UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Disebalik Kisah Benar...Yang Sudah Terjadi

1. Osama Laden Bersubahat Dengan Bush Hancurkan Afghanistan?

Cerita pengganas yang mengganas itu sudah heboh ke seluruh pelusuk dunia. Tempat pengganas itu ialah Afghanistan sebuah negara umat Islam antara negara-negara di dunia paling mundur dan miskin. Dan menjadi tempat kuasa-kuasa besar melepas geram, medan memburu pengganas dan sekaligus mereka berlatih menjadi kuasa pengganas dan kepala pengganas dunia serta kumpulan pengganas yang diakuiktiraf oleh dunia dengan Amerika sebagai kepala 'pengganas' itu. Penulis bertemu seorang sahabat pada satu hari di Kota Kinabalu dan mengajukan soalan pendek kepada sahabat itu tentang sepinya cerita Osama bin Laden seorang jutawan Arab yang merempat di negara orang atas nama jihad di Afghanistan. Tanya penulis, bagaimana sudahnya cerita Osama dan Mullah Umar?. Jawabnya, masih hidup. Dunia bersandiwara tentang Osama, pengganas dan kematiannya, hakikat yang tersirat bahawa Amerika sengaja mahu hancurkan Taleban dan umat Islam Afghanistan bukan Osama. Mana kita tahu Osama itu hanya talibarut atau umpan Amerika di Afghanistan?. Osama seorang jutawan yang mempunyai hubungan bisnes besar dengan orang Amerika dan keluarga Bush sendiri?.

Lontaran idea sahabat ini membuat fikiran penulis mencari nilai kebenaran dari kisah Osama yang menjadi pejuang di Afghanistan itu. Betulkah Osama talibarut Amerika yang mahu menghancurkan pergerakan umat Islam melalui Taleban di Afghanistan itu? Isu ini mengingatkan kita kepada kisah seorang Belanda yang pergi belajar ke Al-Azhar untuk mendalami Islam, kemudian kembali ke Indonesia dengan budaya, pakaian cara Islam, seperti seorang alim dan ulama yang boleh mengajar di masjid... cakap tentang Islam, tetapi rupa-rupanya ia sekadar menjadi 'spy' untuk melihat rahsia-rahsia kekuatan Islam. Dipendekkan cerita orang Belanda itu berhasil menghimpun pelbagai maklumat tentang rahsia-rahsia umat Islam Nusantara, walaupun akhirnya golong tikar juga Belanda dari bumi Indonesia.

Satu lagi, tentang kisah dua orang lelaki (Morocco) menyamar menjadi orang Islam semata-mata hendak melakukan rancangan jahat bagi mengali kubur Nabi SAW. Beberapa lama mereka berada di Makkah hidup serupa umat Islam, waktu sembahyang sembahyang, apa jua cara gaya hidup umat Islam mereka gunakan dengan berjubah dan sebagainya, tetapi rencana jahat mereka terus berjalan tanpa disedari oleh umat Islam yang bertemu mereka setiap waktu...padahal dua manusia 'spy' talibarut itu telah membuat terowong bawah tanah menuju ke kubur Nabi SAW. Perancangan jahat mereka tidak berjaya, mereka merancang tetapi rancangan Allah lebih hebat dan cermat.

Jadi apakah umat Islam selamanya menjadi umat yang tertipu oleh musuh-musuh Allah seperti itu. Dalam hal ini umat Islam dituntut agar lebih bijaksana, mari sama-samalah kita mengamalkan sifat para rasul dan nabi iaitu; siddiq (benar), amanah, fatanah (cerdik atau bijak) dan tabligh (menyampaikan segala ajaran agama secara betul, benar, cerdik dan beramanah). Ilmu teramat penting, perkayakan diri kita dengan ilmu, iman, akhlak mulia, amal soleh dan taqwa.

2. Kenapa Rakyat Kena Tangkap Cuma Dengan Tuduhan Melulu

Tidak perlu kita kisahkan kesombongan kepala pengganas dunia di Rumah Putih, Washington. Lihat bagaimana Amerika dan sekutu mustakbirinnya di seluruh dunia memburu golongan rakyat mustadh'afin di negara masing-masing. Mereka pergunakan istilah sama untuk mengempur rakyat mereka yang bangkit menentang ketidakadilan, kezaliman, rasuah, penyelewengan, kemungkaran dan lain-lain...Mereka guna perkataan 'pengganas' lalu dicopkan ke atas kumpulan rakyat yang ditindas sebagai cara untuk mereka menghalalkan keganasan mereka terhadap rakyat yang ingin menyatakan hak dan kebenaran yang dibenarkan oleh undang-undang.

