UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Amalan Nifsu Sya’aban tiada nas haram guna bomoh, sihir, makhluk halus

Alamatkan surat anda kepada:

Warta Darul Iman
Tingkat Atas U2,
Bangunan Dewan Undangan Negeri,
Wisma Darul Iman, 20503 Kuala Terengganu
atau Tel: 09-6231957 sambungan 2268
Fax: 09-6267732
e-mel: upknt@terengganu.gov.my

Soalan: Seorang hamba Allah bercadang untuk mengambil anak angkat, mereka bercadang memberi susu melalui proses perubatan untuk mengadakan susu dari ibu sekadar 3 kali kenyang saja. Apakah cukup kadar itu untuk menghalalkan pergaulan antara anak itu dengan ibu bapa angkat tersebut?
– Haji Abdul Hamid Abdul Ghani, Kemaman.

Jawapan: Di dalam Mazhab Syafie sesuatu penyusuan yang diambil kira adalah dengan lima kali penyusuan yang mengenyangkan, jika kurang ianya tidak dikira anak susuan.

Seorang pesakit Aids telah meninggal dunia, di badan pesakit itu terdapat tatu di bahu dan di pinggangnya. Apakah hukum jika tatu tidak ditanggalkan semasa jenazah tersebut dikapan oleh pihak hospital dan jenazah tersebut dibawa pulang untuk disembahyangkan?
– Mohd Hafizuddin Ismail, Dungun.

Tubuh mayat hendaklah dihormati, tidak boleh disakiti, dilukakan dan seumpamanya kerana apa yang menyakiti tubuh seseorang yang hidup sekiranya dilakukan perkara tersebut ke atasnya ia juga bermakna menyakiti tubuh si mayat.

Sembahyang jama’ atau Qasar dibolehkan pada orang dalam perjalanan yang bagaimana? Adakah boleh jama’ untuk kepertandingan bola sepak semata-mata?
– Noraini Nordin, Permaisuri, Setiu.

Harus jama’ atau qasar sembahyang kepada orang yang melakukan perjalanan ataupun perlayaran yang diharuskan di sisi syara’.

Bolehkah isteri pertama berdoa dan sembahyang hajat pada Allah agar suaminya menceraikan isteri kedua di atas sebab-sebab:
(a) Suami Tidak Mahu pulang ke rumah isteri pertama sekaligus tidak memikirkan tangungjawab Zahir dan Batin.
(b) Suami Tidak Mahu buat giliran betul-betul.

– Hamba Allah, Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Tidak boleh seseorang berdoa untuk melakukan perkara yang tidak baik ke atas orang lain.

Di dalam masalah di atas kesalahan sebenarnya adalah berpunca daripada suami maka dialah yang bertanggungjawab dan perlu diperbetulkan.

Apakah hukum seorang perempuan menggunakan khidmat bomoh sihir untuk mengajak lelaki kahwin dengannya?
– Haji Awang Abdul Kadir, Jerteh, Besut.

Haram. Penggunaan bomoh, sihir, hantu atau makhluk halus untuk sesuatu tujuan adalah dilarang dalam Islam.

Amalan khusus malam Nisfu Sya’ban (makan kuih dan membaca Surah Yaasin tiga kali di masjid untuk panjang umur, murah rezeki dan terlepas dari azab kubur) Bagaimana kedudukannya yang sebenar di sisi Allah?
– Mohd Amin Abdul Jalil, Kuala Terengganu.

Perkara ini terpulanglah kepada Allah S.W.T. Amalan yang telah dilakukan di dalam masyarakat kita seumpama itu tidaklah berdasarkan kepada keterangan daripada Al-Quran, Hadith yang sahih dan Ulama’ terdahulu. Amalan sedemikian diketahui dilakukan oleh beberapa orang ulama’ Melayu di awal kurun ini.

Apakah hukum bagi orang yang memakan pil atau jamu bertujuan untuk nampak lebih bertenaga?
– Peminat Jamu, Setiu.

Ianya adalah harus dengan syarat suci dan tidak memudharatkan.

Apakah hukum orang lelaki yang mengubah bentuk rambut misalnya dari lurus kepada kerinting?
– Fatin Zahirah Ibrahim, Kuala Kemaman.

Ia adalah makruh.

Bolehkah anak lelaki suami berkahwin dengan anak perempuan isteri yang berlainan ayah atau ibu?
– Johari Hasib, Petaling Jaya, Selangor.

Boleh.

Apakah halal daging kuda dimakan bagi orang Islam?
– Peminat Kuda, Kuala Berang.

Ya.

Tolong senaraikan ajaran sesat yang ada di negeri Terengganu dan apakah orang yang mengatakan politik tidak ada kena mengena dengan Islam merupakan ajaran sesat?
– Aiman Abdullah, Pasir Puteh Kelantan.

Antara yang diketahui kumpulan Ayah Pin. Ia sekadar pandangan sebilangan masyarakat yang tidak mengerti tentang ajaran Islam yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan.

Isu wanita tidak boleh jadi pemimpin berbangkit lagi. Dapatkah dijelaskan sumber hukumnya dan dalam keadaan bagaimana wanita boleh memimpin?
– Pejuang hak wanita muslim, Dungun.

Di dalam sebuah hadith yang sahih, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud, "Sesuatu kumpulan tidak akan berjaya sekiranya urusan pentadbiran mereka dipimpin oleh seorang wanita". Kepimpinan yang dimaksudkan oleh hadith ini adalah berkaitan dengan kepimpinan teratas di dalam sesebuah negara yang membabitkan persoalan penggubalan undang-undang dan pelaksanaannya secara bersendirian. Sebenarnya kepimpinan wanita memang ada di dalam Islam terutama di dalam rumahtangganya yang mana dia sebagai penolong kepada suaminya.

..........................
Jawapan disediakan Oleh Mufti Negeri Terengganu Darul Iman






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com