dibikin oleh kepimpinan UMNO/MCA/MIC/BN selama ini. Rakyat TIDAK lagi percaya khurafat 'politik' bikinan itu, bahawa hanya UMNO/MCA/MIC/BN saja yang boleh majukan rakyat dan negara, selamatkan kaum masing-masing, kaya dan memiskinkan kaum masing-masing, menaik dan menjatuhkan pangkat kaum masing-masing dan pelbagai lagi 'dongengan' Mahathir, Pak Lah, Samy Vellu dan Ling Liong Sik.

Insya-Allah, parti-parti pembangkang lainpun apabila dimenangkan oleh rakyat Malaysia dan menguasai politik Malaysia, sebagaimana mereka berkuasa di negeri Kelantan dan Terengganu sekarang, menampakkan kesungguhan dan kemampuan mentadbir negeri dan negara, sekalipun dikepung dan dihimpit dengan pelbagai hambatan oleh kerajaan pusat yang dikuasai oleh UMNO/BN, tetapi kerajaan BA dikedua-dua negeri tersebut masih boleh membawa kemajuan dan pembangunan secara berperingkat dalam pelbagai bidang secara adil, telus dan penuh amanah dan insya-Allah bila berjaya nanti juga mampu mentadbir negara dalam sebuah pentadbiran kerajaan Malaysia yang lebih baik tahun 2004 kelak.

Ibn Sabah,
15.1.2002M.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com