UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Petanda-petanda dari kemenangan BN di Indera Kayangan

Assalamualaikum wm wbt

Jelas BN menang di pilihanraya kecil Indera Kayangan dengan majoriti yang bertambah adalah kerana hampir 100% pengundi-pengundi Cina dan India telah mengundinya. Beberapa kesimpulan boleh dirumuskan, pertamanya pengundi-pengundi Cina dan India mungkin ingin menunjukkan rasa terima kasih kepada Dr Mahathir kerana semakin memenuhi tuntutan-tuntutan mereka. Nampaknya kelulusan yang diberi kepada MCA dan MIC untuk menubuh universiti telah menengelamkan isu seperti masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah Cina yang diperjuangkan oleh Dong Zong. Dong Zong telah berkempen untuk BA di Indera Kayangan.

Adalah juga jelas kelihatan dari keputusan Indera Kayangan bahawa kaum Cina dan India kini lebih menebal ketakutan mereka terhadap Islam, hasil dari dasar UMNO-BN dalam memburuk-burukkan Islam serta peristiwa September 11. Dan ketakutan terhadap Islam ini punyai implikasi yang buruk ke atas BA, kerana BA dilihat sebagai diterajui oleh parti Islam, PAS. Jelas bahawa kempen kerajaan UMNO-BN dalam menghubungkaitkan PAS dengan Taleban telah mempengaruhi kaum Cina dan India.

Kemenangan MCA di Indera Kayangan tidak bermakna Team B dalam parti tersebut yang dipimpin oleh Lim Ah Lek akan bertambah kukuh kedudukan mereka dalam usaha mereka untuk mengulingkan Ling Liong Sik. Hampir semua kepimpinan BN telah turun berkempen di IK, dan dengan itu Ah Lek tidak boleh mendakwa kemenangan tersebut adalah kerana kecekapan jentera kempen MCA yang diketuai oleh beliau. Kemenangan MCA itu sebaliknya mengukuhkan lagi pegangan Ling Liong Sik ke atas MCA.

Sesetengah pihak melihat kemenangan MCA tersebut sebagai mencerminkan rasa puas hati kaum Cina terhadap kaedah yang digunakan oleh kerajaan UMNO-BN dalam memulihkan ekonomi. Mereka berpuas hati bukan kerana ekonomi sudah pulih, tetapi kerana kaedah pemulihan ekonomi yang digunakan oleh Dr Mahathir yang berasaskan membelanja berbilion ringgit secara sewenang-wenangnya bagi merangsangkan pemulihan telah banyak menguntungkan perniagaan Cina.

Walau pun pada asalnya kebanyakan projek-projek pemulihan ekonomi telah diagih-agihkan kepada syarikat-syarikat Melayu (khususnya orang-orang UMNO), namun begitu hampir kesemuanya telah dijual atau di “sub-con” kepada syarikat-syarikat Cina. Keuntungan ‘atas angin’ yang diperolehi oleh syarikat-syarikat Melayu itu dibazirkan pula dengan membeli barang-barangan kemewahan, kereta mewah dan sebagainya yang telah secara tidak langsung mengkayakan lagi orang-orang Cina. Kaum Cina memang berasa seronok melihat kerajaan membelanja berbilion ringgit dengan sewenang-wenangnya atas nama pemulihan ekonomi. Kaum Cina lagi seronok melihat ahli-ahli bisnes Melayu pun turut berbelanja secara joli sakan dengan duit-duit “hand-outs” (ehsan) dan ‘bailouts’ yang diterima dari kerajaan itu, kerana akhirnya kebanyakan wang berbilion ringgit itu akan masuk ke dalam akaun bank kaum Cina jua.

Ada pemerhati yang berpendapat tidak banyak perubahan dikalangan pengundi-pengundi Melayu kelihatan di Indera Kayangan. Ada orang BA seperti Mejar (B) Sharif yang lari ke UMNO, tetapi ada pula penyokong UMNO yang telah mengundi BA kerana tidak bersetuju dengan persekongkolan kerajaan Dr Mahathir dengan Amerika Syarikat ( dan kini juga dengan Singapura secara tiga hala – tripartite) untuk memerangi agama Islam di Malaysia dan di rantau ini.

