UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Aktivis mahasiswa: IPTA hukum pelajar atas laporan media

Nara Duang Dean

Institut Pengajian Tinggi Tempatan (IPTA) didakwa menggunakan laporan akhbar sebagai sebab untuk menghukum pelajarnya yang didapati terlibat dalam politik.

Menurut aktivis mahasiswa, Khairul Anuar Ahmad Zainudin, pihak IPTA seringkali mengambil keputusan sendiri ke atas pelajar berkenaan sebelum pihak polis mengeluarkan pertuduhan.

“Sebenarnya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), yang ada sekarang ini memang tidak relevan dari segi hak asasi dan kebebasan bersuara dan sebagainya, dan universiti seringkali mempergunakan akta itu untuk tujuan menindas pelajar. Jadi pattern yang sering digunakan di universiti, biasanya clause ‘mencemarkan baik nama universiti’ itu memang sering disalahgunakan.”

Katanya, laporan akhbar digunakan sebagai bukti bahawa seorang itu telah mencemarkan nama baik IPTAnya.

Khairul berkata demikian merujuk kepada kes 9 orang pelajar IPTA yang terlibat dalam kes menceroboh bilik gerakan Barisan Nasional di Indera Kayangan baru-baru ini. Kesemua mereka akan dibawa ke balai polis pada 21 Januari ini untuk didakwa. Pihak IPTA difahamkan sedang menjalankan penyiasatan ke atas pelajar mereka masing-masing.

“Seperti kes 7 mahasiswa yang ditahan di Masjid Negara. Ada universiti yang membuang pelajar pada hari berikutnya apabila keluar dalam akhbar.”

Khairul turut menegaskan bahawa pelajar yang mencapai umur 21 tahun ke atas, sebenarnya berhak untuk berpolitik.

Sumber Berita: www.radiqradio.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com