UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Pengarah Pilihanraya keADILan didakwa mencuba sabotaj kertas penamaan calon

Farina Farid

Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan (keADILan) di Indera Kayangan, Shariff Abdul Razak telah dipecat oleh keADILan sebelum dia mengambil keputusan menyertai Umno. Menurut Naib Presiden keADILan, Azmin Ali, Biro Pilihanraya Pusat keADILan telah lebih awal lagi mendapati sikap dan tindak-tanduk Shariff yang mencurigakan.

Katanya, Shariff mempunyai niat mensabotaj kertas penamaan calon mereka pada hari penamaan calon minggu lepas.

"Setelah kita teliti kertas penamaan calon kita mendapati nombor siri yang diletakkan dan ditulis diatas kertas tersebut adalah tidak sama dengan senarai rasmi SPR (Suruhanjaya PIlihanraya). Ini boleh membatalkan calon kita untuk menjadi calon dalam pilihanraya kecil. Justeru itu, Shariff telah kita keluarkan daripada menjadi saksi kepada calon Keadilan yang bertanding dalam Dewan Undangan Negeri Indera Kayangan."

Azmin juga menyatakan ahli keADILan yang didakwa keluar daripada keADILan tidak pernah membincangkan masalah dan ketidakpuashatian mereka kepada pucuk pimpinan.

Hal ini berikutan komen bekas Timbalan Ketua Pemuda keADILan Perlis, Syed Araniri Syed Ahmad, yang menyatakan bahawa dia dan bekas ahli yang lain tidak puashati dengan perjuangan parti tersebut.

Dalam pada itu, Azmin juga mendakwa bahawa senario sebegini merupakan taktik Umno yang menunjukkan bertapa terdesaknya mereka untuk memancing undi.

Radiq Radio tidak sempat mendapat response balas dari Shariff terhadap dakwaan tersebut. Walau bagaimanapun Ahli Parlimen Umno untuk Arau, Mastika Junaidah Husin berkata bahawa samada dakwaan tersebut betul atau tidak, ia adalah masalah dalaman parti Keadilan dan tiada kaitan dengan Umno.

Sumber: www.radiqradio.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com