UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Puasa enam anti-social kata orang UMNO

Assalamualaikum wm wbt'

"Puasa enam anti-social kata orang UMNO"

Di satu majlis rumah terbuka, seorang kenalan yang menyokong UMNO mengeluarkan pendapat bahawa puasa enam adalah perbuatan "anti-social". Menurut orang UMNO itu, jika semua orang Islam melakukan puasa enam maka ianya akan menjejas serta merencatkan ziarah-menziarah seperti kunjung-mengunjung ke majlis "rumah terbuka." Oleh yang demikian puasa sunat dalam bulan Syawal dirumuskan oleh Bahlol UMNO tersebut sebagai perbuatan "anti-social". Ya Allah..apa nak jadi dengan orang-orang UMNO ni - punyalah sesat.

Memanglah dia bukan mewakili seluruh UMNO, tapi tengoklah apa yang jadi kalau ilmu agama itu cetek. Tengoklah apa jadi kalau terbawak-bawak dengan tabiat Dr Mahathir dan pemimpin-pemimpin UMNO yang gemar memperlekehkan agama Islam. Puasa enam yang merupakan sunnah Rasulullah SAW dianggap oleh orang UMNO ini sebagai anti-social.

Oleh kerana ada bukan Islam dalam 'small group' kami itu, maka saya pun menerangkan mengenai kelebihan-kelebihan dan ganjaran yang akan diperolehi dalam melakukan puasa sunat pada bulan Syawal. Rupa-rupanya si Bahlol UMNO itu tahu mengenai pahalanya, tetapi dia berhelah bahawa dalam beramal dia "Islam moderate" dan bukannya "Islam ekstremis". ( Si Bahlol UMNO ni nak tunjuk pada rakan yang bukan Islam yang berbual bersama kami itu bahawa dia "Islam liberal".)

Si Bahlol UMNO ini anggap berpuasa sunat dalam bulan Syawal itu sebagai perbuatan melampau-melampau dan "ada unsur riak..nak tunjuk konon alim sangat."

Saya menyampaikan apa yang berlaku ini bukan untuk menghina kenalan UMNO itu, tetapi untuk merayu kepada 'ustaz-ustaz' UMNO dan meminta mereka tolong ajarkan agama Islam itu kepada orang-orang UMNO. Tolong selamatkan mereka. Dah teruk sangat. Dah terlalu jauh sesatnya.

Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!!

Tarabulsi

16 Syawal, 1422
31 Disember, 2001.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 1 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com