UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Terjemahan: “The Final Crusade” (Perang Salib Terakhir)

Assalamualaikum wm wbt,

Artikal ini ditulis oleh Jahangir Mohammed, Pengarah, Pusat Hal Ehwal Islam (Centre for Muslim Affairs) di Manchester,England.

Perkembangan selepas September 11 bukannya peperangan menentang keganasan. Ia sebenarnya adalah Perang Salib (Crusade) menentang Islam, dan sasarannya adalah kaum Muslimin. Analisa secara tidak mendalam pun akan mengesahkannya.

Adalah tidak menasabah bila digembelingkan lebih dari 40 kuasa-kuasa besar dengan segala kemewahan, kekuatan tentera, kelengkapan perisekan dan propoganda yang ada pada mereka semata-mata untuk memerangi seorang makhlok (Osama bin Laden) yang berlindung di dalam gua bersama hanya beberapa ratus pengikutnya. Dan sememangnya tidaklah perlu kuasa ketenteraan sekuat yang telah dikumpulkan itu untuk mengalahkan pejuang-pejuang Taliban yang hanya memiliki senjata-senjata kecil.

Ini merupakan pakatan tentera yang terbesar sejak Perang Dunia Kedua. Malah pakatan sebesar ini telah tidak dikumpulkan pada peringkat awal menghadapi tentera Nazi. Kelihatan seolah-olah Osama bin Laden merupakan ancaman lebih besar kepada keamanan dunia dari Hitler. Kenapa?

President Bush telah diperuntukan budget sebanyak 40 billion dollar untuk peperangan ini. Ini ditambah pula dengan kelengkapan perisekan, tentera serta jentera diplomatik negara-negara yang bersekutu dengan Amerika Syarikat. Tentera manakah, atau kerajaan atau sistem manakah yang sedang diperangi yang memerlukan gabungan ketenteraan yang begitu kuat itu?

Undang-undang yang ketat serta mencengkam hak asasi individu yang belum pernah sebelum ini digubal dalam sejarah demokrasi Barat telah pun diluluskan. Kegiatan politik pun telah dihadkan, dan sokongan terhadap perjuangan pembebasan (dari penjajahan, penindasan dan kezaliman) kini sewenang-wenangnya dikategorikan sebagai ‘keganasan’ (terrorism). Britain telah menguatkuasakan undang-undang untuk menangkap dan menahan kaum Muslim tanpa perbicaraan mahkamah, dan Amerika Syarikat pula telah menubuhkan tribunal tentera untuk mengadili kaum Muslimin (yang akan menghadapi hukuman mati).

Pengembelingan kuasa tentera sekuat ini tidak pun wujud walau pun diwaktu ketegangan yang genting sekali semasa Perang Dingin (Cold War) menentang Soviet Union dan komunisma. Siapakah yang menjadi sasaran sekarang ini? Adalah jelas bahawa sasarannya bukanlah Neo Nazis, IRA, kumpulan-kumpulan anti globalisasi atau pun Peace Movement. (Sasarannya adalah agama Islam dan umat Islam).

Osama Bin Laden didapati bersalah tanpa diadili di mahkamah, Taliban pula didapati bersalah secara hubungkait, sementara para Mujahideen yang pada suatu ketika dahulu memerangi Soviet Union semuanya dikategorikan tanpa perlu bukti sebagai ahli-ahli Al-Qaeda.

Somalia, Sudan, Iraq, Yemen, Chechnya, Kashmir dan Hizbullah, Philippines (Mindanao), Indonesia (Acheh), semuanya dikaitkan sewenang-wenangnya dengan Osama bin Laden tanpa diberi sebarang bukti. Lebih dari 1,100 individu ditangkap di Amerika Syarikat dan berpuloh lagi telah ditahan di United Kingdom. Siapakah mereka yang ditangkap itu? (Siapa lagi kalau tidak umat Islam yang dituduh tanpa bukti sebagai terlibat dalam kegiatan keganasan).

Setakat ini hanya seorang dari umat Islam yang ditangkap itu telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan terlibat dalam serangan September 11 ke atas WTC dan Pentagon.

