UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Beberapa tabiat tidak Islamik orang-orang kita

Untuk renongan bersama dan semoga kita semua dapat memperbaiki diri kita dan ahli jema'ah kita. Mungkin sesetengah pihak memandang perkara ini remeh, tapi bagi ana "it is the icing that makes the cake looks nice". Ini adalah soal imej kita. Soal adab dan akhlak.

Gelojoh atau tamak bila berhadapan dengan makanan. Sila perhati di dalam majlis-majlis kita atau khenduri (buffet style). Tambahan sekarang ini banyak rumah terbuka sempena. Lihat sahajalah nanti pada 29hb Dis pada hari terbuka kita di Markaz.

Kita seolah-olah tidak pernah jumpa makanan. Kalau boleh semua yang dihidangkan hendak dipudatkan dalam satu pinggan. Rasanya bila berbagai makanan dicampur begitu rupa, rasanya pun tak sedap lagi. Kemudian tidak habis pula tu. Bergolek-golek makanan yang masih belum disentuh dalam pinggan yang akan terbuang. Tidakkah berdosa kita?

Kalau siibu dan siayah pula, pinggan anak-anak yang kecil pun diisi sepenuhnya. Macamlah kita tak tahu banyak mana anak kita boleh makan. Akhirnya terbuang juga. Yang tak pandai makan sendiri pun bawa pinggan penuh makanan dan dibiarkan makan sendiri sehingga bertaburan makanan. Kadang-kadang anak-anak tak nak ambil makanan tertentu tapi disuruh ambil juga, takut nanti bila nak makan makanan sudah kehabisan.

Ada pula yang tanpa segan silu bawa bekal balik lagi. Siap bawa plastik. Kalau buah-buahan yang di hidangkan, sudah tentu ramai yang mengambil lebih daripada yang ia sendiri boleh dan akan makan. Teringat pada yang ada di rumah pula. Kita lupa ada tetamu lain yang belum tiba dan kita tidak diberi izin untuk "taupau". Tak takutkah perbuatan kita jatuh dalam kategori mencuri?

Berebut-rebut untuk mengambil makanan yang disukai (sateylah apa lagi!) biasalah tu.

Beberapa perkara untuk ingatan:

Tuan rumah biasanya telah "merationkan" makanan untuk jumlah jemputan. Misalnya kalau ayam, seorang seketul atau dua, kalau sate beberapa cucuk, kalau buah limau seorang sebiji. Bayangkan diri kita ditempat tuan rumah/penganjur, kita mahu semua tetamu kita merasa dan mengharapkan sangat makanan kita mencukupi. Biar yang datang awal atau lambat ada habuan mereka.

Persediaan dibuat menelan belanja, tenaga dan masa. Tiada siapa yang suka melihat makanan yang dibelinya atau dimasaknya dibazirkan - makanan tak habis, makanan diambil tapi tak disentuh pun, makanan sepatutnya cukup tetapi cepat habis kerana terbuang. Allah SWT lagi tidak suka pada pembaziran, tamak dan haloba serta tidak bertimbang rasa.

Etika menghadapai jamuan "buffet" atau jamuan berselerak. Ambil makanan yang kita tentu akan makan dengan jumlah yang mampu kita habiskan. Lebih baik ambil sedikit dahulu dan jika mahu lagi, makanan atau minuman boleh ditambah. Lebih selamat ambil sedikit kerana ada berbagai jenis makanan yang hendak kita cuba dan rasa. Tidak ada apa yang hendak dimalukan sekiranya kita mengulangi ke meja "buffet". Lebih memalukan sekiranya makanan yang diambil tidak habis. Menunjukkan kita tidak "cultured" atau masih "perak" (kata orang Kedah) Jika ada makanan baru yang kita hendak cuba ambil sedikit dahulu kerana kita tidak tahu samada ianya sedap atau tidak pada tekak kita. Anak-anak kecil yang tidak tahu makan sendiri dengan sopan dan tertib (atau belum terlatih) lagi, perlu disuap dan diawasi. Jangan dibiarkan mereka meramas dan menyepahkan makanan. Anak-anak yang pandai makan sendiri pun perlu dibantu memilih makanan supaya tidak mengambil terlalu banyak. Kadang-kadang ibu-bapa perlu memberi anak- anak makan dahulu, kemudian baru mereka makan dan jika perlu menghabiskan makanan yang diambil berlebihan untuk anak-anak. Jika tidak suka makan sisa anak-anak pastikan mereka ambil makanan sekadar yang perlu sahaja. Cara anak-anak makan menggambarkan kelakuan dan sikap ibu-bapa mereka. Jangan sekali-kali membungkus atau mengambil makanan keluar daripada majlis tanpa izin. Kita dijemput untuk makan disitu sahaja. Jika ramai yang menanti untuk mengambil makanan, beraturlah secara tertib. Jauhkan perbuatan berebut-berebut. Lebih afdhal jika kita dahulukan yang tua dan kanak-kanak.

Ana jemput PAS-netters sekelian untuk menambah lagi apa yang ana terlupa untuk kebaikan jema'ah kita.

Pada pimpinan diperingkat akar umbi terutama yang bergelar ustaz dan berpeluang mengajar ahli, tolonglah peka kepada perkara-perkara seperti ini. Harapan ana ustaz-ustaz lebih kreatif dalam menampilkan dan membetulkan kelemahan-kelemahan akhlak dan penampilan orang-orang kita. (Akhlak sering diterjemahkan dengan kelakuan bermoral sahaja).

Bersambung.. Beberapa tabiat tidak Islamik orang-orang kita (2)

Dr Siti Mariah Mahmud






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com