UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Sebab sebenar peruntukan pembangunan RM7.48 bilion gagal dibelanjankan.

Pada hari Selasa 8 Januari, 2002 pihak media melaporkan bahawa Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamed telah menyatakan usaha kearah pemulihan ekonomi agak terjejas kerana sebanyak RM7.48 bilion peruntukan pembangunan untuk tahun lepas, 2001, telah gagal di belanjankan. Yang sempat dibelanjakan hanya 87 peratus (RM25.01 bilion) daripada RM28.4 bilion untuk perbelanjaan pembangunan, dan 50 peratus (RM3.65 bilion) daripada peruntukan RM7.3 bilion pakej rangsangan fiskal khusus untuk tahun 2001 telah dibelanjakan.

Tidak dinafikan bahawa satu dari sebabnya adalah masalah kerenah birokrasi seperti yang disebutkan oleh PM. Tetapi apakah sebab utama peruntukan pembangunan itu gagal dibelanjakan kesemuanya?

Sebab utama adalah dasar kaedah pembayaran yang baru yang kini diamalkan oleh kerajaan Dr Mahathir, iaitu memberi bayaran pendahaluan sebanyak 50% dari nilai projek-projek kepada kontraktor-kontraktor sebaik sahaja kontrak ditandatangani. Tujuan memberi bayaran pendahaluan separuh dari kos projek adalah untuk membolehkan syarikat-syarikat yang hampir kesemuanya mengalami kerumitan kewangan untuk memulakan kerja-kerja.

Malangnya memberi wang pendahaluan sebanyak 50% itu telah menimbulkan masalah salah guna. Bayaran pendahaluan itu digunakan oleh kebanyakan syarikat-syarikat untuk tujuan lain, dan bukan untuk memulakan kerja-kerja bagi melaksanakan projek-projek. Oleh yang demikian bayaran selepas dibayar 50% bayaran progesif seterusnya telah terpaksa ditahan kerana projek-projek tidak dimulakan langsung atau tersadai. Ini sebenarnya sebab mengapa hanya 50% (RM3.65 bilion) daripada peruntukan RM7.3 bilion pakej rangsangan fiskal khusus untuk tahun 2001 dapat dibelanjakan.

Sikap buruk syarikat-syarikat yang mengambil bayaran pendahaluan sebanyak 50% tetapi lari dari tanggungjawab melaksanakan projek-projek telah tidak disebut oleh Dr Mahathir. Kenapa?

Dr Mahathir tidak menyebutnya kerana syarikat-syarikat yang terlibat adalah syarikat-syarikat kroni atau pun syarikat-syarikat yang ada hubungkaitnya dengan pemimpin-pemimpin BN.

Ada sesetengah pihak mendakwa bahawa bayaran pendahaluan 50% tersebut sebenarnya merupakan taktik terbaru kerajaan Dr Mahathir untuk membailout syarikat-syarikat kroni. Tindakan undang-undang tidak diambil untuk memastikan syarikat-syarikat tersebut memenuhi perjanjian kontrak. Malah ada ura-ura yang mengatakan mereka akan dibenarkan "lari" dengan duit pendahaluan 50% yang sudah diterima itu. Ini bermakna projek-projek pembangunan dan projek-projek rangsangan fiskal kebanyakkannya akan terbengkalai.

Kalau dilihat kebanyakkan projek-projek rangsangan fiskal untuk pemulihan ekonomi lebih tertumpu kepada sektor pembinaan seperti pembinaan kaki lima bahu jalan, pembinaan pagar tembok konkrit untuk sekolah-sekolah dan lain-lain yang tidak ada sangat kesan 'multiplier' untuk memulihkan ekonomi pada keseluruhannya. Malah banyak projek-projek bukan untuk memulihkan ekonomi secara keseluruhannya tetapi lebih bertujuan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni.

Lihat sahajalah di Terengganu. Telah berlaku pembaziran kepada 'wang ehsan' (royalti minyak yang dirompak dari Kerajaan Terengganu). Jumlah besar dari 'wang ehsan' tersebut digunakan bukan untuk rakyat Terengganu tetapi untuk diagih-agihkan kepada syarikat-syarikat milik orang-orang UMNO. Syarikat-syarikat milik orang-orang UMNO ini pula hanya berkepakaran untuk melaksanakan projek-projek kecil seperti membina pagar-pagar konkrit. Maka wujudlah pembinaan pagar tembok konkrit untuk sekolah-sekolah secara besar-besaran yang membazirkan itu, dan kini kebanyakkan sekolah-sekolah di Terengganu berpagar tembok konkrit.

Projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan Dr Mahathir untuk pemulihan ekonomi negara kebanyakannya adalah projek-projek yang lebih kepada pemulihan kedudukan kewangan syarikat-syarikat milik suku sakat, kroni-kroni dan yang dimilikki oleh orang-orang BN. Niatnya adalah untuk menolong syarikat-syarikat kroni dengan berselindung disebalik pemulihan ekonomi. Maka tidak hairanlah kalau yang nampak semakin pulih adalah syarikat-syarikat milik suku-sakat dan kroni-kroni, sementara ekonomi negara terus berada didalam keadaan kemelesetan. Apa nak dikata kalau dari segi niatnya pun sudah menyeleweng.

Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!!

Tarabulsi

26 Syawal 1422 (10 Januari 2002)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com