UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kalaulah betul KMM itu wujud

Assalamualaikum wm wbt

Pelik bin ajaib. Sudah beberapa kali dilakukan tangkapan keatas orang-orang yang dituduh sebagai anggota Kumpulan Militant Malaysia (KMM) tetapi tidak ada langsung sebarang tindak balas dari anggota KMM yang lain. Maka timbul pertanyaan didalam minda mereka yang berakal dan boleh berfikir – adakah KMM ini benar-benar wujud?

Kalau KMM itu memangnya wujud masakan tidak ada tindak balas dari ahlinya yang lain yang masih bebas itu? Kenapa?

Menurut Dr Mahathir dan kerajaannya, KMM ini adalah kumpulan militant Islam yang sangat merbahaya dan ada hubungkait yang rapat dengan kumpulan-kumpulan “pengganas Islam” anatarabangsa seperti Al Qaeda. Oleh itu menjadi perkara yang sangat pelik bila KMM tidak bertindak balas, samada didalam atau di luar negeri, setelah berpuluh-puluh anggotanya ditangkap.

Kalau benar KMM wujud kenapa ianya tidak bertindak balas secara pukul curi seperti menyembelih seorang dua orang kuat UMNO atau mebakar bangunan dan setsyen minyak. Tetapi hingga ke hari ini KMM tidak hentam balik. Pelik sungguh KMM ini. Betul ke ada KMM ini?

Sejak awal lagi KMM ini sesuatu yang pelik. Pada mulanya, KMM ini dikatakan adalah Kumpulan Mujahideen Malaysia (KMM). Tetapi selepas itu ianya diberi nama yang baru, iaitu Kumpulan Militant Malaysia (KMM). Agaknya tak seronok dengan panggilan “mujahideen” kerana lebih canggih kalau dipanggil “militant”.

Gamaknya si Norain Mai telah pergi mengadap Dr Mahathir dan berkata, “nama Kumpulan Mujahideen Malaysia tak syoklah Dato Seri. Apa kata Kalau kita ubahkan kepada Kumpulan Militant Malaysia. Lagi sedap didengar.”

Dr Mahathir telah bersetuju dan seterusnnya mengarahkan KDN supaya menyediakan kertas Jemaah Menteri untuk mencadangkan “mujahideen” itu digantikan dengan “militant.” Agaknya ini yang telah berlaku. Ha ha ha.

Perkembangan sekitar KMM ini sungguh pelik. Susah nak percaya. Tetapi di Malaysia ini memang banyak yang pelik-pelik berlaku.

Nampak sangat Dr Mahathir dan kerajaannya telah berbohong. KMM sebenarnya tak wujud tetapi direka-reka untuk dijadikan helah bagi menangkap aktivist-aktivist pembangkang.

Jelas kelihatan taktik Dr Mahathir dan UMNO adalah untuk melumpuhkan barisan pemimpin pertengahan, atau aktivist pembangkang, terutamanya PAS. Dengan tidak ada sokongan tenaga dari pimpinan pertengahan ini maka pemimpin-pemimpin atasan PAS dan parti pembangkang yang lain akan terkulai-kulai dan tidak boleh bergerak dengan berkesannya,

Dulu sandiwara Sauk. Sekarang pula drama bersiri KMM. Kedua-duanya box office flops sebab pelot ceritanya tak realistik. Oh ya, Komedi pun ada. Ada komedi polis mengusung sebuah tilam keluar masuk mahkamah.

Tarabulsi






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com