UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kementerian Sumber Manusia didakwa tidak jelas tentang pelucutan wartawan The Sun

Nara Duang Dean

Piket di hadapan syarikat penerbitan akhbar The Sun berterusan selama 3 hari. Tindakan ini diambil ekoran pelucutan lebih kurang 40 orang pekerja Jumaat lalu. Hari ini, seramai 13 orang lagi pekerjanya diberhentikan. Mereka merupakan ahli Kesatuan Pekerja Surat Khabar Kebangsaan (NUNW).

Menurut seorang bekas wartawan The Sun, V Gayathry, konflik di syarikat media tersebut bermula apabila dua daripada rakannya digantung kerja. Kedua-dua mereka terlibat dalam karangan berita berkenaan komplot membunuh perdana menteri dan timbalannya pada 25 Disember lalu. Pada hari berikutnya, pihak pengurusan akhbar tersebut mengeluarkan petikan meminta maaf.Manakala ketua pengarang dan beberapa pemimpin eksekutif lain telah meletak jawatan.

Lanjutan perkara itu, sebilangan wartawan berpiket membantah pihak pengurusan kerana memangsakan rakan mereka.

Kata Gayathry, pihak pengurusan juga telah gagal membayar bonus kepada mereka. Dalam surat pemberhentian mereka, majikan menyatakan bahawa syarikat itu mengalami masalah kewangan.

"Kami percaya bahawa pihak majikan telah menggunakan alasan ini sebagai peluang untuk memberhentikan pekerja-pekerja yang membantah majikan kerana kami menganggap bahawa tindakan-tindakan yang diambil selama ini memang menyalahi undang-undang dan tidak menghormati etika pekerjaan."

Menurut Ketua Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) cawangan The Sun, K. Kannan, sebelum sebarang tindakan diambil, sekurang-kurangnya pihak majikan terlebih dahulu berbincang dengan pihak kesatuan mengenai perkara ini.

"Kami bersedia untuk berbincang dengan pihak majikan walau sebenarnya mereka telah mengalami masalah ekonomi seperti yang dinyatakan dalam surat retrenchment, tapi cara mereka menguruskan retrenchment ini adalah tidak patut."

Presiden Kongres Kesatuan sekerja Malaysia (MTUC), Zainal Rampak berkata, pihak pengurusan harus melaporkan perkara ini kepada Jabatan Buruh terlebih dahulu sebelum pemberhentian dijalankan.

"Seperti yang dikehendaki oleh seksyen 63, Akta kerja di mana dalam masa sebulan sebelum tindakan-tindakan pemberhentian mengurangkan tenaga kerja ataupun menamatkan perkhidmatan tenaga pekerja hendak dilakukan pihak pengurusan harus melaporkan kepada Jabatan Buruh, dan undang-undang ini masih kekal.."

Dalam laporan laman Malaysiakini, Kementerian Sumber Manusia akan menyiasat dakwaaan bahawa adanya unsur pemangsaan atau perlucutan jawatan secara pilih kasih dalam pelaksanaan pembuangan pekerja.

Pada jam 3 petang tadi, 3 orang wakil dari kementerian melawat pejabat The Sun untuk siasatan.

Sumber: www.radiqradio.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com