Hal inilah yang terjadi di bumi Malaysia pada saat dan waktu ini. Kumpulan rakyat yang bangkit dengan aspirasi dan kesedaran untuk mengajak rakyat mengerti dan memahami nilai-nilai 'keadilan', kebaikan, demokrasi dan sebuah kerajaan adil lagi baik. Disekat, dilarang, dihalang, ditangkap, dituduh dengan berbagai-bagai tuduhan yang sengaja direka-reka, kemudian tidak diberikan keadilan untuk mereka membela diri. Bukan itu sahaja, kebebasan dan kedaulatan rakyat negara ini semakin mengecil. Padahal, umur Malaysia merdeka sudah hampir mencecah 45 tahun. Tapi merdeka sekadar laungan merdeka! merdeka! merdeka! hakikatnya jiwa merdeka dan bebas itu dipegang dan dikontrol oleh penguasa yang rakus lagi gila kuasa.

Cerita akta zalim ISA yang dulu digunakan untuk membanteras kegiatan jenayah dan komunis. Hari ini ISA juga dipergunakan untuk menghadapi kebangkitan rakyat yang mahu menghidupkan amalan demokrasi yang halal dan dibenarkan oleh Perlembagaan Negara. Kenapa rakyat yang mahu bersuara, mencari kebebasan dan mencari keadilan sebenar. Mahu disekat, ditegah dan kemudian rakyat yang bangun dengan panji-panji keadilan ditangan mereka tiba dituduh konon pengganas, ekstrim, militan dan berbagai-bagai tuduhan berbaur fitnah dan dendam 'politik' dikenakan ke atas rakyat dan juga parti-parti pembangkang dalam negara ini dengan disama-samakan dengan pengganas, pelampau dan militan, kemudian dikait-kaitan dengan pergerakan luar negara secara buta tuli tanpa usul periksa atau bukti sahih yang boleh dipercayai.

3. PBS Sudah Masuk BN Sekadar Menjadi 'Tetamu'

Di Sabah, kisah PBS mahu masuk semula BN sudah lama bergema sejak ADUN-ADUN PBS seorang demi seorang lari daripada PBS tinggallah beberapa orang YB-YB PBS bersama Presidennya, DSP Joseph Pairin. Kalau semua lompat tidak mungkin. Jadi jalan paling senang masuk semula BN. Itu hal politik mereka, apa sebab musababnya mereka orang PBSlah yang tahu. Sebagai rakyat kita hanya melihat apa manfaat politik yang PBS dapat dari tindakan itu. Dan apa kebaikan dan impaknya terhadap rakyat, kerajaan dan negeri Sabah khasnya.

Pada penulis tindakan ini semata-mata desakan politik dan juga kepentingan yang tidak menyeluruh untuk rakyat dan negeri Sabah. Apakah PBS menyedari tanpa adanya pembangkang di Sabah para pemimpin BN Sabah akan lebih ganas lagi kerja-kerja politik mereka terhadap rakyat. Sebab tidak ada yang menegur dari luar. Maka akan panjanglah angan-angan para pemimpin BN Sabah khususnya para pemimpin UMNO Sabah yang berstatus 'kerbau dicucuk hidung' itu.

Kemasukan PBS sekadar menjadi 'tetamu' dan mesti menjaga adabsopan sebagai tetamu jangan memandai-mandai bila berada dirumah mewah BN itu. Silap hari bulan tuan rumah lepas geram, kena halaulah 'tetamu' yang baru menjadi tamu kepada tuan seorang hartawan, yang berkuasa dan hidup mewah itu.

4. Joseph Kurup Macam Dr Mahathir Juga...

Rakyat Malaysia masih ingat tentang kes bagaimana DS Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden UMNO yang juga TPM dan Menteri Kewangan Malaysia dipecat dan dilucut semua jawatan parti dan kerajaan yang dikepalai oleh Dr Mahathir. Tidak cukup dengan tragedi pemecatan itu, dicarikan pula sebab-sebab Anwar Ibrahim dipecat. Antaranya TIDAK BERMORAL kata Mahathir, lalu berangkai-rangkai dan berjela-jela alasan dibuat. Kemudian berbaris-baris manusia dan senarai nama yang boleh mensabitkan kesalahan DS Anwar Ibrahim itu.

