UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Penternak ditahan semula

Sonia Randhawa

Lima orang penternak dari bekas Ladang Bukit Tinggi, Klang, ditahan oleh polis selepas menghalang kerja pemaju. Lima orang yang ditahan itu termasuklah pengerusi jawatankuasa tindakan penternak tersebut, A Thevindran.

Semalam enam jentera jentolak berpindah ke kawasan ladang penternak. Pagi tadi mereka memulakan kerja-kerja untuk membina paip air. Walaubagaimanapun, lebih kurang 20 orang penternak cuba menghalang mereka. Salah seorang dari mereka, P Ramu menjelaskan.

“Itu biasakan. Bila kita halang, dia orang tak mahu buat kerja kan. Dia mesti boleh tangkap kita juga. Ini dah kali dua. Itu haripun dah kena tangkap kan. Bila kita halang itu kerja kan. Dia orang tak mahu buat kerja. Kita yang teraniaya, kita yang kena tangkap. Itu hari pun kena hantam, itu dua perempuan. Langsung tak ada tindakan apa-apa. Sampai takder tangkap apa pun.”

Namun, jurucakap pemaju Labur Bina itu, Lai Yeng Fock mendakwa orang-orang itu membawa senjata seperti parang ke tempat tersebut. Dia juga berkata salah seorang kontraktor yang cuba berkerja telah diserang oleh kumpulan tujuh orang tersebut.

Kontraktor itu memfailkan aduan polis dan selepas itu, lima orang penternak ditahan. Mereka sudah dibawa ke hadapan mahkamah dan direman untuk tempoh 24 jam. Kes ini masih dalam perbicaraan mahkamah.

Sumber Berita: www.radiqradio.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com