Diramalkan beberapa orang lagi jenis manusia semacam Mejar (B) Sharif akan melompat balik ke UMNO. Mereka dikatakan tertarik dengan projek-projek ransangan ekonomi yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan sekarang ini yang akan memberi 50% bayaran pendahaluan sebaik sahaja kontrak projek ditandatangani, dan kerajaan pula dikatakan tidak akan mengambil apa-apa tindakan jika sekiranya projek-projek tersebut gagal dilaksanakan.

Maknanya kalau nilai projek itu RM10 juta maka syarikat (UMNO) yang berkenaan akan diberi pendahaluan RM5 juta, dan boleh lari pulak tu dari tanggung jawab melaksanakan projek. Ini sememangnya cara baru untuk memperkayakan orang-orang UMNO dan BN dengan duit rakyat. Maka orang-orang BA yang bersifat ‘lalang’ dan berkepentingan semacam Mejar (B) Shariff sudah tentu akan tertarik untuk kembali ke UMNO agar dapat menumpang sekaki. Biasalah tu.

Sudah banyak terdengar spekulasi bahawa Indera Kayangan akan menjadi ukuran samada hendak diawalkan pilihanraya umum ke tahun 2002 ini.

Maka boleh dirumuskan bahawa dengan kemenangan besar di Indera Kayangan kemungkinan bertambah dipihak Dr Mahathir untuk kedepankan pilihanraya umum ke tahun 2002 ini. Keputusan Indera Kayangan membuktikan BN boleh bergantung sepenuhnya kepada undi Cina dan India untuk, bukan sahaja mengekalkan majoritinya lebih 2/3 dalam parlimen, tetapi BN dikira akan dapat memenangi kembali kebanyakan kawasan-kawasan di negeri-negeri pantai barat Semenanjung yang tewas ke tangan BA pada 1999. Dijangka hanya negeri-negeri pantai timur, Kelantan dan Terengganu sahaja yang akan dapat dipertahankan dan kekal di tangan BA.

Ada pula pendapat bahawa Dr Mahathir belum berapa yakin untuk membawa kedepan pilihanraya umum. Sebabnya adalah perasaan di kalangan orang Melayu pada masa ini yang pada umumnya (tidak kira parti) berasa amat kesal dan marah terhadap kerajaan UMNO-BN yang bersubahat dengan Amerika Syarikat dalam memerangi agama Islam atas helah memerangi keganasan.

Saya pernah dengar dari kenalan UMNO rungutan dan rasa kecewa mereka terhadap parti mereka yang bersekongkol dengan Amerika Syarikat dalam memerangi orang-orang Islam. Faktor ini mungkin menyebabkan Dr Mahathir rasa teragak-agak untuk membawa ke depan pilihanraya umum. UMNO telah berjaya dalam menakut-nakutkan kaum Cina dan India terhadap Islam, tetapi dalam mengkhianati agama sendiri UMNO telah menempah kemarahan orang Melayu (termasuk penyokong UMNO sendiri).

Sama-sama kita tunggu apa perkembangan selanjutnya. Sementara itu kita jangan lupa dengan Dato Seri Anwar Ibrahim yang telah dianiayai dengan begitu kejam itu. Rayuan DSAI akan didengari di mahkamah tidak berapa lama lagi dan elok sekiranya risalah-risalah diedarkan buat mengingatkan rakyat, dan juga hakim mahkamah rayuan, akan ‘miscarriage of justice’ dalam keputusan hakim-hakim Augustine Paul dan Ariffin Jaka yang telah mendapati DSAI bersalah tanpa berasaskan bukti-bukti yang kukuh. LAWAN TETAP LAWAN.

Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!!

Tarabulsi

6 Zulkaedah 1422 (20 Disember, 2002)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com