Padahal, sebab yang tersirat yang tidak diumum kepada orang ramai bahawa Mahathir ketakutan dengan pengaruh besar DS Anwar Ibrahim dalam UMNO dan kerajaan waktu itu. Mahathir tidak senang dengan reputasi, pengaruh dan kewibawaan DS Anwar Ibrahim mengatasi popularitinya yang semakin malap dan dilupakan orang.

Teori Mahathir diguna oleh Datuk Joseph Kurup untuk menghalang Timbalannya dari menghadiri Kongres PBRS pada 28-29 Januari 2002. Mungkin Datuk Joseph sudahpun menelefon Dr Mahathir minta petua bagaimana menghalang Timbalannya dari melawan dirinya. Belumpun sempat berlangsungnya pertarungan antara dua peribadi yang selalu bertarung itu, sebelum ini di kerusi DUN Bingkor, Joseph Kurup tumbang ditangan Dr Jefry dalam pilihanraya umum negeri tahun 1999.

Semacam sudah ditakdirkan antara Dr Jefry dan Datuk Joseph Kurup selamanya akan bertarung. Sampai antara seorang mereka benar-benar angkat tangan menyerah kalah dalam dunia politik. Kenapa Datuk Kurup tidak melihat lebih awal akan matlamat Dr Jefry yang melompat ke BN melalui PBRS, sekarang baru dia tahu siapa itu Dr Jefry sebenarnya. Itulah bacaan politik Datuk Kurup masih jauh dari kematangan. Lihat Mahathir, belumpun bunyi timbalannya mahu melawan dalam pertarungan, Mahathir sudah awal-awal lagi heret semua orang yang boleh dia heret bagi lenyak seorang peribadi yang sangat ditakuti dan digeruninya. Macam Amerika heret seluruh dunia dan sekutunya untuk memerangi sebuah negara kecil, miskin dan terpencil di dunia Afghanistan.

Harap-harap Datuk Kurup tidaklah selamanya macam Mahathir yang kejam lagi zalim itu. sampai kawannya berbelas tahun diaibkan, dituduh macam-macam, dihina dan dipenjarakan. Apakah Datuk Kurup menjadi Mahathir kedua? Itu belum lagi punyai kuasa baru Presiden PBRS dan menteri kabinet Sabah sudah tunjuk-tunjuk kuasa...polis!polis!polis! tangkap Dr Jefry dan kawan-kawan yang mengacau dalam Kongres PBRS...

5. Mahathir Jumpa Anwar Di Penjara?

Seorang sahabat penulis menceritakan kisah ini, katanya dia dengan dari laporan luar negara. Penulis antara percaya dengan tidak. Mungkin sekadar spekulasi murah para barua-barua dan pengampu dalam UMNO/BN. Mustahil Mahathir mahu bersua muka dengan DS Anwar Ibrahim yang telah dizalimi, dihina, dipenjarakan dan dimusuhinya selama ini dengan mengheret seluruh kaki-kaki pukulnya dalam UMNO, polis, kerajaan dan seluruh kroninya dalam BN dari Perlis hingga ke Sabah agar lenyak, aibkan, malukan dan berbagai-bagai lagi bagi memalukan, mematikan dan memusnahkan terus reputasi, wibawa dan pengaruh seorang manusia kecil seperti DS Anwar Ibrahim.

Kenapa Mahathir gerun, takut dan tidak mampu menghadapi DS Anwar Ibrahim secara anak jantan dipertarungan atau di atas pentas politik yang demokratik. Takut dalam pentas UMNO dipecatnya DS Anwar Ibrahim. Takut dalam kerajaan habis dilucutnya satu persatu jawatan dalam kerajaan secara cukup diluar adat kebiasaan dan peraturan.

Andai DS Anwar Ibrahim bebas seperti Mahathir memperlakukan semahu-mahunya terhadap Anwar Ibrahim. Dalam ertikata bebas bercakap dipentas politik, pentas rakyat dan Parlimen kata beberapa sahabat Mahathir sudah lama jatuh sakit otak dan gila untuk menghadapi Anwar seorang. Dalam keadaan tidak bebas, terpenjara dan tidak boleh diikat jamin itupun Mahathir dan kroni-kroni bangsat lagi zalimnya terkial-kial dan seperti orang separuh gila untuk mempertahankan pengaruh mereka di depan rakyat yang sudah semakin sedar dan celik politik. Inikan pula andainya Anwar Ibrahim bebas seperti ahli politik lain.

