UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




2 cedera dan 5 ditahan semasa penduduk menghalang pemaju

Sevan Doraisamy

Dua orang cedera manakala 5 lagi ditahan polis apabila penduduk Ladang Stratshila di Jelapang cuba membantah tindakan pemaju. Jothi Perumal, seorang penduduk, menyatakan pihak polis turut membantu cubaan pemaju untuk memecahkan paip air minuman para penduduk.

"Pagi-pagi kita tengok, ini Ibrahim Yakob dengan dia punya projek manager semua (pemaju) datang. Polis pun ikut sama dia. Kita punya kawasan depan dia tunggu. Dia panggil satu "peko" mesin, dia terus mau pecah kita punya tempat. Lepas itu, kita semua (penduduk) mari tahan. Polis mari, lepas itu kita penduduk punya dua orang polis sudah pukul . Dia orang jatuh. Kita pun lagi tahan. Lepas itu, kita orang sudah ditangkap. Lima orang sudah tangkap. Lepas itu, lagi kita tunggu."

Menurut Jothi lagi, bekas pekerja Ladang Stratshila masih sedang menunggu perbicaraan mahkamah terhadap tututan pemaju untuk mengosongkan tanah yang mereka telah menduduki sejak tiga generasi. Kes ini akan berlangsung pada Mei ini. Walau bagaimanapun, menurut Jothi pemaju telah membelakangkan proses mahkamah dan undang-undang dengan tindakanya pada hari ini.

"Kita cakap polis punya dekat, ini kes ada di mahkamah. Ini tahun bulan lima, 13 haribulan kes jalan. Jadi, kami tanya mana you punya court order? Dia tak ada jawab apa-apa pun. Dia cakap "saya mau mula kerja." Dia tak ada beri surat apa-apa pun. Dia panggil polis terus polis mari tangklap kita. Dia mula kerja."

M. Saraswathy, aktivis yang membantu penduduk itu, yang masih ditahan, ketika dihubungi, menyatakan bahawa 4 lagi yang ditangkap telah digari dan dimasukkan ke dalam lock up. Menurutnya, mereka ditahan ketika cuba menjelaskan kepada polis dan pemaju (PCPD) mengenai "status quo".

Sini lima orang kita kena tahan. Saya tidak faham kenapa polis buat macam itu. Sebab, kalau apa-apa pun, dia orang mesti ikut Mahkamah Tinggi sebab pemaju sudah ambil perkara ini ke Mahkamah Tinggi. Dan kita pun sudah buat satu tuntutan balas. Sampai hari bicara, pemaju mesti mahu "maintain The Status Quo of the estate" (mengekalkan status quo ladang itu)."

Pihak berkenaan di Balai Polis Jelapang dan Ibu Pejabat Polis, Ipoh, enggan memberikan komen sementara pegawai yang ditugaskan tiada. Pemaju PCPD, iaitu anak syarikat kerajaan Negeri Perak, juga gagal dihubungi.

Sumber: www.radiqradio.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com