UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Insya-Allah, KeADILan/BA Boleh Menang...

* Kuatkan kesabaran dan ketabahan dalam perjuangan ini
* Tanamkan keikhlasan kita dalam perjuangan ini
* Yakinlah pada pertolongan Allah
* Jauhi sifat angkuh dan takbur
* Berdoalah kepada Allah
* Jaga perpaduan dan persefahaman kita
* Jauhi bertindak diluar undang-undang dan peraturan
* Jangan sekali-kali melayani tindakan jahat, ganas lagi samseng mereka
* Taati arahan pemimpin kita
* Jangan ikutkan nafsu dan emosi kita

Seluruh rakyat Malaysia yang majmuk pelbagai kaum, bangsa, bahasa, budaya, warna kulit dan pengangan hidup benar-benar menaruh harapan tinggi bahawa KeADILan melalui calonnya di DUN Indera Kayangan, Cikgu Khoo Yang Chong boleh menang dengan syarat rakyat dan pengundi Indera Kayangan menggunakan kebijaksanaan mereka ketika mengundi pada 19 Januari ini. Mengundi dalam keadaan aman sebagai rakyat yang bebas, merdeka dan berdaulat. Mereka tidak patut berasa takut kepada segala macam bentuk ugutan, kesamsengan dan budaya ganas yang dilakukan oleh barua-barua pemuda UMNO di Perlis. Rakyat dan pengundi Indera Kayangan hendaklah bertekad memenangkan calon KeADILan, Cikgu KHOO YANG CHONG kali ini untuk membawa suara rakyat ke dalam DUN Perlis.

Rasuah, Sogokan dan Projek Kilat Itu Adalah Umpan Tipu Rakyat

Sogokan, rasuah dan segala macam projek tertumpah ke atas bumi Indera Kayangan. Itulah mainan dan lakonan UMNO/BN. Kalau tiada pilihanraya jangan harapkan projek-projek kilat semacam itu. Tapi cara mereka mengagih itu serupa dengan gaya perompak penyamun...konon itulah projek UMNO/MCA/BN. Memang muka UMNO/BN, apalagi muka-muka pemimpin mereka dari Dr Mahathir hingga ke Shahidan di Perlis ini adalah muka-muka tak tahu malu langsung...mereka samun duit rakyat, duit kerajaan dan harta negara tiba-tiba mereka kata inilah sumbangan UMNO/BN kepada rakyat Indera Kayangan, misalnya.

Teramat jelas begitulah tabiat dan perangai para pemimpin UMNO/BN/Mahathir/Pak Lah/Ling Liong Sik/Samy Vellu tipu rakyat hidup-hidup. Rakyat yang tak ambil pusing semua tindakan parti UMNO/BN dan mendapat maklumat dari TV, radio dan akhbar 100% pengampu dan penjilat UMNO/BN/Mahathir, percaya saja bulat-bulat tanpa soal. Betulkah duit UMNO/BN yang bikin balairaya, jalanraya, pasaraya, sekolah, masjid, bangunan dan sebagainya. Mereka tidak tahu bahawa duit yang dipergunakan membikin bangunan semua itu adalah duit rakyat dan harta khazanah negara. Parti UMNO/BN mati-mati memperbodohkan rakyat semua yang dipakai untuk bina sekolah, jambatan, jalanraya dll adalah duit poket Mahathir, Pak Lah, Ling Liong Sik, Shahidan dan Samy Vellu. Perkara inilah yang tidak disedari oleh rakyat. Maklum saja rakyat jenis kapal layar kata YB Mohamed Sabu. Mereka tak terbuka mata, tak terbuka hati dan akalpun jumud selama-lamanya sehingga sanggup diperbodoh-bodohkan oleh para pemimpin UMNO/BN yang gila kuasa dan tamak haluba dari Perlis sampai ke Sabah. Mereka hanya asyik berebut pangkat, projek dan kuasa sesama mereka. Yang kuat pengaruh dan punya powerlah yang selalu beruntung macam MB Perlis, Shahidan. Tengok macam Khir Toyo di Selangor, Khalil di Pahang, Osu Sukam di Sabah semasa jadi KM Sabah dulu dan Dr Mahathir, Pak Lah dan lain-lain semuanya sama tamak haluba dan gila kebendaan dan kuasa.

Jangan Pertahan Keangkuhan Shahidan, UMNO/BN dan Mahathir Lagi

Di IK 2002 ini rakyat mesti ajar keangkuhan Shahidan di Perlis, ketakburan Mahathir di Putrajaya dan lain-lain kroni mereka yang sedang bermaharajalela di mana-mana di seluruh negara ini.

Pastikan CALON KEADILAN CIKGU KHOO YANG CHONG diundi dan dimenangkan di DUN Indera Kayangan untuk menjana perubahan lebih besar ke seluruh negara pada tahun 2004 atau mungkin lebih awal. Insya-Allah, dengan usaha para pemimpin dan penyokong BA, NGO's serta seluruh rakyat Majmuk Malaysia yang ikhlas, sungguh-sungguh dan penuh semangat perjuangan tulen kita boleh menang di IK 2002 ini. Amin yarabbal'alamin.

Reformasi 3x Takbir 3x.

Ibn Sabah,
17.1.2002M.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com