UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Politik Jijik Di JPN Kelantan

Membaca temuramah antara wartawan Mingguan Malaysia dengan Timbalan Menteri Pendidikan Tan Sri Aziz Samsudin (TSAS)membuat kita terfikir sejenak, benarkah seperti apa yang dikata. Adakah visi dan misi yang diperkatakan lahir dari hati yang suci ?.

Begitu juga apabila menghayati polemik antara Dato Siva dengan pihak tertentu dengan akhbar utama menjadi batu apinya; tentang isu pengasingan. Itu sajakah yang perlu diperkatakan dengan berapi-api.

Lebih melucukan apabila membaca akhbar menyiarkan dan menjadikan Timbalan Menteri Pendidikan seperti hero apabila beliau mendedahkan masalah makmal komputer yang tidak siap. Tiada langsung ucapan atau ulasan berapi. Atausekurangnya saranan supaya diambil tindakan keras ( mana Puemuda/ Puteri Umno ? ) ke atas para kontraktor... mana mungkin. Kerana kesemua kontraktor adalah orang kuat parti dari akar umbi.

Terbaru, yang tidak diperkatakan oleh Dato Siva atau TSAS ; mungkin belum tahu ialah dasar baru di JPN Kelantan yang amat jijik. Dasar yang perlu dipolemikkan oleh semua pihak samada UMNO atau PAS atau sesiapa saja.

DAsar tersebut ialah berkenaan dengan mengisi borang pertukaran dan penempatan guru dari luar Kelantan yang bertukar di Kelantan.

Isu jijik pertama ialah mengisi borang tukar. Selain borang pertukaran biasa terdapat satu lampiran baru yang dikenali Borang Tapisan. Borang ini telah beredar ke sekolah pada bulan Disember 2001. Di mana mana-mana guru yang memohon bertukar ke mana-mana sahaja, selain mengisi borang biasa, juga perlu mengisi Borang Tapisan. Apa yang jijiknya ?.

Terdapat klausa pada borang tersebut jelas telah mencampurakan urusan politik dengan begitu melampau sekali. Pemohon perlu menyatakan aktiviti luar akademik yang diceburinya termasuklah politik; apa jawatan dan apa sumbangan. ( bukankah kakitangan awam dilarang berpolitik ?). Borang ini akan disahkan oleh guru besar ATAU OLEH KETUA KAMPUNG sekiranya GB tiada....... Bayangkan guru yang ingin bertukar perlu mengadap ketua kampung !. Lebih menjijikkan lagi dikepilkan sekali pekeliling tentang status ketua kampung. Dinyatakan hanya ketua kampung yang dilantik oleh Kerajaan Pusat sahaja boleh mengesahkannya ( begitu juga borang buku teks ).

Isu jijik kedua ialah; semua guru yang berjaya bertukar dari luar Kelantan ke Kelantan diarahkan mengambil Surat penempatan dari Pengarah sendiri pada pertengahan Disember. Semasa semuanya berkumpul, diedarkan borang yang perlu diisi berkenaan dengan maklumat diri. Semua maklumat diri perlu dimasukkan dan klausa yang menarik ialah NOMBOR AHLI UMNO. Sekiranya seseorang itu tiada nombor ahli UMNO, secara automatik ditandakan GM.. bermaksud Gua Musang.

Pakah maksud semua ini, adakah untuk menakutkan guru atau untuk menunjukkan seseorang itu telah gila kuasa. Yang pasti semakin ramai guru akan menjauhi UMNO ( bukan menjauhi kerajaan ). Pasti lagi orang UMNO sendiri pasti malu dengan dasar ini.

Jadi, Dato Siva perlu berikan perhatian terhadap pekrara ini. Pencabulan yang jelas ke atas peraturan yang mengatakan kakitangan awam berpolitik. Sekiranya ini dibiarkan masa depan pendidikan di Kelantan akan semakin kacau bilau. Sesuatu perlu dilakukan oleh pihak atasan. Pendidikan Kelantan akan sekali lagi menjadi salah satu Jabatan yang malu untuk penjawatnya mengakui...SAYA CIKGU atau SAYA USTAZ !

Cikgu Stabilizer






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com