UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Setelah menandatangani akujanji

Jika anda melanggar segala titah perintah al Mahathir anda akan dikenakan tindakan !
guru2 telahpun diarahkan jangan pakai kopiah , jubah ke sekolah. dan sedikit demi sedikit mahathir melalui jentera KERAjaannya akan buat peraturan nak hapuskan kakitangan kerajaan yang berimej Islam.. kemudian akan dilarang pekerja wanita pakai tudung labuh serta berjubah, dan mungkin satu hari nanti jadi macam Turki, nak kerja ngan jabatan kerajaan tak boleh tutup kepala .

Semuanya melalui perancangan halus di mana ulamak2 dalam umno akan memainkan peranan mengiakan arahan Mahathir dengan putarbelit ayat2 al quran. Lihatlah tulisan astora jabat di utusan malaysia, ada mid bin man, datok mufti hashim yahya komen apa2? Kata orang tua, kalau diam tanda setuju! Yang dok bising adalah ulamak2 yang tiada jawatan dalam kerajaan BN. Rakyat yang tipis pengetahuan agama akan percaya bahawa apa yang astora tulis benar belaka, tak bercanggah dengan agama Islam. so arahan itu tidak dianggap salah oleh mereka.

Bacalah sahaja ulasan2 pencacai umno di sini, kita dah boleh baca pemikiran mereka. Malah di luar sana, ketua2 pejabat yang karat umnonya pun sama, dok ulang apa saja mahathir cakap mengenai agama.

Guru2 yang pakai kopiah di tegur, cikgu2 perempuan yang pakai tudung labuh dimusuhi , malah ada pengetua dengan beraninya meminta guru2 perempuan pakai tudung ala umno (nampak bentuk buah dada) dengan pakaian warna terang2 dengan alasan supaya budak2 rasa ceria bila belajar.

Dalam banyak2 jawatan, guru dan doktor wanita paling ramai pakai pakaian bersopan bertudung litup kerana bidang pekerjaan mereka yang berkhidmat kepada rakyat pelbagai kelas terutama kelas bawahan , yang menyebabkan mereka lebih sedar dan cenderung kepada tuntutan agama. Maka tidak pelik mereka begitu diberi fokus oleh kerajaan bukan untuk diberi kebajikan tapi ugutan!

salam
cikgu siti






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com