UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Al Jazeera TV: Hukuman berat keatas Al Maunah bakal dicontohi Amerika.

Assalamualaikum wm wbt,

Pada malam 30 Disember, 2001, Al Jazeera TV (melalui ASTRO, Channel 909) telah melaporkan mengenai hukuman mati dan penjara seumur hidup yang telah dijatuhkan oleh mahkamah Malaysia keatas ahli-ahli Al Maunah yang didapati bersalah atas tuduhan memberontak untuk menubuh negara Islam di Malaysia.

Al Jazeera menyuarakan rasa bimbang hukuman berat keatas Al Maunah (yang telah dicap oleh kerajaan Malaysia sebagai "pengganas Islam"), telah membuka ruang kepada Amerika Syarikat untuk mengenakan hukuman-hukuman yang sama beratnya ke atas "pengganas-pengganas Islam" yang dituduh menyerang WTC-Pentagon atau ditangkap oleh Amerika Syarikat kerana terlibat dalam aktiviti kumpulan-kumpulan "pengganas Islam".

Saya berpendapat sememangnya umat Islam di seluruh dunia patut rasa bimbang kerana Amerika Syarikat dalam mengadili "pengganas-pengganas Islam" pasti akan merujuk kepada hukuman keatas Al Maunah sebagai "legal precedence" (contoh keputusan mahkamah).

Sekiranya ada bantahan dari negara-negara OIC, maka President Bush akan merujuk kepada kes Al Maunah. Presiden Bush akan menyatakan bahawa negara OIC sendiri, iaitu Malaysia, telah mengenakan hukuman mati dan penjara sepanjang hayat ke atas "pengganas-pengganas Islam". Oleh demikian Amerika tidak boleh disalahkan sebagai melakukan kekejam ke atas umat Islam yang ditangkapnya.

Secara sengaja atau pun tidak sengaja, kerajaan Dr Mahathir telah membantu Amerika Syarikat untuk mengenakan hukuman yang berat ke atas pejuang-pejuang Mujahideen yang ditangkap oleh Amerika Syarikat.

Dalam artikal pada Jumaat 28 Disember, 2001 bertajuk "Kolloborasi KL - Washington dalam penghukuman ke atas Al Maunah???", saya telah mengemukakan maklumat yang saya terima, iaitu President Bush kononnya telah mengarahkan Dr Mahathir supaya Al Maunah dijatuhkan hukuman yang berat untuk membolehkan Amerika Syarikat mencontohinya.

Nampaknya ada sedikit sebanyak kebenaran pada maklumat yang telah saya terima itu. Entahlah. Allahualam.

Yang pasti adalah kerajaan Malaysia (yang control mahkamah) telah membuka jalan kepada Amerika Syarikat untuk mengenakan hukuman mati dan penjara seumur hidup keatas pejuang-pejuang Mujahideen yang ditangkapnya.

Secara sedar atau tidak sedar, telah wujud kolloborasi antara KL - Washington. Saya lebih berat kepada mempercayai bahawa KL sebenarnya sedar akan implikasinya, dan sememangnya ada kolloborasi antara KL dan Washington.

Apa jua pun kita semua tahu Al Maunah ini hanya suatu sandiwara. Tidak akan menghairankan jika ahli-ahli Al Maunah yang dihukum itu akan secara senyap-senyap diseludup ke luar negeri. Rupa-rupa mereka diubah dengan komestik surgeri, dan mereka hidup senang lenang di luar negeri dengan diberi elaun sara hidup dan segala kemewahan. (Dan mungkin satu hari nanti mayat-mayat mereka dijumpa terapong-apong di salah sebuah pantai di Florida atau di Gold Coast - cara untuk menutup rahsia terbongkar).

Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!!

Tarabulsi

16 Syawal 1422
31 Disember 2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 1 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com