UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Mahkamah Tinggi perintah petani diusir keluar

Oleh : Sevan Doraisamy

Enam belas keluarga petani dan penternak terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang meluluskan permohonan pemaju untuk mengusir mereka. Wai Kam, petani dari kawasan Tanah Hitam, Ipoh, Perak memberitahu bahawa para petani yang terlibat amat tidak puashati dengan keputusan hakim tersebut.

“Hari ini petani rasa sangat kecewa sebab tuan hakim kata kita menceroboh haram ini pemaju punya tanah. Tadi itu, petani semua rasa ini kurang adil tentang jatuh keputusan ini kurang adil kepada petani.”

Wai Kam juga memberitahu proses perundingan bersama Menteri Besar Perak mengenai isu pertanian tanah kerajaan ini masih belum selesai. Menurutnya, Menteri Besar pernah berjanji akan memberikan tanah seluas 1 ekar kepada setiap petani untuk terus mengusahakan tanah pertanian tersebut.

“Bulan Oktober, kita petani Tanah Hitam ada perbincangan dengan Menteri Besar. Lepas itu Menteri Besar memberikan 3 cadangan untuk diperbincangkan. Jadi, masalah tanah ini belum diselesaikan, pihak pemaju membawa petani ke mahkamah.”

Menurut Wai Kam, mereka telah mengusahakan tanah tersebut sejak 3 generasi tetapi kini ia menemui jalan buntu akibat arahan pengosongan tanah. Menurutnya lagi, para petani akan mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan tindakan selanjut.

Sumber: http://www.eradiqradio.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com