Dan semua penangkapan ke atas kaum Muslimin itu dilakukan tanpa bukti, dan mereka tidak perlu dihadapkan di mahkamah untuk mendapatkan persetujuan hakim bagi penahanan reman (sebab tidak ada sedikit bukti pun untuk dikemukakan kepada hakim). Pihak media yang sebenarnya menjalankan perbicaraan dan mengadili kaum Muslimin, dan tuduhan serta penangkapan tanpa bukti dilakukan keatas orang Islam semata-mata kerana mereka adalah kaum Muslimin. Peraturan peperangan telah juga diketepikan (oleh Amerika Syarikat) dengan begitu sahaja apabila orang-orang Islam yang menjadi tawanan perang telah dibunuh. Dan Mullah Omar mesti dihukum (semata-mata kerana mempertahankan tanah air beliau dan kerana beliau menuntut agar Osama bin Laden diberi pengadilan yang adil). Semua mereka ini adalah orang Islam, oleh itu tidak perlu ambil berat (tentang samada adanya bukti kukuh, dan tidak perlu juga pengadilan untuk mereka sebab mereka adalah kaum Muslimin).

Dan agama manakah yang tidak henti-henti diburuk-burukkan oleh media (termasuk media di negara-negara “Islam” sendiri) sejak September 11 – sudah tentulah bukannya agama Kristian atau Yahudi, Hinduisma atau sekularisma. Mengapa sejak September 11 setiap Muslimin terpaksa mempertahankan kepercayaan dan ajaran agama mereka? Serangan habis-habisan oleh pihak media dalam memburuk-burukkan agama Islam telah mendesak kita mempertahankan ajaran agama kita yang dituduh sebagai merestui serangan (keatas WTC dan Pentagon). Kelihatan seolah-olah semua kaum Muslimin termasuk agama Islam sendiri adalah bersalah.

Agama Islam cuba pula digubal semula oleh ahli-ahli politik, negarawan dan keluarga-keluarga diraja. Sheikh bin Blair mengesa kaum Muslimin supaya membuang Islam militant dan mengambil Islam moderate (sederhana). Apa yang Blair katakan itu tidak menghairankan kerana di zaman penjajahan dahulu, pihak British telah berjaya merombak semula ajaran Islam di India. Politik Islam tidak boleh diterima, tetapi politik Kristian dan Yahudi boleh pula diterima. Mereka menuduh kaum Muslimin sebagai pengkhianat dan menuntut ikrar setia dari kita, sesuatu yang tidak pernah mereka tuntut dari orang lain, tidak pun dari puak komunis.

Tabung kebajikan Islam, wang pertubuhan Islam serta bank-bank Islam yang sah disisi undang-undang telah dirampas (dan digunakan untuk membiayai peperangan keatas keganasan) atas helah kononnya pertubuhan-pertubuhan Islam tersebut membantu keganasan (tuduhan yang dibuat tanpa bukti). Media Islam (Al Jazeera) dimusnahkan dengan dibom dan laman-laman web Islam dipaksa tutup agar berita yang benar tidak tersiar. Semua ini berlaku, tetapi dalam pada masa yang sama pergerakan Kristian dan badan-badan kebajikan antarabangsa bebas beroperasi di Afghanistan dan di dunia Islam, dan kebanyakkan mereka sebenarnya menyebar dakwah Kristian dengan berselindung disebalik menghulur bantuan atau melakukan kerja-kerja kebajikan.

Dan jika ini hanyalah peperangan menentang keganasan kenapa media Barat melaung-laungkan yang mereka telah membebaskan Kabul, dan mereka bersorak dengan kemenangan itu, dan dikeluarkan cerita yang ditokok tambah mengenai burka yang dibuang, dan janggut yang dicukur. Mengapa mereka memaksakan nilai-nilai mereka ke atas dunia Islam? Kita diberitahu mereka ingin menyelamatkan kaum Muslimah dari syariah. Puan Blair menyertai kempen untuk memberi hak-hak asasi wanita kepada kaum Muslimah. Mereka kononnya memperjuangkan hak asasi wanita Islam, tetapi disebalik itu pula menyekat wanita Islam dari mendapatkan hak-hak asasi yang paling asas sekali; iaitu hak asasi untuk hidup, hak asasi untuk mendapat makanan dan tempat berlindung serta hak untuk hidup bebas dari serangan keganasan pesawat pengebom B52 Amerika Syarikat dengan cluster bombs (bom penabor).