6. Pak Lah Sedih Konon Profesional Terlibat KMM

Itulah gambaran hati perut dan otak lembik Pak Lah yang juga TPM dan Menteri Dalam Negeri. Tidak berbeza barang sedikitpun cara gaya dia mengulas isu-isu KMM, pengganas dan lain-lain semacam sudah diprogramkan sebagaimana kehendak yang diakujanjikannya bersama dengan ketuanya yang nyanyuk di Putrajaya. Dan Mahathir pula serupa dengan kemahuan yang diakujanjikannya dengan Amerika.

Pak Lah betul-betul seperti robot dan burung tiung yang hanya bercakap mengikut tuannya ajarkan. Apakah Pak Lah sudah kaji apa itu militan, ekstrim, melampau dan ganas. Kalau sekadar ikut-ikut cakap tuannya di Putrajaya. Lebih baik Pak Lah undur diri saja atau masuk semula universiti. Sekadar menjalankan agenda yang disuruh budah sekolah menengah, rendah dan tadikapun boleh buat. Tak payah masuk U dan tak perlu pangkat TPM, menteri atau apa-apa jawatan. Percuma Allah bagi akal, percuma wang rakyat menggaji Pak Lah tapi Pak Lah macam tu juga tak berubah untuk menjadi lebih baik daripada Dr Mahathir. Suruh polis tangkap rakyat konon sayap kedua KMM...

7. Mahathir Dan UMNO/BN Selamanya Tidak Akan Sedar

Kenapa orang-orang besar UMNO/BN tidak pandai-pandai sedar, dengan agenda politik sempit mereka mahu terus menekan rakyat dengan pelbagai cara yang tidak demokratik, tidak adil, menindas dan terus-menerus mahu mengongkong pemikiran rakyat. Mereka tidak sedar bahawa rakyat mahukan nilai-nilai keadilan, kebenaran dan kerajaan yang baik, adil dan juga demokratik.

Sebenarnya, rakyat melihat nilai keadilan lebih besar dan utama. Lalu keadilan, ketelusan, sifat amanah dan baik itulah yang dicari oleh rakyat. Jadi dalam keadaan UMNO/BN yang menguasai kerajaan sudah tidak mampu menonjolkan nilai tersebut, rakyat beralih arah kepada lain terutamanya parti-parti pembangkang yang telah berjaya menunjukkan nilai yang dicari-cari itu. Sebagaimana kerajaan BA/PAS di dua negeri di Pantai Timur Semenanjung Kelantan dan Terengganu sekarang.

Sudahlah hak rakyat dirampas di Terengganu royalti minyak. Peruntukan geran wajib dilambat-lambatkan dan pelbagai lagi gangguan yang sepatutnya tidak terjadi. Belum masuk cerita fitnah mereka yang dipusingtunggangterbalikkan dalam TV 1 hingga 7 dan media cetak pengampu mereka.

8. Pelajar Universiti Dan Budak Tadika

Tidak habis dendam politik itu di situ. Kakitangan/pegawai kerajaan sudah. Persatuan-persatuan sudah, rakyat marhaen apa lagi yang mudah disogok...kenyang perut lemah dan tidurlah rakyat yang berotak macam 'ayam karan' atau serupa gaya 'ular sawa'. Belum puas lagi hati jahat mereka, beralih pula kepada pelajar di universiti. Tidak juga terdaya mereka lakukan, maka mereka perkudakan dan heret para intelek atau pensyarah/profesor di universiti agar bersekongkol dengan agenda jahat dan buruk mereka. Kini, budak-budak tadika juga menjadi sasaran UMNO/BN yang dikepalai ketua bangsat mereka di Putrajaya.

Bukan saja mereka ugut pengusaha pusat-pusat asuhan kanak-kanak itu. Lebih parah kesan sampingannya terhadap anak-anak kecil yang tidak berdosa di tadika-tadika di seluruh negara. Walaupun target mereka ialah tadika-tadika yang dikelolakan oleh parti-parti pembangkang khususnya Parti PAS dengan Pastinya.

Kenapalah Mahathir, para pemimpin UMNO/BN ini tak terbuka-buka hati dan akal mereka sehingga anak-anak kita yang sedang belajar di Universiti pun mereka ganggu dengan macam-macam, ugut dengan tarik biasiswa, tangkap dengan ISA, dengan aku janji, AUKU dan perkuda pensyarah untuk tekan pelajar U supaya jangan cenderung kepada pembangkang. Betulkah pelajar U yang rata-rata mereka adalah golongan intelek itu boleh dibujuk rayu oleh parti-parti pembangkang supaya sokong pembangkang dan undi pembangkang.

