UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Mejar Oh Mejar

Seminggu sebelum hari penamaan calon, pertama kali ku lihat seseorang yang dipanggil 'Mejar' itu di bilik gerakan utama keADILan. Pada masa itu beliau 'kununnya' sedang bermesyuarat dengan beberapa orang di tingkat atas. Selepas menjenguk di atas seketika, aku pun turun ke bawah.

Selepas habis bermesyuarat, sang Mejar pun turun dan dengan lagak besarnya di hadapan kami mengingatkan seorang anak muda petugas BA di situ agar tidak membenarkan mana-mana orang luar dari memasuki tingkat atas mahupun bilik gerakan tersebut. Terkedu dan malu juga aku kerana terasa seperti ditujukan kepada diriku. Yalah siapalah aku ini, tidak dikenali dan bukanlah satu nama yang besar di dalam keADILan.

Seminggu selepas itu, bermula dari malam majlis pengisytiharan calon BA, aku diminta untuk membantu di bilik gerakan utama keADILan dan dimaklumkan bahawa pengarahnya adalah sang Mejar itu. Aku terima dan terus membantu mana yang patut. Namun aku menjadi hairan kerana kelibat Mejar begitu jarang ku lihat. Sepanjang hari aku di situ, segala keputusan yang penting hanya diserahkan kepada seseorang yang bukan pun dari Perlis. Seolah-olah petugas dari luar itu pula yang bertindak sebagai pengarah di bilik gerakan utama itu. Sesuatu yang pelik mula ku hidu.

Setiap kali Mejar muncul sekali sekala di bilik gerakan, beliau akan banyak bersoal-jawab dengan orang-orang yang berkunjung ke bilik tersebut . Di antaranya adalah sama ada mereka semua sudah mengisi borang keADILan atau tidak. Lagaknya membuatkan ramai yang tidak senang.

Sementara itu, segala perjalanan di dalam bilik gerakan tidak langsung diendahkan. Sesiapa yang bertanyakan sesuatu yang berkaitan dengan tugas di bilik gerakan, jawapannya hanya tidak tahu. Sikapnya itu adalah amat memalukan bagi sesorang yang 'kununnya' memegang jawatan sebagai pengarah pilihan raya kecil Indera Kayangan. Sepanjang aku berada di bilik gerakan untuk beberapa hari pertama itu, hanya dua kali aku melihat kelibatnya di situ.

Apabila permohonan permit untuk segala poster dan sepanduk di sepanjang kempen perlu dibuat, maka pengarah perlu menandatangani surat tersebut. Sebaik sahaja surat permohonan itu diajukan kepada Mejar yang kebetulan datang ke bilik gerakan, beliau berlagak seolah-olah pening kepala 'kununnya' dek terlalu sibuk dan tidak mengendahkan surat tersebut. Hasilnya, hanya selepas dua hari baru surat itu ditandatangani, itupun oleh orang lain. Manakala batang hidung sang Mejar itu langsung tidak kelihatan semenjak hari beliau diminta menantangani surat tersebut.

Sewaktu hari penamaan calon pula, sang Mejar diberi mandat untuk menjadi saksi kepada pencalonan BA. Namun borang yang diisinya sebagai saksi tidak pun ditandangani. Malah beliau tidak dapat dijejaki bagi mendapatkan tandanganya.

Mujurlah para petugas dapat bertindak dengan pantas dan menyelesaikan masalah tersebut sebelum tamat waktu penamaan calon. Sang Mejar ini pula hanya muncul selepas selesai waktu penamaan calon. Sesuatu yang agak ganjil pula apabila para penyokong BN di luar melaung-laung ke arah para penyokong BA mengatakan bahawa BN akan menang tanpa bertanding. Ini menimbulkan syak bahawa peristiwa kehilangan Mejar dan keengganannya menurunkan tandatangan seperti telah dirancang terlebih dahulu.

Begitulah daya kepimpinan 'terpuji' yang ditunjukkan oleh sang Mejar. Orang yang sebegitulah yang sanggup diterima oleh pihak UMNO. Maka bertambah lagilah para pencacai dan para penjilat di dalam parti keris berkarat itu.

Khabarnya, beliau dan 7 lagi pengkhianat itu ditawarkan wang sejumlah RM400,000 dengan wang pendahuluan sebanyak 10 peratus diberikan kepada mereka berlapan. Ini bermakna setiap seorang menerima sebanyak RM5000.

Itulah nilai harga diri mereka sebenarnya. Wallahualam.

Pergilah Mejar, biarlah hanya orang-orang yang benar-benar ikhlas di dalam perjuangan ini dan berwibawa yang tinggal di dalam BA. Jentera pilihanraya kecil IK keADILan sama sekali tidak akan lumpuh dengan pemergian orang sepertimu. Segala kerenahmu itu telah disedari dari awal lagi dan strategi menghadapi kempen pilihanraya itu telahpun dipikul oleh pimpinan keADILan yang lebih berwibawa.

Hadirmu tidak menambah dan pergimu tidak mengurang.

Sesungguhnya kami amat bersyukur dengan peristiwa ini. Bilik gerakan utama kini diterajui oleh mereka yang amat berpengalaman dan terlatih serta telah teruji semangat juangnya. Syabas dan teruskan perjuangan buat para teman di Indera Kayangan.

LAWAN TETAP LAWAN, LAWAN SAMPAI MENANG!

Spy IK






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com