Agama manakah yang diburuk-burukan kerana dikatakan merestui kekejaman dan keganasan? Mereka menuntut kita kaum Muslimin mengenepikan tanggungjawab kita berjihad untuk mempertahankan diri kita, dan mereka mengesa kita supaya berjihad dijalan lebih terbesar (seperti memperkukuhkan ekonomi dan meninggikan taraf hidup kita tetapi mereka mengenakan berbagai sekatan supaya kita berterusan menjadi pembekal bahan mentah yang dibayar dengan harga yang murah). Kita tidak berhak tetapi mereka berhak untuk mempertahankan diri mereka dari diserang. Mereka juga berhak membalas dendam terhadap pihak yang menyerang mereka. Apabila Church of England mengistiharkan peperangan terhadap Afghanistan itu mempunyai justifikasi (walau pun tanpa bukti), dan bila puak Zionis Israel mengamalkan prinsip balas dendam berasaskan Old Testament –“an eye for an eye” (hutang darah dibayar darah), tidak pula dikaitkan agama-agama Kristian dan Yahudi dengan kekejaman dan keganasan.

Keganasan kini sudah menjadi sinonim dengan Islam dan kaum Muslimin. Kita diberitahu bahawa keganasan IRA dan ETA dan puak militia bersenjata yang bergiat di Amerika Syarikat adalah keganasan yang lain jenisnya. Hanya orang banggang sahaja yang tidak berupaya melihat bahawa perbedzaan sebenarnya adalah mereka itu bukan pergerakan kaum Muslimin (sebab itu mereka tidak diperangi). Bila kita kaum Muslimin bangkit untuk mempertahankan diri dari diserang dan dijajah, kita di beri cap sebagai pengganas (tanpa mengira bahawa Konvensyen Geneva membedzakan antara keganasan dan kumpulan-kumpulan pembebasan).

Ini bukannya peperangan menentang keganasan. Ini sebenarnya detik-detik permulaan dalam Perang Salib Terakhir (Final Crusade) memerangi Islam dan kaum Muslimin. Segala undang-undang dan perancangan, tentera atau lain-lain yang dilakukan sekarang (oleh Amerika Syarikat dan Britain) sebenarnya adalah persediaan untuk peperangan yang lebih meluas lagi. (Afghanistan hanyalah permulaan peperangan yang lebih meluas itu). Semua sasaran-sarannya adalah kaum Muslimin. Kesalahan kita hanyalah kerana agama kita adalah Islam. Untuk kesalahan ini bukti tidaklah perlu.

Kita semua kaum Muslimin dianggap bersalah. Kesemuanya kita akan diburu, bermula dengan ‘ekstremis’, setelah itu ‘golongan sederhana’ (‘moderates’), selepas itu kaum Muslimin secara keturunan dan budaya (‘cultural Muslims’), dan akhir sekali mereka-mereka yang Islam atas nama sahaja.

Pihak kuffar akan memperalatkan satu ‘jenis’ kaum Muslimin untuk melemahkan ‘jenis’ yang satu lagi, Musharaf bersama Pakatan Utara (Northern Alliance) dilaga-lagakan dengan Taliban, Arafat dilaga-lagakan dengan Hamas, golongan pendakwah Islam dilaga-lagakan dengan para Mujahideen. Sufi dilaga-lagakan dengan Wahabi, Syiah dilaga-lagakan dengan Sunni, Syiah ‘sederhana’ dilagakan dengan golongan mullah, dan seterusnya.

Mereka (puak kuffar Kristian dan Nasrani) akan menyerang negara-negara Islam satu demi satu. Dan kesemuanya ini akan berterusan dalam pada mana ketua-ketua kerajaan negara-negara Islam menyebelahi dan membantu Perikatan Perang Salib Barat (Western Crusading Alliance), tetapi tidak akan ada satu pun negara Barat yang akan menyebelahi kaum Muslimin. Apabila kaum Muslimin sedar akan keadaan yang sebenar berlaku, adalah terlalu terlambat untuk bertindak balas dengan tentera-tentera mereka.

Kita sedang menyaksikan detik-detik permulaan Perang Salib menentang kaum Muslimin. Kelihatan ianya seolah suatu perkembangan yang baru, tetapi akar umbinya, tujuan dan cara-caranya adalah serupa dengan Perang Salib di masa-masa yang lepas; seperti yang difirmankan dalam Al Quran: “mereka (Nasrani dan Yahudi) tidak akan berpuashati selagi kamu tidak mengikuti agama mereka”. Ini jelas adalah peperangan menentang 1.5 billion penganut agama Islam. Ini adalah peperangan di mana pihak Kristian Barat yakin mereka akan menang, tetapi rata-rata kaum Muslimin lalai dan enggan untuk bersedia menghadapinya.

Jahangir Mohammed

Terjemahan oleh Tarabulsi
20 Syawal 1422 (4 Januari 2002)

(Catitan: Terjemahan sesetengah ayat tidak dibuat secara "direct translation" tetapi diberi bayangan maksud (nuances) yang tersirat)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com