UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Pilihanraya umum dikedepankan ke tahun 2002 ini?

Assalamualaikum wm wbt,

Keputusan pilihanraya kecil DUN Indera Kayangan pada 19 hb, 2002 ini dispekulasikan akan dijadikan ukuran oleh UMNO-BN samada wajar dibawa ke depan pilihanraya umum diseluruh tanah air ke tahun 2002 ini.

Indera Kayangan akan memberi petanda sejauh mana sokongan orang Melayu kepada UMNO yang sudah pun merosot itu telah menjadi semakin merosot akibat dari sokongan kerajaan UMNO-BN kepada Amerika Syarikat dalam peperangan kuasa Barat itu ke atas Islam. Indera Kayangan juga akan menjadi petanda samada benar UMNO telah berjaya dalam usahanya, sejak dua tiga tahun ini, dalam menakut-nakutkan kaum Cina dan India terhadap Islam dan parti PAS.

Dengan ketakutan Cina dan India terhadap Islam begitu menebal pada masa ini (hasil dari kempen memburuk-burukkan Islam oleh UMNO yang dibantu pula oleh peristiwa serangan oleh 'pengganas-pengganas Islam' ke atas WTC-Pentagon pada September 11, 2001), maka dalam perkiraan UMNO, pakatan BN akan dapat meraih hampir 100% undi Cina dan India bukan sahaja di Indera Kayangan tetapi diseluruh tanah air jika sekiranya pilihanraya umum diadakan antara sekarang dan bulan September tahun 2002 ini.

Selepas September tahun ini, undi Cina dan India dijangka akan kembali semula menjadi kurang menentu (seakan yang berlaku semasa Lunas dahulu) kerana kemelesetan ekonomi diramalkan akan menjadi semakin bertambah teruk dengan penurunan secara mendadak. Dan kemerosotan ekonomi tersebut dijangka akan berlarutan hingga selepas 2004.

Memandangkan hanya lebihkurang 20% orang Melayu yang masih menyokong UMNO, maka survival UMNO bergantung kuat kepada keupayaan BN untuk mendapat hampir kesemua undi Cina dan India. UMNO yakin pada masa sekarang ini bahawa BN boleh mendapat hampir 100% undi Cina dan India yang bila ditambah dengan 20% sokongan Melayu sudah mencukupi untuk memastikan bukan sahaja "landslide victory' jika diadakan pilihanraya umum, tetapi kebanyakan kawasan Parlimen yang tertewas ke tangan PAS, Keadilan dan DAP di Perlis, Kedah, Penang, Perak, Pahang, Selangor dan WP pada pilihanraya umum 1999 yang lepas boleh dimenangi kembali. Hanya Kelantan dan Terengganu akan kekal ditangan PAS.

Dalam perkiraan UMNO, jika pilihanraya umum dibawa kedepan ke tahun ini, maka DAP yang ke sini tidak ke sana pun tidak, mungkin akan terkubur. Ada ura-ura mengatakan DAP akur akan kedudukannya yang semkain goyang itu dan akan cuba menyelamatkan diri dengan memujuk Keadilan dan PRM ke arah pakatan yang baru tanpa PAS.

Menurut sesetengah pihak, petanda kukuh pilihanraya umum akan diadakan pada tahun 2002 ini adalah arahan terbaru oleh Dr Mahathir kepada Menteri-menteri supaya mengurangkan pemergian ke luar negeri selepas bulan Jun. Oleh yang demikian banyak lawatan-lawatan kerja oleh Menteri-menteri ke negara-negara asing yang dijadualkan untuk dilakukan antara Jun - Disember tahun ini telah dikedepankan. Arahan ini petanda yang terkuat sekali bahawa pilihanraya umum akan diadakan pada atau sebelum September tahun 2002 ini.

Ada spekulasi tarikh pilihanraya umum akan diadakan pada September 11, 2002 atau beberapa hari selepas tarikh tersebut. Ini akan mengingatkan pengundi-pengundi kaum Cina dan India kepada peristiwa serangan September 11. Dikatakan antara teras kempen UMNO-BN adalah PAS itu sama dengan Taleban, oleh itu mengundi PAS adalah seakan mengundang Amerika Syarikat menyerang negara ini di suatu masa nanti.

Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!!

Tarabulsi
1 Zulkaedah 1422 (15 Januari, 2002)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com