UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Ustaz Shamsuri memfitnah dirinya sendiri.

Maka "Benar" dan "Sahlah" bahawa Ustaz Shamsuri telah turun berkempen dan berceramah bagi pihak BN dalam pilihanraya Indera Kayangan di Perlis baru-baru ini.

Beliau telah membuat pengakuan dalam kuliahnya di masjid Seberang Jaya sekembalinya dari Perlis.Dalam keadaan gelisah dan tergagap serta tidak dapat menghabiskan bacaan hadis, beliau menyatakan beliau telah didatangi oleh pihak-pihak tertentu memaksanya berbuat demikian dan telah dibawa kesana dengan Pajero.

Semua itu karut dan alasan putar alam .Saya dan beberapa orang sahabat dan juga anak murid kepada beliau ,telah dengan sendiri menghadiri ceramah beliau pada malam itu dihadapan Sekolah Derma.

Ceramah pada malam itu melibatkan Ustaz Sahabudin Yahaya ulama dari MAIP.Pinang , Ajk UMNO Kepala Batas dan juga Ustaz Firdaus (Imam Besar Masjid Negara)sementara Ustaz Shamsuri penceramah terakhir. Hampir 30 orang hadirin bersesak untuk mendengar ceramah beliau yang juga bertembung dengan ceramah Ustaz Fadhil .

Selepas ceramah kami bersalaman dengan Ustaz Shamsuri,wajahnya pucat ,terkejut,tergamam apabila bersalaman dengan seorang sahabat dan juga anak muridnya yang paling dia kenal. Beliau memberitahu untuk pergi makan dirumah Shahidan, tetapi tidak sebaliknya menjamu selera berdekatan dengan Kuala Perlis.

Ustaz Shamsuri sekarang dalam keadaan sungguh tersepit dan terpaksa mereka pelbagai alasan untuk menutup kemaluan ,antaranya mengatakan dia dibawa dengan Pajero tetapi sebenarnya beliau memandu keretanya sendiri. Mendakwa ada seseorang membawanya untuk ke Alor Setar tetapi tiba-tiba pergi ke Perlis dan pelbagai lagi.

Ustaz "duit" telah pergi berjumpa tuan gurunya Ustaz Shuib supaya dapat membantu membersihkan namanya yang sudah tercemar. Elok juga diberitahu bahawa hadiz yang dibaca oleh Shamsuri pada malam ceramah tersebut ada kaitanya dengan hadis yang telah ditanya kepada Ustaz Shuib sehari sebelum pergi ke Perlis.

Shamsuri sekarang tergadai antara "maruah" "malu" dan "iman" yang diciptanya sendiri. Lakon- dan lakonannya sudah diketahui orang. Apakah selama ini Shamsuri menipu kita ? Apakah Shamsuri manusia "kebendaan"(materialisma) sehingga sanggup menggadai Allah dan Rasul. Apakah Shamsuri sudah merasakan dia cukup hebat dan sudah tidak sesuai lagi bersama jemaah Islam. Apakah dia Nakasone kedua.?

Acap kali dalam kuliahnya ,beliau menyatakan tidak memihak dengan mana-mana parti politik ,sudah cukup membuktikan siapa orang ini. Barang diingat beliau menerima bayaran hingga mencecah ribuan ringgit untuk kuliahnya di Kuala Lumpur oleh korporat yang cintakan perjuangan Islam.

Sayang seribu kali sayang ,cakap agamanya berdegar -degar tetapi tumbang dengan habuan dunia. Surah Munafig amalan dimulutnya tetapi lain dilakukannya . Dipaksa atau terpaksa ,Sahamsuri telah melukakan hati anak muridnya yang kebanyakannya adalah pejauang Islam.

Pentas UMNO telah kau daki bila pula pentas PAS. Oh Shamsuri roh bapamu menangis kepedihan, oleh tindakan dan lakonan.

Semoga Allah merahmatimu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com