UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Isu pendidikan Cina mungkin bantu BA di Indera Kayangan

Assalamualaikum wm wbt,

Kalau UMNO-BN ingat mereka pasti akan menang di Indera Kayangan - nanti dulu. Keadaan sudah berubah. Satu peristiwa telah berlaku pada 16 Januari, 2002, iaitu tiga hari sebelum hari yang telah mencerahkan harapan calun BA dari parti Keadilan untuk mengulangi kemenangan di Lunas. Peristiwa ini adalah tindakan ganas pihak polis dalam menghalang gerakan pendidikan Cina, Dong Zong dari mengadakan mesyuarat di Selangor Chinese Assembly Hall. Pemimpin-pemimpin Dong Zong kini telah turun berkempen untuk BA di Indera Kayangan seperti mana mereka berkempen untuk BA di Lunas dahulu yang telah membantu BA untuk meraih banyak undi Cina dan menang.

Sebelum tindakan ganas pihak polis ke atas Dong Zong itu, sememangnya kelihatan calun UMNO-BN akan menang di Indera Kayangan dengan majoriti yang lebih besar. Ini berasaskan perkiraan bahawa majoriti undi Cina akan pergi ke calun UMNO-BN kerana ketakutan Cina terhadap Islam telah menebal ekoran dari kejayaan kempen UMNO memburuk-burukkan Islam dan peristiwa September 11. Kerana BA dilihat diterajui oleh PAS yang memperjuangkan penubuhan negara Islam, maka pengundi Cina seramai 47% di Indera Kayangan diramalkan akan hampir kesemuanya menolak calun BA. Tetapi peristiwa tindakan ganas polis keatas Dong Zong dan sensitiviti kaum Cina terhadap soal pendidikan Cina sudah menjadikan harapan calun BA untuk menang menjadi cerah.

"It is now possible we might see a repeat of Lunas," begitu diramalkan oleh seorang kenalan Cina saya. Sebagai penyokong kuat UMNO-BN dari segi morale dan kewangan, kenalan Cina saya itu bersunggut," Haiya, why the polis have to act in so stupid a manner towards Dong Zong...polis bodohlah."

Isu pendidikan Cina sememangnya sesuatu yang sangat sensitif kepada kaum Cina di Malaysia, dan dengan itu tindakan polis yang ganas dalam menghalang mesyuarat Dong Zong untuk membincangkan masalah-masalah persekolahan Cina pasti akan sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi Cina di Indera Kayangan untuk memihak kepada pembangkang. Ahli-ahli Dong Zong yang turun berkempen untuk BA di Indera Kayangan diketuai oleh Timbalan Pengerusinya, Loot Ting Yee yang berumur 72 tahun dan sangat dihormati oleh masyarakat Cina di Malaysia.

Ada spekulasi mengatakan Ling Liong Sik yang mengarahkan polis untuk bertindak ganas terhadap Dong Zong. Ling Liong Sik telah memilih seteru politik beliau, Wong Ah Lek untuk mengetuai kempen MCA di Indera Kayangan. Jika Wong Ah Lek gagal di Indera Kayangan maka sekali gus tentangan beliau terhadap kepimpinan Liong Sik akan turut kecundang. Ada juga cerita kononnya Dong Zong yang kini berkempen untuk BA di Indera Kayangan mempunyai ajenda terselindung, iaitu untuk "membunuh" Wong Ah Lek di Indera Kayangan dan dengan demikian menyelamatkan kedudukan Ling Liong Sik, yang sudah pun berjaya mendapat kelulusan kerajaan untuk menubuh universiti MCA, sebagai Presiden MCA.

Esok hari mengundi. Kita lihat apa akan jadi. Apa jua keputusan di Indera Kayangan kita akan 'Lawan Tetap Lawan'.

Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!!

Tarabulsi

Jumaat,
4 Zulkaedah,1422
(18 Disember,2002)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com