UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




PBS: Rombakan Kabinet Sabah?

Perisytiharan Kemasukan Ibarat Mengendang 'Tin Kosong'

Perisytiharan kemasukan semula PBS ke dalam yang dibesar-besar oleh media pengampu dan ulasan-ulasan basi para pemimpin berotak 'pengampu' UMNO/BN Sabah dan seluruh negara. Hanyalah retorika politik UMNO/BN, sebagaimana mereka membesar-besarkan berita kemenangan calon MCA/BN di Indera Kayangan baru-baru. Sama saja nawaitu mereka, nada, suara-suara yang basi, tanpa nilai keinsafan, ilmu dan maklumat berguna untuk dikongsi bersama rakyat. Melainkan nada dan suara-suara keangkuhan, kesombongan dan besar diri para pemimpin UMNO/BN dari ketuanya di Putrajaya hingga ketuanya di Kota Kinabalu. Apa yang menariknya untuk mengulas kemasukan PBS ke dalam BN yang sudahpun dimasuki dulu. Dari segi politik, ia tidak memberi apa-apa nilai untuk diulas. Mungkin hanya cerita bagaimana seorang yang masuk ke tandas kemudian keluar semula dan masuk semula...itu sahajalah nilai sensasi PBS masuk semula ke dalam BN yang dibesar-besarkan oleh media-media pengampu yang dikepalai oleh RTM, TV 3 dan media cetak seperti Utusan, Berita Hairan dan lain-lain.

Pada pemerhatian penulis dan komen beberapa rakan yang sempat ditemui. Ia sekadar sandiwara politik UMNO/BN dan yang besarnya atau dibesar-besarkan itu hanya merupakan retorika politik mereka, tapi penuh dengan kepalsuan yang memualkan rakyat.

Konon dengan kemasukan PBS ke dalam BN kekuatan BN Sabah bertambah dan semakin kuat. Bagi penulis sama ada PBS dalam BN atau diluar BN sama saja 'ada tidak menambah tiadapun tidak mengurangkan'. Sebaliknya, malah tidak mustahil ada kemungkinan ia akan menambah beban kepada BN Sabah. Di satu peringkat nanti akan menimbulkan lebih banyak persaingan dalam BN itu sendiri antara rakan-rakan dalam BN Sabah. Kalau dalam UMNO Sabahpun persaingan politik antara sesama mereka cukup teruk. Inikan pula dalam BN Sabah. Cuma tidak digembar-gemburkan. Andainya dihebahkan besar-besaran sebagaimana RTM, TV 3 suku dan akhbar pengampu Utusan, Berita Hairan dan lain-lain besar-besarkan cerita titik bengik parti pembangkang. Sudah lama UMNO Sabah dan BN Sabah reput sebelum direputkan atau mati sebelum dimatikan.

Rombakan Kabinet Sabah?

Sudah menjadi satu tabiat dan adat kita, bila ada tamu baru datang pelbagai cara sambutan bagi merai kedatangan tamu baru itu. Yang terbaru ialah beberapa ahli PBS telah mendapat tempat dalam majlis kerajaan tempatan. Lepas ini pasti akan menyusul hidangan lebih besar untuk YB-YB PBS yang diketuai DSP Joseph Pairin. Dalam politik, khususnya zaman politik cacamarba UMNO/BN dengan budaya sogoknya, budaya bermewah-mewahnya, budaya sorong tariknya, budaya pandai makan pandai jaga dan pelbagai lagi budaya kesukaan mereka...Sebagai ketua rumah dan tuan rumah yang dikira orang mewah dan berkuasa penuh KM Sabah, Datuk Chong Kah Kiat pasti akan menjamu dengan pelbagai jamuan yang enak-enak, besar-besar dan banyak untuk menyambut tetamu mereka yang baru PBS. Apatah lagi, PBS yang diketuai oleh Presidennya itu sendiri adalah mantan KM Sabah yang masih berpengaruh dikalangan rakyat Sabah terutama suku kaum Kadazandusun dan Murut. DSP Joseph Pairin bergelar 'Huguansiou'.

Dalam bab politik ala UMNO/BN amalan menyuap terus ke mulut tetamu istimewa sudah sebati dan menjadi darah daging UMNO/BN. Sama ada dalam bentuk kebendaan, pangkat atau kedudukan. Ketika Datuk Dr Jefry Kitingan adik kepada DSP Joseph melompat ke dalam BN melalui PBRS bersama 5 lagi YB-YB PBS dulu dengan harapan akan ada jamuan besar untuk mereka, sehingga ke hari ini angan-angan itu tidak menjadi kenyataan.

Kali ini, kemungkinan besar rombakan kabinet Sabah oleh Datuk Chong hampir menjadi kenyataan. Siapa akan naik dan siapa pula akan gugur belum dapat dipastikan. Tapi nama DSP Joseph Pairin adalah antara keutamaan Datuk Chong?. Lagipun kebanyakan ahli-ahli kabinet Datuk Chong itu sendiri adalah bekas-bekas orang bawahan DSP Joseph atau dengan lain perkataan anak-anak didiknya dulu semasa PBS masih berkuasa di Sabah.

