UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Mempersoalkan keputusan mahkamah adalah hak demokrasi

Oleh : Sevan Doraisamy

Rakyat mempunyai hak demokrasi untuk menyatakan pendapat dan mengutarakan persoalan terhadap keputusan mahkamah. Cynthia Gabriel, Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) memberitahu perkara ini.

“Kami rasa bimbang tentang komen Dr. Rais Yatim. Sebab, dalam mana-mana negara demokratik, adalah hak sesiapa untuk mempersoalkan keputusan mahkamah. Dan, itu bukan salah dari segi undang-undang. Hak orang ramai untuk memberikan komen tentang keputusan mahkamah sepatutnya digalakkan dan bukan diintimidasikan seperti yang berlaku sekarang.”

Semalam, ahkbar tempatan telah melaporkan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Rais Yatim, menyatakan Jabatan Peguam Negara sedang meneliti untuk mendakwa Setiausaha Agung Pas, Nasaruddin Mat Isa, atas tuduhan menghasut dan menghina mahkamah.

Cynthia juga menyatakan Suaram meminta pejabat peguam negara untuk menarik balik siasatan terhadap Nasaruddin.

“Untuk masyarakat majmuk yang dinamik, kita perlu rakyat, kumpulan-kumpulan dan parti-parti politik untuk mengambil bahagian aktif dalam isu ini. Bagi pihak Suaram, kita meminta A.G. Chambers itu untuk menarik balik siasatan terhadap ‘secretary general” Pas.”

Sebelum ini, Nasaruddin telah menyatakan bahawa peristiwa rompakan senjata di Sauk adalah sandiwara kerajaan. Baru-baru ini mahkamah tinggi telah menjatuhkan hukuman gantung terhadap tiga pemimpin Al-Ma’unah dan selebihnya dipenjarakan seumur hidup

Sumber: http://www.eradiqradio.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com