Mereka bukan cenderung atau sokong pembangkang. Tapi hati kecil dan akal budi mereka yang melihat betapa suara-suara pembangkang itu lebih bernilai dalam ertikata bahawa suara pembangkang di Malaysia hari ini adalah suara rakyat yang tertindas, suara jeritan menuntut keadilan dan suara keramat untuk mengajak seluruh rakyat menegak keadilan, membela rakyat yang dizalimi, menegak kerajaan yang adil, telus, baik dan beramanah.

Disebabkan dalam UMNO/BN berkepala 'shit' Mahathir itu, nilai-nilai itu sudah makin lama makin terhakis dari parti UMNO/BN. Maka rakyat terutamanya pelajar U yang lebih terbuka melihat semua ini perlukan satu reformasi besar-besar dalam politik Malaysia perlu dilakukan. Apalagi setelah DS Anwar Ibrahim diperhina dan aibkan secara cukup luar biasa, sehingga ia dikurung atau dipenjarakan. Rakyat dan pelajar U tidak mampu mendiamkan diri dengan kezaliman, rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan perkosaan ke atas kepentingan rakyat, kebajikan pelajar dan kebebasan semua semakin ditekan, disempitkan dan semakin menjadi-jadi kegilaan penguasa yang zalim.

Rakyat benar-benar tersentuh hati, apalagi umat Islam sendiri. Dalam usaha kita semua untuk menanamsuburkan benih-benih iman dan ketaqwaan, kesedaran Islam dan cintakan Allah, rasul-Nya dan Islam itu sendiri. Ada pula golongan penguasa cemburu atas nama dendam politik sempit mereka terhadap anak-anak Islam di Tadika-tadika Islam.

Andainya agenda jahat, buruk dan penuh muslihat itu berjaya mereka lakukan. Apa akan jadi dengan kanak-kanak umat Islam di Malaysia. Umat Islam di Malaysia apapun bangsa dan bahasa atau perbezaan kita, ketepikan semua itu YANG MAHA PENTING ialah BENIH IMAN, BENIH ISLAM, BENIH TAQWA, AKHLAK MULIA dan ILMU ISLAM hendaklah kita pertahankan bersama. Jangan sampai agenda jahat Mahathir, Aziz Syamsudin, Pak Lah dan pengampu-pengampu mereka terus-terus membesarkan isu-isu yang direka-reka. Hanya kerana mereka takut kecundang dalam politik.

9. UMNO/BN Kalah Pilihanraya, Rakyat Malaysia Juga Yang Perintah

UMNO/BN kalah dalam pilihanraya rakyat Malaysia juga yang akan memerintah, cuma bertukar parti. Dulu UMNO/BN berpuluh-puluh tahun jadi parti pemerintah kali ini parti-parti BA/PAS/KeADILan/PRM dan DAP pula yang memerintah Malaysia. Jangan lagi kita percayakan khurafat yang diulang-ulang ceritakan oleh para pemimpin UMNO/BN selama ini.

Kenapa rakyat Malaysia, terutama orang-orang Melayu UMNO (baru) terlalu bodoh sehingga menyebarkan cerita konon kalau UMNO/BN kalah matilah orang Melayu, habislah orang Cina dan kebuluranlah orang India. Akan huru-haralah negara, macam-macam khurafat diceritakan sejak dulu lagi.

Mengapa kita tidak boleh berfikir secara terbuka dan sebijak-bijaknya, bahawa kalahnya UMNO/BN nanti akan tamatlah penindasan terhadap rakyat, berakhirlah segala macam penyelewengan, kezaliman, salahguna kuasa, rasuah dan segala macam budaya mewah orang-orang UMNO (baru) Mahathir/Pak Lah.

Insya-Allah, akan muncul kepimpinan negara yang baru, lebih amanah, telus, adil dan baik lagi. Sebagaimana contoh di Kelantan dan Terengganu dengan tumbangnya UMNO/BN dikedua negeri tersebut BANYAK KEPENTINGAN RAKYAT DIPELIHARA DENGAN BAIK, KEADILAN UNTUK SEMUA RAKYAT LEBIH KELIHATAN DAN TERJAMIN dan kerajaan BA/PAS nampaknya lebih terbuka.

Semoga sama-samalah kita sebagai rakyat yang merdeka, cerdik, bebas dan berdaulat untuk berfikir dan menilai antara yang benar dengan yang palsu.

Ibn Sabah,
28.1.2002M.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com