Adalah satu kebiasaan bagi kita bahawa perasaan simpati kepada kawan atau bos lama itu tetap tidak hilang. Apalagi melihat kepada kebaikan kawan dan bos kita itu. Maka pada firasat penulis rombakan kabinet Sabah akan menjadi juga tinggal menunggu masa bila, siapa bakal naik, ditukar dan juga digugurkan nanti. Kita tunggu Datuk Chong mendapat ilham dari singgahsana Putrajaya. Tanpa ilham dan mimpi dari Putrajaya sejak UMNO/BN berkuasa ke atas politik Sabah para pemimpin politik di Sabah semuanya robot-robot yang dikontrol oleh sius yang ditempatkan di Putrajaya. Tukang jaga suis itu tidak ada yang lain kecuali pak jaga tua yang tak sedar diri itu juga. Nyanyuk-nyanyukpun masih mahu jaga suis, silap tekan dia-dianya terkena kejutan...kojol!!!

BN Akan Bergolak?

Seorang sahabat penulis meramalkan dengan PBS masuk BN, UMNO Sabah secara perlahan-lahan akan pupus ditelan zaman. Kita tunggu kenyataannya. Bagi penulis dapat melihat logik dari andaian dan telahan sahabat itu, sebab semua ahli-ahli politik yang ada dalam BN Sabah hari ini adalah majoritinya merupakan bekas-bekas jeneral atau orang kuat PBS satu ketika dulu dengan DSP Joseph Pairin merupakan kepala jeneralnya.

Presiden UPKO, Datuk B. Dompok, Presiden PBRS, Datuk Joseph Kurup, Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee adalah anak-anak didik Joseph Pairin. Presiden LDP, Datuk Chong yang juga KM Sabah dalam sistem penggiliran adalah rakan sejak dari zaman Berjaya lagi. Dalam UMNO Sabah Datuk Lajim Okin, Datuk Salleh Tun Said dan beberapa orang adalah juga anak-anak didik Joseph Pairin yang bersama-sama dalam PBS suatu waktu dulu sebelum mereka melompat ke dalam UMNO/BN.

Pergolakan dalaman BN Sabah akan menjadi apabila hampirnya pilihanraya umum negeri yang diramalkan tahun 2004 atau lebih awal lagi. Di Sabah BN tidak akan mengadakan pilihanraya serentak dengan pilihanraya umum di Semenanjung, kerana risiko lebih besar. Dan ada kemungkinan pilihanraya umum negeri Sabah akan lebih cepat daripada tarikh tempoh berakhirnya, bagi memudahkan BN menguasai Sabah untuk dijadikan isyarat supaya pengundi di Semenanjung akan mengikut rentak rakyat Sabah. Sekiranya menang di Sabah sudah pasti kemenangan itu akan dijadikan isu untuk memancing pengundi di Semenanjung agar terus undi BN. Sebab corak dan pemikiran rakyat/pengundi di Semenanjung lebih terbuka sebagaimana pilihanraya umum 1999 dulu. Apatah lagi dalam keadaan kedudukan gabungan parti-parti pembangkang BA masih kuat dan mempunyai pengaruh di Semenanjung. Sekalipun calon BA/KeADILan di Indera Kayangan tidak berjaya. Tetapi rakyat dan pengundi masih tetap setia untuk terus bersama dengan perjuangan yang dilaungkan oleh gabungan pembangkang BA itu.

BN Masih Gelisah Dengan Indera Kayangan

Sepatutnya undi BA di Indera Kayangan tidak akan melepasi angka satu ribu. Apabila kita melihat jentera kempen BN di Indera Kayangan seluruh jentera parti-parti dalam gabungan BN dikerah ke IK. Bukan saja jentera parti, bahkan instrumen kerajaan seperti jabatan dan agensi kerajaan dipergunakan serupa macam jentera parti. Media dikontrol 200%. Asakan, fitnah, halangan dan pelbagai cara diluar etika demokrasi dipergunakan oleh UMNO/BN untuk menang di IK. Termasuk budaya samseng, ganas, ugut, rasuah pengundi, kepong pengundi, tumbuk, tendang petugas parti lawan. Belum lagi bab persekongkolan dan subahat polis dan SPR untuk membantu BN di IK. Akhirnya, mereka menang. Menang yang tidak demokratik dan sangat-sangat diragukan.

Formula matematik mereka di IK dengan kemenangan 'yang dipersoalkan' ramai pemerhati bebas masih tidak menyenangkan para pemimpin BN. Dan kemasukan PBS diharap menjadi sedikit penawar 'kegelisahan' dan gundah gulana mereka. Tapi untuk politik di Sabah sahaja. Tidak untuk politik nasional. Kerana PBS hanya berpengaruh di Sabah. Tetapi harus diingat PBS bukan satu jaminan untuk BN Sabah terus kekal berkuasa di Sabah. Kerana PBS diluar BN berbeza dengan PBS dalam BN sekarang. Apatah lagi rakyat Sabah cukup emosional apabila berbicara soal ahli-ahli politik yang tidak berprinsip di Sabah. Kenapa kalau bukan BN berkuasa di Sabah rakyat Sabah akan mati kebulurankah atau pemimpin politik Sabah akan mati kelaparan.

Kita harapkan akan muncul kepimpinan politik baru di Sabah dikalangan anak-anak jati Sabah pada abad ini untuk membawa aspirasi baru. Kita tidak mahu lagi kepimpinan 'robot' dan 'wayang kulit' yang berminda 'katak'.

Ibn Sabah,
25.1.2002M.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com