UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Mahfuz tuntut peguam negara siasat pernyataan Mahathir

Sonia Randhawa

Ketua Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Mahfuz Omar mendakwa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah berbohong di dalam Dewan Rakyat. Dia berkata, sebelum pilihanraya 1999, Dr Mahathir menyebutkan di Parlimen kos kediaman Perdana Menteri di Putrajaya di antara RM16 dan RM17 juta.

Walau bagaimanapun, Mahfuz berkata arkitek projek tersebut mengaku dalam mahkamah, dua minggu yang lepas, bahawa kosnya lebih dari RM110 juta.

“Perdana Menteri beria-ia, bermati-matian mempertahankan bahawa kos itu hanyalah 16 juta, ternyata bila perbicaraan ini berlaku menunjukkan bahawa kos pembinaan itu tidak termasuk dengan lanskap dan juga perkara-perkara lain ialah 110 juta. Ini menunjukkan satu pembohongan yang dilakukan oleh Perdana Menteri. Sebab itu saya minta supaya Perdana Menteri harus minta maaf dan sekaligus meletakkan jawatan dan Peguam Negara boleh memulakan satu prosiding untuk mendakwa Perdana Menteri sebagai penjawat awam kerana telah melakukan pembohongan dan penipuan terhadap penggunaan wang.”

Dr Mahathir mengumumkan kenyataan tersebut di Dewan Rakyat selepas bekas Timbalan Menteri Anwar Ibrahim mendakwa kos kediaman Perdana Menteri ialah lebih kurang RM200 juta. Mahfuz juga berkata kos ini terlalu tinggi dan lebih daripada keperluan untuk seorang Perdana Menteri.

Sumber Berita: www.radiqradio.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com