UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Laporan siasatan independen tragedi Sauk akan keluarkan kata Suaram

Sevan Doraisamy

Laporan siasatan mengenai tragedi Sauk yang dilakukan oleh beberapa badan pertubuhan bukan kerajaan mungkin akan dikeluarkan tidak lama lagi. Menurut Cynthia Gabriel, Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), pertubuhan-pertubuhan yang terlibat dalam penyiasatan independen itu akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi untuk membincangkan samada mengeluarkanya atau tidak.

“Report itu ditangguhkan buat sementara waktu sebab ada, lebih daripada 19 initially (pada awalnya) yang telah pun dihadapkan ke mahkamah, so kita tidak keluarkan report itu tapi ia mempunyai maklumat yang penting dan akan membincangkan sekarang, sama ada kita nak mengeluarkannya dalam satu publikasi ke macamana. Tapi keputusan belum dibuat lagi.”

Menurutnya, kesimpulan awal yang dapat dibuat adalah banyak lagi persoalan wujud yang tiada jawapan di kalangan penduduk kawasan tersebut.

“Bila kita pergi ke sana, rakyat yang duduk di situ pun mempunyai banyak persoalan. Jadi, rasanya kita nak menimbulkan isu ini sebagai sesuatu yang ada banyak persoalan dan tidak ada jawapan yang memuaskan. Jadi, kita perlukan efforts (usaha) dari kerajaan, dari civil society dan semua untuk sebenarnya faham apa yang berlaku.”

Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman gantung kepada tiga pemimpin kumpulan Al-Ma’unah yang terlibat dalam tragedi rompakan senjata di Sauk. Manakala anggota yang lain dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Mahkamah Tinggi mendapati mereka bersalah atas tuduhan melancarkan peperangan untuk menjatuhkan kerajaan.

Selepas itu, Nasaruddin Mat Isa, Setiausaha Agung Pas mengeluarkan kenyataan bahawa peristiwa di Sauk adalah satu sandiwara kerajaan. Kenyataanya dikecam oleh beberapa pihak termasuk Rais Yatim, Menteri di Jabatan Menteri yang turut menyokong tindakan undang-undang terhadap Nasaruddin.

Cynthia menyatakan bahawa penyiasatan bebas ini diinisiatifkan selepas timbulnya pelbagai kontrovesi termasuk ada yang berpendapat peristiwa Sauk itu adalah satu sandiwara. Walau bagaimanapun, menurutnya, tujuan siasatan ini dilakukan bukan kerana mereka setuju samada tragedi itu adalah satu sandiwara ataupun disebaliknya.

“Sama ada sandiwara ke tidak, Suaram sebenarnya dari dulu lagi tidak mengatakan begitu tetapi kita memang concern tentang kejadian-kejadian yang berlaku dalam kes ini. Satu lagi sebab adalah, suratkhabar pun pada masa itu mengeluarkan news yang tidak sama dan fakta-fakta yang berbeza. Dan kita rasa itu adalah satu perkara yang sangat serious. Jadi, sebab itu kita melakukan misi ini.”

Sementara itu, Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad telah menyatakan bahawa kerajaan akan mengeluarkan kertas putih mengenai kejadian di Sauk dalam sidangan parlimen pada Mac ini.

Sumber : http://www.eradigradio.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com